Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Isnin, 20 Oktober 2014

Cermin Hati

Kisah ni saya dapat daripada hasil perkongsian sahabat. :)

1 pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan peru mahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang, tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

***Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran apabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.



HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.

2 hal paling baik di atas kebaikan :
■ Sangka baik kepada Allah
■ Sangka baik kepada Hamba Allah

Ahad, 25 Mei 2014

Puree Epal jadi Masker wajah

Ada tak kat sini sape-sape yang bila dia dok sorang-sorang....jari tu mula la nak menggaru kat muka....cari-cari jerawat yang ada....kuis-kuis sampai luka siap! Hehe... :P

Sebab tu la jerawat ni selalu dikaitkan dengan stress... :) Bila seseorang tu stress, potensi untuk dia menggaru muka tu lagi tinggi tau! Saya tak kata awak la....hehe....tapi kalau ye pon....saya faham....sebab kengkadang saya pun macam tu. :O

Alkisahnya semalam try la bagi baby Afifah makan puree epal....saya potong buah epal...buang kulit....campur air suam sikit & kisar! :) DONE! Tapi anak ummi tu tak nak makan sangat pun....sedih tau... :'(


Apa lagi...tak nak membazir punya pasal...ummi pun basuh muka bersih-bersih dan lumur puree tanpa gula tu kat muka jadilah masker epal. :) Juicy....best! Rasa tegang je kulit muka ni.

Epal kan ada rasa masam manis gitu...so jerawat tu terasa la pedih-pedih sikit....dah kering je masker terus je basuh sampai bersih & lap sampai kering.... :)

Gambar Hiasan

Serius best! Dah tak rasa gatal tempat jerawat dan tangan dah tak terasa nak menggaru lagi dah!

So, ibu-ibu, adik kakak yang ada habit sama cam saya...boleh la try ok! Good news is, dalam epal ni ada vit A yang merupakan antioksidan yang baik untuk awet muda. ;)

Cubalah!



Pengedar Shaklee anda,
Atikah Jamaludin
017-9013862

Home Sweet Home :)

Subhanallah....saya setuju sangat-sangat dengan statement ni! :)

Teringat persoalan daripada panel temu duga baru-baru ni....hihi...Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Dan suatu yang sangat perlu kita akur ialah, pendidikan awal anak-anak bermulanya dari rumah.

Home (rumah tangga) tidak begitu sweet jikalau tidak dihiasi dengan ibu bapa yang sweet hubungannya dengan Allah SWT.

Jumaat, 23 Mei 2014

Dos vitamin C yang terlalu tinggi boleh membahayakan kesihatan?

Menurut The Merck Manuals Online Medical Library, dos selamat untuk pengambilan vitamin C ialah 2000 mg sehari namun ia bergantung mengikut keperluan badan seseorang.


Dan selalunya jumlah yang lebih dari itu akan menyebabkan cirit-birit ataupun muntah-muntah.

Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa efek "overdose" berupa cirit-birit dan muntah-muntah ini hanya berlaku bila pengambilan adalah melebihi 5000~10,000 mg sehari.

Linus Pauling Institutes juga memberitahu bahawa pengambilan vitamin C yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko terbentuknya batu karang terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami "oxalate kidney stone".

Contoh batu karang dalam ginjal dan pundi kencing

Vitamin C yang terlalu tinggi juga dikatakan boleh membuatkan terlalu banyak Zat Besi diserap, dan berbahaya bagi mereka yang pernah terdedah kepada risiko hemochromatosis sebelum ini.

Hemochromasis penyakit akibat lebihan iron yang terbentuk dalam badan dan menyebabkan badan bertoksik

#Sumber : LiveStrong.Com, UsingVitaminsWisely.Com

***********************************
Fuhh....bahaya jugak yer kalau terlebih vitamin C ni...sebab tu la jangan la bangga sangat kalau Vitamin C yang anda sedang makan sekarang ni mengandungi 1000mg satu tablet...siap makan dua biji atau lebih lagi sebab nak cantik.....

Sebab tu la saya pilih Vitamin C Sustain Released Shaklee. :)
Dosnya memang sangat ideal...satu tablet 500mg sahaja. Sehari saya makan sebiji je...tu pun dah nampak kesan...alhamdulillah... :)



Thank you Shaklee~



Your Best Shaklee ID,
Atikah Jamaludin
017-9013862

Isnin, 5 Mei 2014

Hidup Bebas Sress

Hidup ni kalau sehari tak stress rasa macam pelik je kan?hihihi

Sebenarnya stress ni normal... :) Yang tak normalnya adalah, bila mana kita GAGAL untuk menangani stress tu...haa...pastu mula la meroyan tak tentu pasal kan, kan?

Agak-agak goloyang umur yang mana ya yang paling kerap berhadapan dengan stress ni?
Tepuk dada, tanya hati ok?

Jom kita layan cara-cara untuk elakkan diri stress memanjang!



1. Tidur yang mencukupi
Boleh merehatkan badan dan otak.Kajian mendapati seseorang yang tidur tiga hingga empat jam kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan.

2. Berwuduk(bagi orang Islam)
Jiwa akan lebih tenang dengan berwuduk.

3. Bersukan
Lakukan aktiviti beriadah sama ada berjoging dan sebagainya.

4. Amalkan diet yang sihat
Pemakanan yang seimbang mengurangkan tekanan dan kegemukan. Kalau kita amalkan diet yang sihat, wajah makin ceria, badan sihat, minda pun tenang je... :) Shaklee jom~hihi

5. Menangis sepuas hati

Mampu mengurangkan tekanan dan anda tahu bila masa terbaik untuk berhenti menangis.

