Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mei 2009

Insan Teristimewa

Langit kirmizi menghantar dirimu menuju jalan pulang
Hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
Wajah berona simpati kau tatapi buatkali terakhir
Sedih dan sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu dan doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahagia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu

Menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu


Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam


Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
Tiada yg terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
Pilihan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

[Lirik lagu Azimat Ibunda-Fareast]


Kecintaan seorang insan bernama ibu tak pernah berbelah bagi.
Meski ada juga ibu yang sanggup membuang anaknya,namun percayalah,masih ada secebis rasa kasih dalam hatinya terhadap anaknya itu.

Kemudian,terbitlah rasa kesal yang tiada penghujungnya.

Namun,seorang ibu yang baik,anaknya ditatang bagai minyak yang penuh.Usahkan demam,digigit nyamuk pun bising satu rumah.

Sanggup berjaga tengah malam demi anak yang tercinta.

Aku sendiri,dulu tak pernah nampak pengorbanan ibuku.Namun setelah melihat bagamana kasihnya ibuku terhadap adik-adik.Hati menjadi sayu.

Terdetik di hati, "Beginilah juga kasihnya ibuku terhadapku semasa aku kecil dahulu."

Itulah kasih yang tak terhitung nilainya di sisi Allah.

Teringat pula dosa-dosa yang pernah aku lakukan terhadap insan tercinta itu.

Meninggikan suara...
Tak dengar cakap...
Menipu...
Tak belajar betul-betul...
Dan macam-macam lagi kata yang mengguris hatinya...

Namun dia tetap tegar,sabar melayan kerenah anaknya ini.

Mulut ini berat benar menutur kata maaf.
Hanya melalui perbuatan sahaja yang mampu aku lakukan.

Ah!
Ego sungguh diri ini.

Mulut ini berat sungguh menutur kata cinta.
Hanya melalui perbuatan sahajalah mampu aku lakukan.

Maafkan anakmu...

Dalam banyak-banyak perkara,ada satu perkara yang aku benar-benar kagum dengan ibuku.
Dia dapat merasai gejolak rasa hatiku.

Setiap kali aku ditimpa masalah,hati tak keruan,pasti ibuku akan menelefonku.
Aku pula jarang sekali bercerita.
Namun hanya dengan mendengar suara insan tercinta itu,hati ini kembali tenang.

Subhanallah...
Kuatnya ikatan kasih seorang ibu terhadap anaknya.


Mama yang cantik.

Orang kata wajah aku mirip mama.=)

Tapi masih tak dapat kalahkan mama yang cantik.

Semoga rasa cinta dan kasihku terhadap ibuku sentiasa terpelihara oleh rahmatNya.

Selamat Hari Ibu buat ibuku yang tercinta dan buat semua yang bergelar ibu.


"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya..."
Surah Luqman,ayat 14.

Sabtu, 28 Februari 2009

Tangisan

Massage received:

Akak,tuka num maxis.mama nak ckp.

sender:
papa


Sebaik menukar numb maxis,aku menghantar mesej kpd ayahku.Beberapa minit kemudian,phone berdering.ku mengangkat phone dgn penuh kerisauan.

Entah kenapa.
Hati rasa tak keruan.

"......um"
Panggilan dijawab oleh papa.

"Assalamualaikum.Papa."

"Wsalam.um"

Ayhku passkan phone kpd mama.
Tiba2 ku terdengar suara tangisan.
Ibuku sdg menangis.
Menahan tangisan.

Ku amati suara itu.
Serak suaranya.

"Ni siapa?"

"Mama"

"....."
Terdengar suara esakan ibuku.

"Mama,kenapa mama?"

"Takde apa2"

"Kenapa mama?"

"Takde apa2"

"Kenapa mama,bgtau la akak.."

"Takde apa2..."

"Mama demam ke?"

"Tak la.mama sihat."

"Semua orang sihat?

"Sihat."
"Akak sihat?Da makan?"


"Belum.Akak makan kejap lagi."

"Mama saje tepon.Mama teringatkan akak..."


...........
(ada perbualan2 lagi yang panjang.dan tak disiarkan)




"Akak jaga diri elok2.Belajar elok2.Jaga kesihatan.Makan,jgn tak makan.Jimat2 la duit.Tapi jgn tak makan langsung.Buat test elok2."

Tak pernah ku dengar ibuku menangis sedemikian.

Saat itu,aku terfikir.
Sudah makankah ibu itu?
Apa yang dimakannya?
Benarkah ibu itu sihat?
Apakah yang tersirat di hatinya?

Namun aku tak terdaya.
Diri ini juga sebak.
Aku pendamkan sahaja persoalan itu.
Cuma,aku cuba menenangkan ibuku.

Ku sedari,
ibu itu sedang merinduiku.
Aku juga.
Cuma aku sedang mencari masa yang sesuai untuk menghubungi ibuku.


Kini,hati terasa lapang.
Ada insan-insan yang sangat menyayangiku.
Yakni ibu bapaku...

Sahabat-sahabat.
Sayangilah ibubapa kalian,selagi mereka masih ada.
Ingat,diam mereka diam berhemah.
Marah mereka kerana sayang.
Gembira mereka membawa bahagia.
Redha mereka membawa ke syurga.
Sedih mereka membawa bencana.


Sedih mereka membawa bencana.
Sedih mereka membawa bencana.


Jagalah hati mereka.
Sayangi mereka,sepenuh hati.
Tiada insan lain yang berhak disayangi terlebih dahulu sebelum mereka.