Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Memaparkan catatan dengan label pembangunan insan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pembangunan insan. Papar semua catatan

Ahad, 19 April 2009

..Bagaikan Permata..



Cantik kan permata?
Sebut tentang permata ataupun berlian,siapa yang tak kecur liur?
Terutama golongan wanita.

Sememangnya fitrah wanita.
Sukakan yang indah dan cantik.
Sesuai dengan sifat semula jadi wanita yang lemah lembut dan cantik.


Pernahkah anda terfikir dan merenungkan.
Wanita itu ciptaan Allah yang cantik.
Unik sekali.
Harga diri seorang wanita sangat tinggi nilainya.
Sehingga tidak dapat dibandingkan dengan harga sebutir permata yang termahal di dunia.
Indah bukan?

Beruntung menjadi seorang insan bergelar wanita.


Sudahlah cantik,diminati ramai pula.


Sifat Permata

-Permata sifatnya keras.(Antara elemen yang paling keras di dunia)
sensitif.
-Sensitif.Terkena benda yang tajam atau pun keras sedikit pun,akan menjejaskan keindahan sinarnya.
-Semakin banyak bucu-bucu pada permata tersebut,maka semakin indahlah permata tersebut.
-Biasan cahaya yang terkena pada permata tersebut menambah seri padanya.
-Permata simbolik kekayaan,kemewahan.
Menarik bukan?


Pernahkah kita mengkaji ataupun tahu cara-cara menjaga permata agar sentiasa kelihatan cantik dan kilauannya menarik?

Ini dia caranya;

-Kurangkan memegang permata dengan tangan.Jari-jemari boleh menghilangkan lapisan berminyak pada permata sehingga mengurangkan kilauannya.
-Simpan batu permata di dalam kotak yang berasingan atau di simpan dalam kain yang lembut bagi mengelakkannya tercalar.
-Simpan permata di tempat yang kering kerana udara yang lembap keterlaluan akan memberikan kesan buruk terhadap batu permata.


Sifat wanita

Wanita dan permata tidak dapat dipisahkan.
Saya boleh katakan,wanita itu ibarat permata.
Cantik,namun bukan untuk dijadikan barang permainan.
Setuju?

Wanita cukup sensitif bila disebut tentang maruah diri.
Namun,apa yang dilihat sekarang,sangat sukar untuk melihat wanita itu menjaga maruah dirinya dengan sebaik-baiknya.

Satu-satunya agama yang meninggikan martabat wanita adalah agama Islam.
Martabat wanita cukup mulia di sisi Allah.

Wanita diciptakan oleh Allah kerana fitrah manusia itu ingin mengasihi dan ingin dikasihi.
Itulah Adam.
Lelaki pertama ciptaan Allah.

Islam itu kaya dengan adab,kaya pula dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Sang Maha Pencipta.

Sungguh Maha bijaksana Sang Pencipta kita.
Maka sudah pasti ada hikmah mengapa ada perkara yang disuruhNya dan ada pula perkara yang dilarangNya.

Pernahkah anda terfikir itu?


Cinta Murahan

Kini,dapat dilihat.
Di mana-mana sahaja.
Remaja mahu pun orang dewasa berbondong-bondong menjadi 'mabuk' kerana cinta.
Maaf saya katakan ini.

Namun ini hakikat.
Jika dulu,lelaki dan wanita malu-malu untuk membicarakan soal cinta.
Kini semuanya berlumba-lumba untuk berkata soal cinta.

Salahkah bercinta?
Perancangan ke arah perkahwinan bukan?
Sudah matang bukan?

Kalau sudah matang,mengapa masih berkepit ke sana ke mari?
Mengapa mesti mengucapkan kata rindu setiap saat?
Mengapa hendak ke tandas pun mesti ditemani kekasih?

Bemanja-manja mungkin.
Seronok.
Cukup indah.
Saat bermadu kasih.
Namun,tunggulah satu ketika.
Allah tidak meredhai hubungan tersebut.

Fikir-fikirkan wahai wanita.
Adakah teman lelaki anda tanpa segan silu memegang tangan anda?
Atau mungkin memeluk anda?
Tak cukup dengan itu,mula mengajak berdua-duaan di tempat sunyi.

"Biarlah cuma kita saja di sini.Lebih indah.Tiada yang mengganggu."


Sedarlah,syaitan orang ketiga.

Jika ini yang terjadi,ketahuilah bahawa lelaki tersebut tidak layak sama sekali menjadi suami anda.

Belum kahwin sudah berani berpegang sana sini.
Sudah kahwin nanti...

Mungkin wanita lain pula yang dirabanya.Jadi kekasih hatinya.
Bukan meragui teman lelaki anda,tapi sejarah membuktikan begitu.

Ingat lagi tak permata tadi?

Andai mereka mengetahui betapa tinggi nilai seorang wanita,tidak akan sekali-kali dipegangnya,dipeluknya sesuka hati tanpa izin.Bukan izin si wanita itu,tapi izin Allah.Pemilik mutlak sang wanita itu.

Agak-agak,adakah Allah akan membenarkan dan meredhai perbuatan itu?




Hanya satu hubungan yang diredhaiNya.
yakni perkahwinan.

Sahabat-sahabat.
Perjalanan masih panjang.

Kepada yang sedang hangat bercinta,nasihat saya,berhati-hatilah.
Jangan maruah anda nanti tercalar.
Ketahuilah hubungan yang tidak diredhai Allah,takkan berpanjangan.
Takutlah pada balasanNya yang pedih di akhirat kelak.

Ketika itu,tiada siapa lagi dapat menyelamatkan kita.


Hanya amalan kita.


Sebelum terlewat,sebelum nasi jadi bubur.
Fikirkan berkali-kali.


Mana pergi nilai-nilai Islam yang kita pelajari selama ini?
Jangan binasakannya.
Jangan sekali-kali.
Kembalilah ke pangkal jalan.



[Gambar dipetik dari Berita Harian]


Ya Allah,
Ampuni dosa-dosa kami,
Kami telah menzalimi diri kami.
Kami angkuh,ego,degil!

Ampunkan dosa-dosa kami...



"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
Surah Az-Zariyat,ayat 56.