Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Khamis, 14 Mei 2009

Hati-hati




Hati-hati
Jangan membuta tuli
Ikut kata hati
Merana nanti...


Salahkah ikut kata hati?

Tak salah.
Cuma,ikut kata hati semata-mata tanpa pertimbangan akal dan iman tu bahaya.
Silap-silap boleh 'mati'.
sia-sia.

Hati kata, "nak".
Iman kata, "jangan".
Akal kata, "boleh juga".

Kenapa iman selalunya menolak benda yang kita suka?
Benda yang seronok itu la iman kata jangan.

Sekali je...

Takkan bagi apa-apa kesan pun.
Bukan ada orang nampak pun.

Sebab apa macam tu?

Hebat.
Pertarungan antara iman dan nafsu.

Menurut kata hati tanpa pertimbangan iman dan akal bererti menurut nafsu.

Nak kongsi satu cerita.
Cerita ni mungkin dah pernah dengar.
Tapi tak mengapa,manusia mudah lupa.

Ceritanya begini;


Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

“Wahai akal mengadaplah engkau.”

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”.

Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

“Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”.

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.


Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.

Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’(neraka kelaparan) selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”

Cerita dipetik dari blog mujahidmuda.com.

Cerita asal daripada kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi.

.....


Degil sungguh makhluk yang bernama nafsu.

Tak hairanlah mengapa manusia selalu tewas dengan nafsu!

Benar,bukan mudah melawan nafsu.Namun,daripada kisah ini,dapat kita ambil pengajaran dan pelajaran.Satu-satunya cara yang dapat menundukkan nafsu adalah dengan berpuasa.

Nafsu tewas dengan kelaparan.

Sebab itu kalau pernah dengar, ada satu kata-kata yang berbunyi "Makanlah ketika lapar,berhenti sebelum kenyang."

Sebab bila kenyang,badan jadi lemah,masa itulah nafsu jadi kuat!Dan mungkin kita tewas ketika itu.

Lama-kelamaan, dek kerana asyik berbuat dosa,hati pula akan mati.


Usah terlalu melayan gejolak di jiwa...
Nanti hilang nikmat ketenangan...
Bukankah ketenangan itu yang dicari?


Firman Allah;
"Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
Surah ar-Ra'd, ayat 28.

9 ulasan:

Amin Baek berkata...

Kita berasa seronok melakukan maksiat dan berasa sngguh berat tuk melakukn kebaikan..huhu..inilah manusia ..yg djadikn lemah..begitu mudah tewas dlm pjuangan /jihad menentang nafsu...

Hanya keimanan kukuh yg dpt mengatasi kekangan nafsu..tidak akan ada org yg tidak pernah melakukn dosa..tetapi yg membezakn nya adalah ble sesorg itu dgn segera bertaubat..[3:135]

Lemah dan Berdosanya hamba mu ini ya allah..huhuh..

NajaTikaH berkata...

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."
Surah Al-Zilzal;ayt 7-8.

Unknown berkata...

good post
suka2!
(^^)

Mama and Baby Store berkata...

terima kasih daun.

org melaka,sape ek?

cam dak utp je.

Mama and Baby Store berkata...

ops.

*daun keladi

Unknown berkata...

ape budak2
ish2
xperlu la awak tau ye,
saya ni low profile,
ceyh.

Mama and Baby Store berkata...

tak payah nak berselindung la org melaka.

i noe who u are.

kate org,klu menyamar tu pengecut.

so u are the one.

Unknown berkata...

sape?

Amin Baek berkata...

gle dasat...nant cte ni leh bwk masuk cte csi..haha