Assalamualaikum...
Lama sangat rasanya blog ni berhabuk.....maaf la yer....Saya sangat-sangat tak sempat nak update blog...hehe...
Jujur saya katakan, saya sangat-sangat rindu untuk menulis...tapi tak berkesempatan...alhamdulillah, sekarang dah ada internet di rumah, jadi mudahlah untuk saya online memanjang...haa...online untuk perkara bermanfaat yer...bukan perkara-perkara lagha...hehe
Kalau dihitung-hitung, hampir dua tahun lamanya saya mengabaikan blog ni...sayang sangat...almaklum, lepas saja grad dari Universiti Teknologi Petronas awal tahun lepas, saya terus saja menyepi...Alhamdulillah...lepas saja grad, saya dapat meluangkan masa dengan family lebih kurang 2 bulan lebih...lepas tu ditawarkan bekerja di syarikat tempat saya praktikal dulu... :)
Kat mana tu...?Mana lagi kalau bukan di Terengganu... :)Saya bekerja selama setahun di Kerteh, Terengganu...Start dari bulan Mei tahun lepas, sampai lah ke bulan April tahun 2013...dan apa yang berlaku selepas bulan April tu...? Kontrak saya dengan Syarikat pun dah tamat, jadi saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah...mana taknya, sejak dari sekolah rendah asyik belajor je kerjanya...penat otak ni....rasa nak berehat pulak...hihi...
Ada kisah di sebaliknya....tunggu update seterusnya ok! ;)
Kenangan masa Final Year dengan Supervisor Final Year Project & kawan-kawan :)
Kenangan masa konvo Oktober 2012 bersama mama & papa :)
Eh....ni gambar masa bila pulak.....hehe... :P nanti saya sambung ceritanya ok!
Till then....wassalam.... :)
Nah....kata-kata hikmah istimewa untuk rakan pembaca setia blog saya....
Cinta menghidupkan hati yang mati.... Cinta kepada manusia kan layu, Cinta kepada Allah pasti bahagia.... Inilah kapsul Cintaku....
Memaparkan catatan dengan label UTP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UTP. Papar semua catatan
Selasa, 3 September 2013
Sabtu, 23 Mei 2009
Tunas Baru

Tengah hari tadi,jam 12.
Tamat sudah minggu 'exam' untuk semester ni.
Bermakna,hari-hari aku sebagai pelajar tahun 2,semester 1 telah berakhir.
Alhamdulillah.
Secara keseluruhannya semua 'paper' ok.
Walaupun bukannya dapat jawab semua dengan baik.
Semester depan,bermula lembaran baru sebagai pelajar tahun 2 semester 2.
'Course Registration' untuk semester depan dah selesai.
Semester depan,aku bakal mengambil 7 subjek.
Tapi hanya 6 daripada 7 subjek tersebut yang ada 'Final Exam'.
Ni subjek-subjek yang akan aku ambil semester depan;
-Probability and Statistics
-Mechatronics
-Mechanical Engineering Thermodynamics II
-Mechanics of Machines
-Heat Transfer
-Mechanical Engineering Design II
-Professional Communication Skills(tiada 'Final Exam')
Semester depan nampaknya banyak subjek yang menjurus kepada 'heat and energy'.
Subjek asas yang pernah aku ambil ialah Thermodynamics I dan Fluid Mechanics I.
Satu lagi subjek yang boleh aku katakan mencabar ialah Mechatronics.
Subjek ni mungkin ada kaitan dengan subjek Electrical Technology yang telah aku ambil masa Tahun 1 semester 1 dulu.
Professional and Communication Skills pun tak kurang juga mencabar.Memandangkan aku agak kurang skil dalam bab-bab ni.
Kesimpulannya,semester depan aku mesti bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi semua subjek ni.
Senior pun dah bagi 'warning' awal-awal supaya skor dan fokus dari awal semester bermula.
Mampukah aku?
InsyaAllah boleh.
Oh ya.
Aku akan pulang ke kampung halaman esok tengah hari jika tiada aral melintang.
Pulang bersama rakan satu 'course'.
Semoga cuti kali ini tak disia-siakan begitu sahaja.=)
Langgan:
Catatan (Atom)



