Agaknya, bilalah hati ini mahu insaf?
Agaknya, bilalah hati ini mahu berubah?
Agaknya, bilalah hati ini benar2 takut akan azabNya?
Agaknya, hati ini dipandang atau tidak olehNya?
Ada masanya kita perlu tegas dengan diri sendiri.
Ada ketika kita perlu bertegas dengan diri sendiri.
Dan kebanyakan masa,kita tidak boleh terlalu bergantung kepada orang lain, yakni manusia.Dalam meminta pertolongan, dan sebagainya.Kerna manusia itu sifatnya lemah.Jika kita terlalu mengharapkan bantuan manusia,pasti kita akan berputus asa,kecewa,merana.
kerana hajat tak kesampaian.
kerana rasa diri diabaikan.
kerana yang diberi tak sama dengan yang diminta.
Benar.
Ini realiti.
Ya.
Sebagai manusia,kita wajar saling membantu.
Namun,dalam keadaan kita memerlukan pertolongan,pintalah dariNya...
kerna Dia lebih mengetahui.
setiap rintihan hati.
setiap pengaduan.
setiap keluhan.
setiap kegirangan.
kedukaan.
dan segalanya.
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
Surah al-Mulk, ayat 13.
Dalam pada itu, insan yang sedang menulis ini juga sebenarnya adalah insan yang lemah.
mahukan penambahbaikan.
Sentiasa.
Namun sentiasa juga ada kekhilafan yang dilakukan,tanpa sedar atau dalam sedar.
ya.
Pintu taubat sentiasa terbuka.
selagi masih belum terlambat, kejarlah.Jangan nanti pintu itu tertutup.
dan kita menangis pun tiada gunanya...
Iman.
Jika tak dipelihara,makin tipislah ia.
boleh jadi iman itu koyak kelak.
sebelum koyak dan goyah iman itu,peliharalah.
agar kita tak menyesal kelak.
Hati.
putih,bersih,suci.
Namun semakin hari makin dicemari noda-noda dosa.
Bersihkan hati itu dengan taubat.
kembalilah padaNya.
Kita semua ini manusia.Dan manusia itu ciptaan yang lemah.Manusia sering terlupa jika tak diingatkan.
Katalah apa sahaja.
kolot,bodoh,tak ikut peredaran zaman,hampes dan macam2 lagi.
tapi hakikat adalah hakikat.
rela dipandang kolot oleh manusia, dari dipandang HINA di sisi ALLAH.
Matlamat kita mencapai redha ALLAH.
"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya.Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan.Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu).Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
Surah as-Syams, ayat 6-10
Kita nak tunggu sampai bila?
Ajal tak mengenal usia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan