Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2009

Belajar Ilmu Ikhlas




Pagi yang hening...
Sesekali hati ini memberontak juga...
Wahai Tuhanku,andai Kau tahu...
Beratnya bagiku untuk menjadi ikhlas.

Cukup aneh,
Sedangkan jiwa ini satu ketika dulu,
pernah berjanji setia padaMu.
Ampunkan aku...
Ampunkan aku...
Ampunkan aku...

...

Suatu hari,seorang pemuda bertanya kepada gurunya,"Wahai guruku,tolong ajarkan aku tentang ilmu ikhlas."

"Telah ku sediakan segalanya.Kalam(pen) dan kertas!" katanya lagi.

"Tak perlu semua itu.Ayuh ikut aku.Akan ku ajarkan kepadamu ilmu ikhlas.Ambil guni ini,dan bawanya bersamamu."Kata gurunya.

Si anak muda gembira.
Dia lantas berjalan mengikut gurunya tanpa banyak soal.

Sampai di satu perhentian,si guru menyuruh anak muridnya mengutip ketulan batuan yang ada di situ.

Si pemuda mengikut saja tanpa membantah.

Usai tugasan yang pertama,mereka meneruskan perjalanan.Perjalanan yang agak jauh...


Sampai di destinasi yang kedua,guru menyuruh si pemuda mengutip lagi batu-batu yang terdapat di situ.Memang banyak batuan di situ.Tidak sukar melaksanakan tugasan tersebut.

Si pemuda akur.
Mengutip batuan lagi.

Seterusnya,mereka berjalan lagi.

Kelihatannya seperti tiada arah tujuan.

Anak murid kian mengah.
Berjalan di tanah gersang itu menguji kesabarannya.

Satu ketika,dia bertanya,"Wahai guru,ke manakah kita akan pergi selepas ini?"

"Ikut saja aku."kata si guru.

Mereka meneruskan perjalanan lagi.
Si guru di hadapan.
Anak murid terkebelakang.
Mengangkat guni yang berisi muatan batuan yang berat bukanlah suatu perkara yang mudah!

"Ahh!"Rungut hati si anak murid.

Guni telahpun menjadi penuh.


Akhirnya mereka melintasi sebuah pasar borong.
Ramai sungguh orang di situ.

Si guru lantas mengajak anak murid masuk ke pasar.

"Mengapa kita harus ke sini?" soal anak murid.

"Kau akan tahu nanti."Jawab si guru dengan bersahaja.

Mereka terus berjalan...

Kelihatan orang ramai di situ memuji-muji si anak murid yang mengangkut guni.

"Wah.Lihat itu...banyaknya barang yang mereka borong!Pasti mereka ini orang kaya."kata orang-orang di pasar.

"Wah,kayanya mereka..."kata mereka yang lain.

Pemuda tersebut tidak mengendahkan kata-kata mereka.
Yang pasti,dia bukan mengangkut barang-barang yang dibeli di pasar!

Setelah puas pusing-pusing di sekeliling kawasan pasar,si guru mengajak anak muridnya pulang.

Anak murid menjadi pelik.

"Wahai guru,apa yang harus ku lakukan dengan batuan ini?"tanyanya.

"Kau telahpun belajar tentang ikhlas sekarang."Jawab si guru ringkas.

"Batu-batu yang berada di dalam guni itu ibarat amalan yang tidak ikhlas.Digendong terasa berat.Pujian melangit tinggi dari orang sekeliling.Namun tiada nilai di sisi Allah.Hanya berat yang ditanggung.Sia-sia dan tiada gunanya.Adakah kau nampak itu?"

Anak murid terdiam.
Dalam hatinya,dia mengakui...

"Ya.Aku telahpun belajar tentang ikhlas.Namun,cukup ikhlaskah aku?"

[Diolah daripada tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi]

....


Astaghfirullah al azim...
Ayuh renungkan kembali.

Ya.
Ikhlas itu bukan mudah.

Namun,kita harus berusaha mendapatkannya.
Tiada yang mustahil untuk digapai dalam hidup ini,termasuk ikhlas.

Bagaimana mencari 'permata' bernama keihlasan?

Bila hati telah mengaku dan sentiasa ingat bahawa cinta dan redha Allah adalah matlamat,serta akhirat sebagai destinasi akhir...



Aku bertanya kepada diri ini,

Ikhlaskah aku?




Moga dikurniakan walau secebis keikhlasan!

Ahad, 8 Mac 2009

.::Sinar Taubat::. [2]

...

"Cuba bagitahu aku,apa dah jadi ni Kamal?"

"Jangan banyak tanya la bapak.Bapak jangan masuk campur!Ini hal saya!".Bentak Kamal lagi.

Kamal terus menggeledah ke belakang rumahnya.Lantas dia terjumpa sebilah parang di atas pangkin.Dia mengambilnya dan meluru ke motor kapcainya.

"Prenggg...."
Bising sungguh bunyi motor kapcainya.

Pak Murad kaku.Tak berdaya berbuat apa-apa.
Dia masih ingat,Kamal pernah menolak arwah ibunya sendiri sehingga terhantuk tiang rumah.Ketika itu,Pak Murad tiada di rumah.Kamal semakin agresif.Buntu Pak Murad memikirkan.

Entah di mana silapnya.
Entah apa dosa silamku.
Entah bagaimana lagi harus ku lakukan...


Terngiang-ngiang suara hati Pak Murad.Dia sering menyalahkan dirinya kerana tak berjaya mengawal sikap anaknya itu.

...

"Berani kau masuk kawasan aku!!Kau nampak ni?".

Kamal mengacah-acah parangnya ke arah sekumpulan anak muda lain.Mereka bermusuhan.Sejak zaman sekolah lagi.Semakin lama semakin menjadi-jadi.

"Kau ingat kami takut sangat?!Kau tau,bapak aku tu kawan baik tok penghulu tau tak!Nanti aku 'report' kat tok penghulu 'direct'.Baru padan dengan muka kau tu.Tunjuk belang sangat!".Jawab Hasyim.Salah seorang dari mereka.

"Ah!Aku tak kira!Ada aku heran kalau bapak kau kawan baik tok penghulu?Kau tau tanah ni siapa yang punya?Bapak aku!"


Pergaduhan berlaku.
Pergelutan antara kamal dan sekumpulan anak muda itu berlaku.
Beberapa minit kemudian,rakan-rakan Kamal datang beramai-ramai dan turut serta membelasah anak-anak muda tadi.
Pergelutan semakin sengit.

....

"Ah!Hati aku tak tenang.Entah apa yang berlaku ni.Kamal..janganlah bikin hal macam-macam lagi..".Desis hati Pak Murad di rumah.

Tiba-tiba..

"Pak Murad,oh Pak Murad!Si Kamal degan konco-konconya bergaduh kat tepi sawah sana dengan anak si Dolah,Hasyim dan konco-konconya!Teruk gayanya!Ada yang sampai berdarah-darah!Cepat ikut aku!".Kata Pak Samad,jiran Pak Murad yang kebetulan ternampak pergelutan di tepi sawah sebentar tadi.


"Huh?Baik.Aku akan pergi sana segera."

...

Sementara itu,keadaan di tepi sawah sudah kembali normal.Pergelutan yang berlaku telah berjaya dileraikan oleh orang-orang kampung yang melalui jalan berdekatan.

"Kamal,bapak nak cakap sesuatu kepada kau.Mari pulang.".Pak Murad bersuara.

Kamal membisu.Terus dia berganjak dari situ dan memecut dengan motor kapcainya,meninggalkan bapanya yang masih terkulat-kulat di tepi sawah.

"Sabar..sabar..".Getus hati Pak Murad lagi.

Lantas Pak Murad pulang dengan sedikit perasaan hampa.

...

Malam itu bulan terang.
Suasana tenang sekali.
Pak Murad duduk di atas tangga depan rumahnya.
Menghirup udara nyaman di luar rumahnya.

"Allah,bantui aku untuk membimbing anakku yang seorang itu...Aku kerisauan.Bila aku tiada nanti,entah apa nasibnya.Moga Kau lembutkan hatinya...Lembutkan hatinya...".Pak Murad berdoa dalam hatinya.

Dia kadang-kadang kecewa dengan dirinya sendiri.
Kerana tak mampu mendidik anaknya dengan baik.

"Mungkin ini balasan dariNya.Kerana kesilapan silamku dulu...Anakku tidak mahu mendengar kata-kataku meski sepatah.Allah,aku bersalah!Ampuni aku...".Manik-manik jernih jatuh dari kolam mata Pak Murad.

Kulit wajahnya yang berkedut itu dibasahi air mata.

Pak Murad lantas naik ke rumah.Mengambil wudu'.Terus dia bersolat sunat Tahajjud dan Taubat.Memohon keampunan dariNya.

Setelah selesai,dia terus terlelap di atas tikar sembahyang.

Kamal yang ditunggu masih belum pulang.

...

Rabu, 4 Mac 2009

.::Sinar Taubat::.

Mentari pagi itu tak seindah semalam.
Pak Murad yang sudah berusia lebih separuh abad duduk di atas kerusi di anjung rumahnya.Termenung dia memikirkan masa depan anaknya,Kamal.

....

Awal-awal lagi Kamal sudah keluar.Memecut dengan motor kapcainya.Motor itu tak lain tak bukan hadiah dari Pak Murad juga.Nak diharapkan si Kamal,mustahil dia dapat beli sendiri motor tu.Apakan tidak,makan pakainya pun masih ditanggung penuh oleh Pak Murad.Meskipun Kamal bukan lagi anak kecil.Sudah mencecah 30 tahun umurnya!Kamal tidak bekerja.Dia dikenali sebagai 'kutu kampung'.Kerjanya mengacau anak dara orang dan merempit ke sana ke mari di kawasan kampungnya.Dia bukan berseorangan,tetapi bersama-sama beberapa rakannya yang lain.Pernah juga sekali,Kamal ditangkap oleh orang-orang kampung kerana mencuri di sebuah kedai runcit.

Pak Murad kebosanan bersendirian di rumah.Isterinya sudah lama meninggal dunia,akibat penyakit barah yang ditanggung sekian lama.Kasihan Pak Murad.Mujur badannya masih sihat.Dapat jugalah dia berkebun di belakang rumahnya.Sekurang-kurangnya masih dapat menanggung makan minum dia dan anaknya yang seorang itu.Pagi itu Pak Murad membersihkan kebun di belakang rumahnya.Anak-anak pokok pisang kelihatannya semakin membesar.Subur.Menghijau warnanya.Sejuk mata memandang.Tersenyum Pak Murad.

"Tanah belakang rumah kita ni,nampak saja sempit.Tapi banyak sumbangannya.Tengoklah pokok-pokok durian,langsat dan pisang kita ni,menghijau.Buahnya pun lebat.Kan bang?".Kata Mak Leha.

"Mana la tak subur pokok-pokok tu,kan yang menanamnya kita.Tak gitu?".Seloroh Pak Murad.


Lamunan Pak Murad terhenti.Rindu benar beliau dengan arwah isterinya itu.

Kamal sudah pulang.Berang semacam lagaknya.Mencari sesuatu.

"Bapak!Mana parang!Mana?".Jerit Murad dari belakang rumah.

"Kamu dah balik Kamal.Nak buat apa dengan parang?".Kata Pak Murad.

"Bagi la parang cepat!".Bentak Kamal lagi.

"Kau jawab dulu.Nak buat apa dengan parang?"

"Ahh!Tau la saya nak buat apa nanti.Saya da besar panjang.Tak payahlah bapak sibuk-sibuk!"

....