Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

Selasa, 3 September 2013

NAJATIKAH kini kembali! :)

Assalamualaikum...

Lama sangat rasanya blog ni berhabuk.....maaf la yer....Saya sangat-sangat tak sempat nak update blog...hehe...
Jujur saya katakan, saya sangat-sangat rindu untuk menulis...tapi tak berkesempatan...alhamdulillah, sekarang dah ada internet di rumah, jadi mudahlah untuk saya online memanjang...haa...online untuk perkara bermanfaat yer...bukan perkara-perkara lagha...hehe


Kalau dihitung-hitung, hampir dua tahun lamanya saya mengabaikan blog ni...sayang sangat...almaklum, lepas saja grad dari Universiti Teknologi Petronas awal tahun lepas, saya terus saja menyepi...Alhamdulillah...lepas saja grad, saya dapat meluangkan masa dengan family lebih kurang 2 bulan lebih...lepas tu ditawarkan bekerja di syarikat tempat saya praktikal dulu... :)


Kat mana tu...?Mana lagi kalau bukan di Terengganu... :)Saya bekerja selama setahun di Kerteh, Terengganu...Start dari bulan Mei tahun lepas, sampai lah ke bulan April tahun 2013...dan apa yang berlaku selepas bulan April tu...? Kontrak saya dengan Syarikat pun dah tamat, jadi saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah...mana taknya, sejak dari sekolah rendah asyik belajor je kerjanya...penat otak ni....rasa nak berehat pulak...hihi...


Ada kisah di sebaliknya....tunggu update seterusnya ok! ;)


Kenangan masa Final Year dengan Supervisor Final Year Project & kawan-kawan :)



Kenangan masa konvo Oktober 2012 bersama mama & papa :)


Eh....ni gambar masa bila pulak.....hehe... :P nanti saya sambung ceritanya ok!

Till then....wassalam.... :)

Nah....kata-kata hikmah istimewa untuk rakan pembaca setia blog saya....

Selasa, 28 Julai 2009

Nak Buli Balik?


Kehidupan ini pasti akan menjadi lebih indah dengan cabaran...

Benar.
Itu realiti hidup ini.

Menariknya kehidupan ini.
Setiap insan hidup di bumi yang sama,namun menjalani kehidupan dengan cara yang berbeza,justeru memiliki pengalaman hidup yang berbeza-beza.

Setiap orang punya pengalaman yang tersendiri.
Pastinya ada yang merasakan kehidupan ini amat mudah baginya.
Macam petik jari!

Dan ada juga yang merasakan hidupnya penuh dengan pancaroba.Hingga tiada ruang baginya untuk tersenyum walaupun seketika.Jika ada pun,cuma senyum tawar.Hambar.

Namun,ketahuilah,walau sesukar mana pun hidup kita,pasti dalam berjuta-juta liku hidup itu,ada sesekali kita merasakan,kitalah insan yang paling bahagia di dunia ini!

Ya.
Pasti ada walaupun cuma sekali!

...

Secebis kisah hidup saya yang dapat dikongsikan.

Mungkin ada yang tidak percaya,saya yang dulu dan sekarang,nyata berbeza.

Dulu,saya seorang yang sangat pendiam dan pemalu.
Bukanlah nak kata yang sekarang saya langsung tidak punya rasa malu.
Cuma malunya kini lebih bertempat.

Kita berubah seiring perjalanan waktu.

Mungkin kerana saya dilihat sebagai seorang yang pendiam,maka saya sering dijadikan mangsa buli rakan-rakan sekolah dulu.

Di MRSM Kuala Lipis,ketika saya berada di Tingkatan 2.
Minggu pertama di sana lagi saya dah pun diusik dan dibuli oleh rakan-rakan baru di sana.

Mungkin kerana mereka terasa 'nikmat' berbuat demikian.

Ketika di sekolah menengah dulu,saya memang sangat suka berjalan dengan pantas ke mana-mana saja.

Sehinggakan ramai yang menggelar saya sebagai 'Miss Faster'.
Saya juga selalu memakai baju berwarna kuning.Mungkin cuma kebetulan.sedangkan saya bukanlah begitu suka warna kuning.

Saya digelar pula sebagai 'Miss Kuning' atau 'Anak Raja' kerana terlalu kerap memakai baju berwarna kuning ketika itu.

Ketika itu,saya tidak begitu ambil pusing dengan usikan dan kata-kata orang di sekeliling saya.

Dan salah satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan lagi,di MRSM Kuala Lipis juga.Di sana memang ramai pelajar-pelajar dari Pantai Timur,terutama dari Kelantan dan Terengganu.

Ketika itu,pertama kali saya begitu terkejut dan bingung kerana langsung tidak faham apa yang diperkatakan oleh sekumpulan pelajar di sana.

Rata-ratanya berkomunikasi dengan loghat Pantai Timur.

Saya cuma diam.
Buat-buat tak dengar.

Pernah satu kali,rakan sekelas saya sedang berbual ketika itu.
Agak rancak juga.

Saya terdengar perbualan mereka.
Lagaknya macam sedang mengumpat.
Lantas salah seorangnya bertanya kepada saya,"Mu pehe dok,gapo hok kito kecek ni?"

Saya menggelengkan kepala.

Tiba-tiba semuanya ketawa.

"Baguh-baguh".Kata mereka ringkas.

Saya terus diam.

"Biarlah mereka dengan dunia mereka".Desis hati saya ketika itu.

Setelah 4 tahun bersekolah di MRSM Kuala Lipis,walaupun masih tidak mampu berkomunikasi dengan loghat Pantai Timur,saya dapat memahami loghat itu.

Alhamdulillah.
Ada juga hikmahnya.

Kini,sekali lagi saya berhadapan dengan situasi yang sama.
Kebanyakan rakan saya di kampus juga orang Pantai Timur.

Tapi dengan situasi yang berbeza.
Kadang-kadang saya yang menjadi juru alih bahasa kepada rakan-rakan yang tinggal di kawasan utara atau Pantai Barat di sini.

Kelakar juga.

Dulu saya pernah terfikir,kenapalah saya yang sering menjadi pilihan mereka untuk dibuli.

Kini saya harap saya dibuli lagi.
Sebab zaman-zaman dibuli itu telah berakhir.


Kadang-kadang,kita terlepas pandang.
Kritikan dan kata-kata orang di sekeliling kita adakalanya membantu untuk kita bangkit menjadi seorang yang cukup hebat pada masa akan datang.

Saya bukanlah orang yang hebat.
Tapi saya belajar sesuatu dari peristiwa dulu.

Dan saya memilih untuk tidak membalas tindakan buli mereka itu.

Mendoakan yang terbaik untuk mereka dan diri sendiri.

Ahad, 26 Julai 2009

Ibrah dari Kenangan Silam

Pagi ini,saya dikejutkan dengan berita kematian Yasmin Ahmad,seorang Pengarah Filem terkenal yang meninggal dunia kerana strok/pendarahan otak.

Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

...

Mengimbau kenangan lalu,saya masih ingat peristiwa hitam yang berlaku ketika Tingkatan 1.Ketika itu,saya belajar di MRSM Kuala Kubu Bharu,Selangor.

Saya masih tidak dapat lupa peristiwa ini.
Peristiwa yang mengajar saya bermacam-macam perkara dalam kehidupan ini.


Saya masih tidak dapat lupa,ketika saya diberitakan oleh ibu saya bahawa bapa saya sedang ditahan di hospital kerana strok.

Ketika itu,saya masih belum tahu tentang bahaya strok.Apa itu strok?
Saya tak memahaminya.

Namun,saya faham yang strok itu bukan penyakit yang sekecil-kecil seperti demam sahaja.

Sebelum saya menerima berita tesebut,saya dibohongi oleh ibu saudara saya yang menjaga adik-adik saya di rumah.Dia memberitakan yang ibu dan ayah saya keluar ke bandar.Hakikatnya,ketika itu ibu saya berada di hospital,meghantar ayah saya.

Setelah mengetahui perkara sebenar daripada ibu saya sendiri,saya jadi marah.
Saya marah kerana ditipu.
Sehingga kini saya sangat benci pada orang yang menipu.

Namun,akhirnya saya akur bahawa kerahsiaan tersebut ada hikmahnya.
Kerana saya tidak cukup kuat menerima berita tersebut.


Saya hanya dapat pulang ke rumah kira-kira 2 minggu selepas mendapat berita tersebut.Bayangkan kesedihan yang melanda diri saya selama 2 minggu di sekolah.
Saya tidak fokus di kelas,selalu menangis,saya jadi seorang yang murung secara drastik.

Perubahan saya disedari rakan-rakan baik saya di sekolah.
Ketika itu,saya rasa lebih dihargai oleh rakan-rakan.

Saya masih ingat,saat saya pulang ke rumah,bapa yang selama ini saya lihat berdiri tegap,sihat,tegas,tiba-tiba terbaring kaku.

Saya tak sampai hati melihat keadaan beliau.
Saya tidak suka menangis di hadapan ahli keluarga saya.

Ya.
Saya memang seorang yang ego.

Namun,jauh di sudut hati,saya mahu menangis semahu-mahunya!

Saya lantas ke sudut dapur,bersalam dengan ibu saya.
Ketika itu,rumah saya dipenuhi dengan sanak-saudara yang tak putus datang menziarahi bapa saya.

Saya masih kaku.
Tidak mampu berhadapan dengan bapa saya yang sedang terlantar.

Selepas dipujuk oleh ibu saya,saya lantas duduk di hadapan ayah saya yang sedang terbaring.

Saya usap dahi beliau.
Saya bersalaman dengan beliau.

Saya masih ingat renungan sayu beliau.
Saya tidak dapat menahan lagi air mata ketika itu.

Hanya tangisan yang menyelubungi diri.
Saya benci keadaan itu.
Kerana saya tidak suka dilihat sebagai seorang yang lemah.
Namun saya tak berdaya.

Sungguh,hanya Dia yang tahu betapa sayunya hati saya ketika itu.
Tak sanggup saya tatapi tubuh bapa saya yang dulunya berisi,ketika itu menjadi kurus sehingga menampakkan tulang selangkanya.

Ketika itu,saya genggam erat tangannya.
Saya hanya mampu menangis,dan terus menangis.
Saya renung kembali matanya.
Menyelami jiwanya.

Bapa itu merindui saya rupanya.
Beliau turut menangis.
Pertama kali dalam hidup saya,saya melihat bapa saya menangis.

Saya lantas ditenangkan oleh saudara-mara yang hadir ketika itu.


Hari demi hari,masa berganjak.

Alhamdulillah ya Allah!
Dengan kuasaMu,Kau sembuhkan jua bapaku...

Akirnya saya berpindah ke MRSM Kuala Lipis pada tahun 2003.Ketika itu saya berada dalam Tingkatan 2.Lebih dekat dengan rumah saya di Jerantut,Pahang.Seperti yang diingin-inginkan oleh ibu bapa saya sebelum ini.
...

Bukan mudah menghadapi situasi ini.

Saya belajar sesuatu.
Pengalaman yang sangat berharga buat saya.

Saya lebih menyayangi ibu bapa saya.
Sehingga kini,saya sangat takut untuk melukakan perasaan mereka.

Kerana dulu,saya pernah menghampakan mereka sekali.

Patutlah dulu ibu dan ayah saya beria-ria mahu saya pindah ke Kuala Lipis.Tetapi saya berkeras tidak mahu pindah.Alasannya kerana saya sudah biasa dengan suasana di Kuala Kubu Bharu.

Hakikatnya,saya cuma sukakan kawan-kawan di sana,termasuklah seorang rakan sekelas lelaki yang saya minati ketika itu.Alasan yang tak munasabah bukan?

Ya.
Saya belajar sesuatu,bahawa tiada yang lebih berharga dalam kehidupan ini selain daripada membahagiakan kedua ibu bapa kita.

Di Kuala Lipis,saya membina azam baru untuk belajar sehabis baik.
Saya benar-benar terkesan dengan peristiwa hitam yang berlaku sebelum itu.
Tak sanggup saya mengecewakan ibu bapa saya lagi.



Tak pernah saya membayangkan kehidupan yang sebegini.
Ini perancangan Allah.
Sebaik-baik perancangan.

Walaupun bapa saya kini masih tidak mampu berdiri setegap dulu,namun saya belajar menjadi setabahnya.

Saya akui,saya masih belum mencapai tahap sabar sepertinya.

Dia idola saya.
Idola ssepanjang hayat saya.

Sebab itu,hati saya sangat terluka jika mendapati anak-anak muda,adik-adik saya sendiri,mahu pun siapa-siapa sahaja yang berkasar dengan ibu bapa mereka.

Sedarkah mereka betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah?

Mampukah kita membalas jasa mereka?

Jangan fikir wang ringgit boleh membalas budi mereka.


Mereka tak perlukan semua itu.
Mereka hanya perlukan kasih sayang dari anak-anak mereka.
Doa dari anak-anak yang soleh.

Hanya itu yang mereka perlukan.


Sanggup lagi kita mengabaikan kepercayaan mereka kepada kita?


