Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

Rabu, 10 Jun 2009

KEMBALI

Assalamualaikum semua.

Sudah lebih kurang 2 minggu saya bercuti semester di rumah.Terlalu banyak peristiwa yang berlaku.Antara pahit dan manis.Suka dan duka.Walaupun baru sahaja 2 minggu di rumah.Apa-apa pun,saya masih belum puas duduk di rumah!

Cuma,sedikit terkilan kerana cuma dapat bertemu dengan angah(adik saya yang ke dua) dua hari saja sepanjang cuti ini.Itu pun dia pulang bercuti sebab meraikan perkahwinan ibu saudara saya yang bongsu.Tak mengapa.Tempoh yang begitu sekejap itu sangat saya hargai.

Sepanjang cuti ni,saya tak kemana-mana.Cuma duduk di rumah.Sesekali menziarahi rumah nenek.Boleh saya katakan juga sepanjang cuti ini,banyak sungguh jemputan walimah oleh saudara mara dan sahabat-sahabat yang lebih tua dari saya.Namun,dek kerana jarak yang tak mengizinkan,tak dapat juga saya meraikan walimah sahabat-sahabat(kakak-kakak senior)itu.Cuma menghadiri walimah saudara-mara terdekat.

Dalam masa yang sama,wan(nenek sebelah ayah) saya jatuh sakit.Penangan Demam Chikungunya.Alhamdulillah,kini wan dah beransur pulih...

Oh ya.Ibu saudara saya yang bongsu telahpun selamat berkahwin pada 6 Jun yang lalu.Dengan jejaka pilihan keluarga.Istimewanya ibu saudara saya yang seorang ini,sebab dia lebih muda 2 tahun berbanding saya.Atau dalam kata lain,sama umur dengan angah.Semoga berbahagia sepanjang hayat.InsyaAllah.

....

Cukuplah rasanya cerita saya.Masih banyak yang ingin saya coretkan.Namun entah kenapa,ilham tak datang-datang juga.Susunan ayat juga agak terabur.Maaf dipinta.

Cuti ini,saya tiba-tiba teringatkan hari-hari saya di kampus.

Rindu pada sahabat-sahabat.
Rindu pada nasihat mereka.
Rindu pada senyuman mereka.




Ternyata suasana di kampus sangat berlainan dengan suasana di rumah.

Benar.
Saya akui akhirnya tanpa sahabat,diri ibarat terumbang-ambing di laut.

Hanya bergantung pada diri sendiri.
Serta hubungan antara diri sendiri dengan Yang Maha Agung.

Ku harapkan,diri ini diberikan kekuatan.
Agar terus istiqamah dalam beribadat.
Agar terus istiqamah dalam perjuangan ini.
Agar dapat menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik.


Cuma satu yang ku inginkan,yakni keredhaanNya...

Sabtu, 23 Mei 2009

Laskar Pelangi

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya


Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa
Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Tak kan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya...
Selamanya...

[Laskar Pelangi-Nidji]

Saya bukanlah peminat tegar 'movie'.
Jarang sekali saya menonton 'movie' meskipun di rumah.

Kalau tengok pun cuma sekadar tengok.
Saya tercari-cari cerita yang memberi impak kepada jiwa dan cerita yang segar.

Akhir-akhir ini,ramai juga teman-teman yang mengesyorkan saya menonton filem 'Laskar Pelangi'.

Untung betul saya belajar di UTP.
Dapat 'download' secara percuma.(tak elok diamalkan.)

Hajatnya nak tengok bersama keluarga di rumah.
Tapi sebelum tu tengok dulu 'scene by scene' sikit-sikit.

Ternyata cerita ini menarik.
Meskipun cuma berlatarbelakangkan suasana kampung.
Namun ada nilai-nilai yang boleh difikirkan.
Ada pengajaran di sebaliknya.

Filem yang baik adalah filem yang mengajak kita berfikir.
Malah setiap dialognya adalah nasihat yang bermakna.