Itu kisah saya satu ketika dahulu.

Saya sayang akan bapa saya,ibu saya.

Beza antara ibu dan bapa saya,ibu saya seringkali menunjukkan rasa kasihnya kepada saya melalui kata-katanya.Sedangkan bapa saya,seringkali menunjukkan rasa kasihnya kepada saya melalui perbuatannya.

Kepada teman-teman,andai saya tak pernah mengungkapkan rasa kasih saya kepada kalian,bukan kerana saya benci atau tidak sayang kepada kalian,tetapi kerana saya tidak mampu mengungkapkan rasa tersebut melalui kata-kata.Hanya melalui perbuatan.

Saya memang anak bapak!

Ya Allah...
Ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tuaku...
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku masih kecil,sehingga kini...
Limpahi mereka dengan rahmatMu.
Masukkan mereka ke dalam syurgaMu..

Khamis, 21 Mei 2009

Bukan Satu Pengakhiran

Assalamualaikum.

Lega rasanya.
Tinggal satu 'paper' saja lagi untuk dihabiskan.

Lusa last 'paper'.(Solid Mechanics)

Dan lusa juga waktu yang ditunggu-tunggu untuk pulang! =)

Setelah sekian lama.(baru dekat dua bulan tak balik)

23 Mei.
Pada hari yang sama,adikku mendaftar ke UiTM Shah Alam.
Dia bakal meneruskan pengajian bagi program asasi sains.

Moga-moga cita-citanya untuk sambung pelajaran dalam bidang perubatan tercapai kelak.
insyaAllah.

Cuti kali ini agak panjang berbanding sebelum ini.
Inilah peluangnya untuk manfaatkan cuti sebaik-baiknya!


Dua buah buku yang bakal dibaca habis di rumah.

Ini mungkin post yang terakhir buat masa ni,memandangkan aku akan pulang sebaik sahaja habis 'exam'.

Berita baik,kat rumah dah ada internet!
Kalau tade aral melintang,boleh la 'update'.(^_^)

Rindu kepada insan-insan di rumah semakin membuak-buak.

Doakan selamat pulang ke rumah.
Doakan semuanya dipermudahkan.
Doakan 'result' tak menghampakan!
InsyaAllah.

Sabtu, 16 Mei 2009

Guru itu Mulia

"Akak,nak tau tak,tadi kat sekolah budak-budak kelas orang ada yang mengumpat papa.Kata macam-macam." Adikku bersuara.

"Oh.Lepas tu papa kata apa?Kau cerita kat papa tak?" Aku memberi respon.

"Orang dah bagitau papa.Papa diam je.Tak marah pun."

"Oh..".Aku terdiam.Hendak berkata sesuatu.Tapi mulut terasa terkunci.

Ya.
Bapaku seorang guru.
Boleh aku katakan sebagai seorang guru yang sangat komited pada tugasnya.
Ramai pelajarnya yang telah berjaya.

Ya.
Bapaku bukan guru sekolah berasrama penuh.
Yang pelajar-pelajarnya bijak-bijak belaka.
Yang pelajar-pelajarnya boleh dikatakan anak orang-orang senang.

Bapaku cuma guru di sekolah kampung.(sekolah menengah)
Para pelajarnya sudah remaja.
Yang para pelajarnya agak lemah dalam akademik.
Yang para pelajarnya kadang-kala bersikap kurang ajar.
Yang para pelajarnya sangat sukar mendengar kata.

Dengan keadaan bapaku kini yang lumpuh separuh badan akibat strok kira-kira 6 tahun lalu, ku kira ini merupakan cabaran hebat buat bapaku!

Bapa itu terus tabah.
Terus gigih.

Mengabaikan kata-kata nista guru-guru lain.
Melupakan keadaan dirinya yang secara fizikalnya kurang sempurna!

Bapa itu gigih!

Aku sangat mengaguminya.

Cuma...
Aku terkilan.
Sangat terkilan.

Masih ada anak muda zaman ini yang tak pernah kenal erti pengorbanan seorang guru.
Tak nampakkah dia bapaku yang lumpuh itu masih ke kelas?

Bapaku tak pernah meminta pelajarnya membantunya mengangkat barang-barang apabila keluar daripada kereta.

Bapaku tak pernah meninggikan suara di dalam kelas.
Bapaku tak pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelajarnya.

Meski masih ada segelintir pelajarnya yang suka bersikap kurang ajar.
Langsung tidak hormat.

Aku sebenarnya langsung tidak hirau jika mereka mahu hormat bapaku atau tidak.
Paling tidak pun,anggaplah guru itu sebagai ibu bapa kita.

Masih tak nampak pengorbanan guru?

Tak mengapalah.
Aku cuma menganggap,mereka yang bersikap kurang ajar itu mungkin tak dididik dengan baik oleh ibu bapa masing-masing.
Atau mungkin sebab mereka cuma pelajar sekolah kampung.
....

Oh.
Aku tersilap.
Rupa-rupanya pelajar yang dikatakan intelek atau bijak juga kurang ajar!

Tutur bicara langsung tak dijaga.
Keluar kata-kata kesat dari mulut mereka.
Hebat sekali mengumpat di belakang guru!

Astaghfirullah...

Seharusnya pelajar intelek itulah yang boleh dijadikan contoh.
Lain pula jadinya.

...

Hari ini,bapa itu terus kental.
Menabur bakti kepada anak bangsa.
Dididiknya anak bangsa, agar menjadi insan.
Bukan untuk menjadi bijak semata-mata.

...

Sahabat-sahabat,ingin aku katakan padamu.

Bijak itu bukan atas dasar pencapaian di atas kertas.
Tapi bagaimana kita menjadi manusia.
Bagaimana kita menjadi insan.

Apa ertinya insan tanpa budi pekerti?
Tanpa tutur kata yang baik?
Bukankah pekerti Rasulullah s.a.w itu baik sekali?

Mengaku umat,tapi pekerti langsung tak mencerminkan peribadi Muslim.

Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa...

Abu Ad-Darda' melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Tiada yang lebih berat dalam pertimbangan pada Hari Akhirat melainkan akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah tidak suka akan kata-kata yang buruk."
(Riwayat at-Tirmizi)


...

Semoga bapaku terus kental mendidik anak-anak bangsa.
Semoga kita menjadi insan yang berguna.

Selamat Hari Guru buat bapaku.
Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru.

Guru Insan Mulia!


[Entri ini bukanlah untuk menghentam sesiapa.Jauh sekali membangga diri.Sekadar perkongsian agar kita bermuhasabah.Tiada insan yang sempurna.Maaf andai terguris hati dan perasaan.]

Rabu, 22 April 2009

Allah Lebih Tahu

Allah lebih tahu.

Susah.

Senang.

Pahit.

Manis.


Terus bertahan.
Jangan bersedih.

Aku ada Allah.


Senyum biar lebar macam ni.Baru gempak.

Selasa, 21 April 2009

Cakap Lebat

Terfikir sejenak

Aku ni tak hebat mana pun.
Memang tak hebat pun.

Tak nampak apa-apa kelebihan pun.
Result tak gempak.
Perangai pun tak berapa mantap.

Pendek kata habuk pun tadak.
Cakap je lebat!

Bila masa nak buktikan?

Macam dulu,masa aku jawab kat cikgu add math dulu sebab fail kuiz.
Masa tu aku fail sebab tak stadi sebelum kuiz.
dan kecelaruan emosi sikit.

aku jawab kat cikgu,"belum tunjuk lagi."

semua orang bersorak dalam kelas.
ada bunyi "boo.."

dan macam-macam.
sangat malu.

tapi aku buat muka tembok.
asalkan aku bahagia.
tapi aku tercabar.

dan aku telah buktikan.

dalam kuiz seterusnya.
test.

final exam.

SPM!

jadi.
bila lagi nak buktikan kat sini??!!

Sabtu, 28 Februari 2009

Tangisan

Massage received:

Akak,tuka num maxis.mama nak ckp.

sender:
papa


Sebaik menukar numb maxis,aku menghantar mesej kpd ayahku.Beberapa minit kemudian,phone berdering.ku mengangkat phone dgn penuh kerisauan.

Entah kenapa.
Hati rasa tak keruan.

"......um"
Panggilan dijawab oleh papa.

"Assalamualaikum.Papa."

"Wsalam.um"

Ayhku passkan phone kpd mama.
Tiba2 ku terdengar suara tangisan.
Ibuku sdg menangis.
Menahan tangisan.

Ku amati suara itu.
Serak suaranya.

"Ni siapa?"

"Mama"

"....."
Terdengar suara esakan ibuku.

"Mama,kenapa mama?"

"Takde apa2"

"Kenapa mama?"

"Takde apa2"

"Kenapa mama,bgtau la akak.."