Cubalah tonton filem ini.
Lebih berbaloi daripada menonton filem 'Impak Maksima' atau 'Bohsia'.





Kita diberi kebebasan untuk menonton atau membaca apa sahaja.
Cuma,jadilah seorang yang cukup bijak untuk menilai.

Menonton filem atau cerita dan mengambil nilai-nilai murni daripadanya.
Membaca buku dan mengambil iktibar dari ceritanya.
Bahkan mendengar lagu dan mengamati lirik yang baik-baik sahaja.

Islam itu indah bukan?

Berhibur itu tidak salah.
Asalkan kena pada caranya.
Dan tidak melampaui batas.

Tunas Baru



Tengah hari tadi,jam 12.
Tamat sudah minggu 'exam' untuk semester ni.
Bermakna,hari-hari aku sebagai pelajar tahun 2,semester 1 telah berakhir.

Alhamdulillah.

Secara keseluruhannya semua 'paper' ok.
Walaupun bukannya dapat jawab semua dengan baik.

Semester depan,bermula lembaran baru sebagai pelajar tahun 2 semester 2.

'Course Registration' untuk semester depan dah selesai.

Semester depan,aku bakal mengambil 7 subjek.
Tapi hanya 6 daripada 7 subjek tersebut yang ada 'Final Exam'.

Ni subjek-subjek yang akan aku ambil semester depan;

-Probability and Statistics
-Mechatronics
-Mechanical Engineering Thermodynamics II
-Mechanics of Machines
-Heat Transfer
-Mechanical Engineering Design II
-Professional Communication Skills(tiada 'Final Exam')

Semester depan nampaknya banyak subjek yang menjurus kepada 'heat and energy'.
Subjek asas yang pernah aku ambil ialah Thermodynamics I dan Fluid Mechanics I.

Satu lagi subjek yang boleh aku katakan mencabar ialah Mechatronics.
Subjek ni mungkin ada kaitan dengan subjek Electrical Technology yang telah aku ambil masa Tahun 1 semester 1 dulu.

Professional and Communication Skills pun tak kurang juga mencabar.Memandangkan aku agak kurang skil dalam bab-bab ni.

Kesimpulannya,semester depan aku mesti bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi semua subjek ni.
Senior pun dah bagi 'warning' awal-awal supaya skor dan fokus dari awal semester bermula.

Mampukah aku?


InsyaAllah boleh.

Oh ya.
Aku akan pulang ke kampung halaman esok tengah hari jika tiada aral melintang.
Pulang bersama rakan satu 'course'.

Semoga cuti kali ini tak disia-siakan begitu sahaja.=)

Khamis, 21 Mei 2009

Bukan Satu Pengakhiran

Assalamualaikum.

Lega rasanya.
Tinggal satu 'paper' saja lagi untuk dihabiskan.

Lusa last 'paper'.(Solid Mechanics)

Dan lusa juga waktu yang ditunggu-tunggu untuk pulang! =)

Setelah sekian lama.(baru dekat dua bulan tak balik)

23 Mei.
Pada hari yang sama,adikku mendaftar ke UiTM Shah Alam.
Dia bakal meneruskan pengajian bagi program asasi sains.

Moga-moga cita-citanya untuk sambung pelajaran dalam bidang perubatan tercapai kelak.
insyaAllah.

Cuti kali ini agak panjang berbanding sebelum ini.
Inilah peluangnya untuk manfaatkan cuti sebaik-baiknya!


Dua buah buku yang bakal dibaca habis di rumah.

Ini mungkin post yang terakhir buat masa ni,memandangkan aku akan pulang sebaik sahaja habis 'exam'.

Berita baik,kat rumah dah ada internet!
Kalau tade aral melintang,boleh la 'update'.(^_^)

Rindu kepada insan-insan di rumah semakin membuak-buak.

Doakan selamat pulang ke rumah.
Doakan semuanya dipermudahkan.
Doakan 'result' tak menghampakan!
InsyaAllah.