"Takde apa2..."

"Mama demam ke?"

"Tak la.mama sihat."

"Semua orang sihat?

"Sihat."
"Akak sihat?Da makan?"


"Belum.Akak makan kejap lagi."

"Mama saje tepon.Mama teringatkan akak..."


...........
(ada perbualan2 lagi yang panjang.dan tak disiarkan)




"Akak jaga diri elok2.Belajar elok2.Jaga kesihatan.Makan,jgn tak makan.Jimat2 la duit.Tapi jgn tak makan langsung.Buat test elok2."

Tak pernah ku dengar ibuku menangis sedemikian.

Saat itu,aku terfikir.
Sudah makankah ibu itu?
Apa yang dimakannya?
Benarkah ibu itu sihat?
Apakah yang tersirat di hatinya?

Namun aku tak terdaya.
Diri ini juga sebak.
Aku pendamkan sahaja persoalan itu.
Cuma,aku cuba menenangkan ibuku.

Ku sedari,
ibu itu sedang merinduiku.
Aku juga.
Cuma aku sedang mencari masa yang sesuai untuk menghubungi ibuku.


Kini,hati terasa lapang.
Ada insan-insan yang sangat menyayangiku.
Yakni ibu bapaku...

Sahabat-sahabat.
Sayangilah ibubapa kalian,selagi mereka masih ada.
Ingat,diam mereka diam berhemah.
Marah mereka kerana sayang.
Gembira mereka membawa bahagia.
Redha mereka membawa ke syurga.
Sedih mereka membawa bencana.


Sedih mereka membawa bencana.
Sedih mereka membawa bencana.


Jagalah hati mereka.
Sayangi mereka,sepenuh hati.
Tiada insan lain yang berhak disayangi terlebih dahulu sebelum mereka.

Khamis, 22 Januari 2009

Mencari Ketenangan

Aku mencari ketenangan...
Terasa ingin lari dari semuanya!

ingin lari jauh supaya tak ditemui orang lain.

Astaghfirullah...
Sudah banyak hati-hati yg aku guriskan.

Aku bersalah.
Berikan aku peluang.
Berikan aku ruang waktu.

Aku inginkan ketenangan kini.

Terima kasih atas bantuan kalian.

Jumaat, 21 November 2008

::Datang Dan Pergi::

Ku merintih...
Aku menangis..
Ku meratap...
Aku mengharap...
Ku meminta...
Dihidupkan semula...
Agar dapat kembali ke dunia nyata...


Bergenang air mata bila terdengar lagu ni.
Menanti Di Barzakh, drp kump Far East.

Akhirnya.Berakhir sudah semester ke empat aku di UTP.Semester yg semakin lama semakin mencabar.Banyak kenangan suka dukanya.Final exam dilalui dgn jayanya.Alhamdulillah.(resultnye?? tggu dan lihat..)


Dan dalam ketika ini juga,aku dikejutkan dgn beberapa berita sedih.berita kematian.insan2 sekeliling yg di antaranya rapat juga dgnku.

Dalam masa dua hari,di UTP ini,3 berita kematian yang ku dengar.Pertama, kematian adik kpd saudara Asyrizul Fitri.yang kami panggil Mat Yi.Saudara kami.meskipun tiada pertalian darah,namun kehilangan adik kpd Mat Yi kurasakan spt kehilangan adik sendiri.Sungguh berat ujian utknya.Moga ditabahkan hatinya...

Pada hari yg sama(semalam),aku terima berita kedua.Seorang pelajar lelaki foundation first semester meninggal dunia.kerana masalah jantung yang dihidapinya.Arwah meninggal ketika berada di padang bola.belum lagi sempat menjawab Final Examnya.Meskipun aku tak mengenali arwah,namun sbg warga UTP,terasa kehilangannya.

Dan pada hari ini,pagi ini,rakan seperjuangan(lelaki) dlm kos Mekanikal ku,meninggal dunia.kemalangan motosikal.ketika dalam perjalanan pulang dari makan2 kat luar UTP. Ternyata kehilangan beliau sangat dirasai.Terutama oleh rakan2 baik beliau.Dan keluarga beliau.

Sahabat,mari kita sama2 menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah sahabat2 kita.Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.InsyaAllah.

Ternyata,berita kematian itu adalah satu tarbiyyah(pendidikan) dr Allah,untuk kita bermuhasabah diri.Dengan cara itu.

AKu tersentak.
Aku tergamam.
Benar.

Ajal tak mengira tempat.
Ajal tak mengira masa.
Ajal tak kenal usia.

bila tiba masanya,ia kan menjengah jua.Lalu meragut nyawa kita.
Entah bila agaknya,giliran kita.

Maka adakah kita benar2 sedia?

Sahabat,tatkala kita menghadapi ujian.
Ingatlah,masih ada insan2 lain yg menghadapi ujian yg lebih berat.
Dan jika kita yg berada di tempat insan2 itu,adakah kita mampu menghadapinya?

Sungguh.
Allah menguji kerana cintakan kita.
kerana menyayangi kita.
Kerana ingin kita lebih menghargai sesuatu nikmat.
Kerana ingin memantapkan iman kita.

Sahabat,
teguhkan jiwa kita.
Sama2 kita teruskan perjuangan.
Tingkatkan amalan.
Tegakkan kebenaran, tatkala insan2 di luar sana matanya semakin kabur dek ketandusan ilmu.

Benar.
Hidup hanya sekali.
Tapi sekali itu tak bermakna kita memuaskan hawa nafsu semata-mata.
Lantas meninggalkan suruhanNya.
kita hilang jati diri.
kita hilang pendirian.
kita hanyut dek pujukan dan godaan syaitan.

Moga setiap saat yg berbaki,dimanfaatan dgn mengingatiNya.
Bagaimana untuk mengingatiNya?
Berzikirlah.

Sahabat,
Allah Maha Pengampun.

Orang yg bangkit dr kesilapan silamnya lebih baik drp org yg teris menerus hanyut.

Benar.
Tiada insan yg sempurna.
kita tak layak membenci sesiapa.
namun,
cubalah bencikan dosa itu.
Hindari diri kita dari menghampirinya.

Moga kita masih diberi kesempatan untuk memperbaiki kekurangan diri...
Astaghfirullah al Azim...

Rabu, 5 November 2008

::UJIAN::

Ya Allah...
Engkau benar2 mengujiku..
Bantui aku..
Aku terasa lemah..
aku terasa aku tak terdaya..
aku terasa aku hampir tewas..
ampuni aku..
ampuni aku..


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan,'kami telah beriman.' dan mereka tidak diuji?Dan sungguh,Kami telah menguji org2 sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui org2 yg benar dan pasti mengetahui org2 yg dusta."
surah al-Ankabut;ayat 2-3
.

Allah,ampuni aku.aku mengakui.aku dijuji.namun imanku masih lemah.jiwaku meronta.aku lemah dengan ujian ini.aku ingin menangis.aku terasa diriku lemah.aku sangat lemah berbanding sahabat2 yg lain.aku tak setanding mereka.

Allah,ampuni aku juga,kerana aku memikirkan yg negatif.kerana aku hilang kepercayaan terhadap diri sendri.kerana aku berlemah diri.kerana aku tak berusaha melawan kekalahan dalam diri ini.kerana aku terus-menerus melayan rasa hampir berputus asa.

"Dan apabila manusia ditimpa oleh suatu bahaya,mereka menyeru Tuhannya dengan kembali(bertaubat) kpdNya,kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmatNya(lepas dr bahaya itu) kpd mereka,tiba2 sebahagian mereka mempersekutukan Allah." Surah ar-Rum;ayat 33.

Allah,aku tak mahu tergolong dlm golongan tersebut.namun,ku akui adakalanya aku lalai.ketika susah,aku kembali mendampingiMu.mencari diriMu,tatkala aku dlm kegelapan.ketika senang,lapang,aku leka.aku bergembira.hatiku sedikit sekali mengingatiMu.hatiku sentiasa lalai.ampunkan aku...

Katakanlah, "Dialah yg menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran,penglihatan dan hati nurani bg kamu.(Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur." Surah al-Mulk;ayat 23.

Allah,aku akui,aku alpa.ku akui.ku akuinya...dan sedikit sekali aku bersyukur.aku mengharapkan yg terbaik,sdg diriku sendri tidak berusaha ke arah itu.aku mengakuinya..ampuni aku..

"Wahai org2 yg beriman!Mohonlah pertolongan(kpd Allah) dgn sabar dan solat.Sungguh,Allah beserta org2 yg sabar."Surah al-Baqarah;ayat 153.

insyaAllah.selagi nyawa dikandung badan.aku masih aku yg dulu.aku yg takkan mengaku kalah.aku yg tegar meskipun dikurniakan pelbagai ujian.Allah,ku mohon bantuanMu..


kerna aku hanya insan biasa..
kerna aku tidak hebat..
kerana aku masih dlm proses pembelajaran..
setiap perkara yg berlaku itu,pasti ada hikmahnya..
kerana drp setiap yg berlaku itu,Allah mentarbiyyah hambaNya..
ketahuilah..
aku kini sdg ditarbiyyah olehNya..
sakit..
sukar..
berat..
perit..


namun
ketahuilah juga...
kesusahan itu,aku tak harunginya berseorangan..
takkan pernah berseorangan...
kerana aku ada Dia.
kerana aku ada mereka.

namun.
aku juga harus ingat.
bukan aku shj yg menghadapi kesukaran ini.
bahkan sahabat2 ku juga.
mereka juga susah.
mereka juga dijuji...
cuma,ujian mereka berlainan.
berlainan dgnku.

tp,
sedarilah...
Allah tidak pernah menzalimi hambaNya..
tidak pernah..
Allah itu sayang akn hambaNya.
maka kerana itulah Dia mengurniakan UJIAN.
kerana itulah Dia mengurniakan rasa sedih ini untukku.
kerana itulah Dia memberikanku segunung nikmat.
Dia ingin mengujiku...
setakat mana aku mentaatiNya...
setakat mana ketaqwaanku kpdNya...


sedarilah.
kesusahan itu tak berpanjangan.
dan dalam susah itu,pasti ada senangnya...
itu janji Allah.
itu janji Allah.
itu janji Allah.

Allah bukan spt manusia,yg seringkali berdusta.
Allah mempunyai janji yg nyata.
janji yg pasti.
Allah,aku beriman kpdMu.
maka kerana itu,aku redha.
resha dgn ketentuanMu.
aku redha.

dan bukan itu sahaja.
kerana redha,
maka aku harus menunaikan kewajipanku.
kewajipan sbg hambaMu.
kewajipan sbg anak kpd kedua ibu bapaku...
kewajipan sbg seorang sahabat.

maka aku harus meneruskan perjuanganku.
perjuangan di medan ilmu ini.
perjuangan menegakkan asma'Mu..

Allah,bantui aku...
bantui aku..
hanya dgn bantuanMu,aku mampu melaksanakanNya..

Amiin..

Isnin, 3 November 2008

::OPTIMIS::

Assalamualaikum~

Kini,tiba masanya.

::Stadi WeeK::

Dan tak lama lagi aku akn melalui saat yg menggentarkan.iaitu Final Exam.
ya.setiap semester aku berdepan dgn keadaan yg semakin sukar.
tapi,itu mmg lumrah.kesukaran hidup ni,selari dgn kematangan usia.
kate org,tak de cabaran tu tak seronok.

setiap org ada cara yg tersendiri tuk berhadapan dgn cabaran.tak kurang juga ada yg lari dr cabaran tu.tapi aku takkan sekali2 lari.aku akn berhadapan dgnnya.

dan dalam tempoh ini juga,aku dah habis baca buku yg dihadiahkan oleh seorang sahabat.buku yang nipis je.cover dia menarik.begitu jugak isi kandungannya.pengisian yg tepat,padat dan ringkas.mmg padan dgn aku yg 'rajin' membaca ni.
terima kasih!sbb buku ni.



walaupun dah habis baca,tp aku biasanya akn tgk2 balik kalau aku suka buku tu.
dan aku dgn sukacitanya mengesyorkan kpd siapa2 yg belum baca buku ni,untuk membacanya~tajuk:Menjadi Muslim Terbaik


berbalik semula kpd topik asal.

aku akn mula exam pd 11 nov dan berakhir pd 20 nov.
doakan kejayaanku!~

sekadar renungan.kalau kita rasa terbeban atau susah bila hadapi sesuatu perkara,renungkan ayat ni;

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" surah al-Insyirah,ayat 5-6.
=)

kita tak pernah berseorangan.perjuangan yg sukar itu ujian drNya.setiap org ada kelebihan dan kekurangan yg tersendiri.maka tampunglah yg mana kurang.bantu antara satu sama lain.

aku mesti hadapi cabaran yg ada ni dulu sebelum memikirkan cabaran akn dtg.smg dapat dihadapi dgn jayanya!

Rajin2 kan diri!

(mengimbau kenangan lalu...aku nak jd aku yg dulu!mcm kat skolah dlu.tp aku kne ubah sesuatu,ATTITUDE!!!)

All The Bez!