6. Tingkatkan keyakinan diri.
Sentiasa berfikiran postif dalam kehidupan.

7. Cintai diri sendiri

"Cintailah Diri Kamu Sebelum Kamu mencintai diri orang lain ' -Maksud Hadis

8. Tarik nafas dalam-dalam.

Apabila anda panik,rasa mahu marah..tarik nafas dalam-dalam sekurang-kurangnya tiga kali.

Selamat mencuba! :)

Your Best Shaklee ID
Atikah Jamaludin
017-9013862

Selasa, 3 September 2013

NAJATIKAH kini kembali! :)

Assalamualaikum...

Lama sangat rasanya blog ni berhabuk.....maaf la yer....Saya sangat-sangat tak sempat nak update blog...hehe...
Jujur saya katakan, saya sangat-sangat rindu untuk menulis...tapi tak berkesempatan...alhamdulillah, sekarang dah ada internet di rumah, jadi mudahlah untuk saya online memanjang...haa...online untuk perkara bermanfaat yer...bukan perkara-perkara lagha...hehe


Kalau dihitung-hitung, hampir dua tahun lamanya saya mengabaikan blog ni...sayang sangat...almaklum, lepas saja grad dari Universiti Teknologi Petronas awal tahun lepas, saya terus saja menyepi...Alhamdulillah...lepas saja grad, saya dapat meluangkan masa dengan family lebih kurang 2 bulan lebih...lepas tu ditawarkan bekerja di syarikat tempat saya praktikal dulu... :)


Kat mana tu...?Mana lagi kalau bukan di Terengganu... :)Saya bekerja selama setahun di Kerteh, Terengganu...Start dari bulan Mei tahun lepas, sampai lah ke bulan April tahun 2013...dan apa yang berlaku selepas bulan April tu...? Kontrak saya dengan Syarikat pun dah tamat, jadi saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah...mana taknya, sejak dari sekolah rendah asyik belajor je kerjanya...penat otak ni....rasa nak berehat pulak...hihi...


Ada kisah di sebaliknya....tunggu update seterusnya ok! ;)


Kenangan masa Final Year dengan Supervisor Final Year Project & kawan-kawan :)



Kenangan masa konvo Oktober 2012 bersama mama & papa :)


Eh....ni gambar masa bila pulak.....hehe... :P nanti saya sambung ceritanya ok!

Till then....wassalam.... :)

Nah....kata-kata hikmah istimewa untuk rakan pembaca setia blog saya....

Isnin, 18 Julai 2011

Kesusahan dan kesenangan, dua-dua ujian Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar berkongsi sedikit sahaja liku-liku kehidupan..Kata bijak pandai, "Orang yg paling bijak adalah orang yang belajar daripada pengalamannya yg terdahulu, tapi orang yg paling bijak adalah orang yg belajar daripada kisah/pengalaman orang lain".

Semalam, saya ada menyertai satu program masyarakat, berziarah ke rumah orang-orang kampung dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Sesuatu yang saya kira cukup menyayat hati...

Pemilik rumah yang saya dan sahabat2 ziarah itu seorang ibu tunggal. Mempunyai 4 orang anak yang telah berkeluarga dan berkerja semuanya kecuali seorang.Mak cik ni tinggal sorang-sorang je di rumah tu. Ditemani oleh dua orang cucu yang balik bila hujung minggu...

Ibu bapa kepada cucunya ni dah meninggal...Ya Allah,beratnya ujian untuk adik ni. Ketika usia remaja (Tingkatan 4), adik ni telah diuji dengan ujian yang sangat berat...Mak kepada adik ni meninggal (akibat kegugguran) masa adik ni berumur 8 tahun..maish sangat kecil untuk memahami erti hidup.Lepas tu, tak lama kemudian bila adik ni masuk Tingkatan 3, ayahnya pula meninggal kerana Leukimia...Dalam tahun yang sama, neneknya(pemilik rumah yg kami ziarah) tu pula terpaksa dipotong kaki kerana diabetes. Adik tu memang dah macam tak ada semangat lagi untuk belajar, tapi dikuatkan juga semangat...

Tak dapat saya membayangkan betapa beratnya ujian yang Allah berikan kepada adik ni...insan-insan yg tersayang telah pergi...dia cuma ada nenek dan adik dia saja.

Saya termenung sejenak lepas mendengar kisah adik ni (cucu kepada pemilik rumah tu). Dalam hati mengucapkan, betapa tabahnya hati adik ni...masih muda untuk menerima ujian sebesar itu...

Mak cik tu ada menyebut, "Mak cik ingatkan mak cik yang pergi dulu (sebab faktor umur), rupanya anak mak cik yang pergi dulu...".

Sungguh, ajal datang tak mengira usia...

Tabahnya mak cik ni dengan cucunya. Perbelanjaan sehari-harian dapat daripada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sahaja...nak belanja sekolah cucu lagi, beli ubat-ubatan lagi...dengan anak-anak yang jarang menjenguknya di kampung...sedih sangat.

Aku hanya mampu berdoa, moga-moga Allah kurniakan ketabahan buat mak cik ni sekeluarga. Kesusahan yang mak cik ni hadapi adalah ujian daripada Allah g mengajar erti sabar.Ganjaran sabar yang terbesar adalah syurga. Subhanallah...

Reflek kembali dengan kehidupan saya sekarang...walaupun adakalanya terasa susah, tapi hakikatnya ada insan yg lebih susah lagi dan masih mampu tersenyum dengan ujian yang diberi. Sungguh, aku perlu bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...Terlalu banyak bezanya keadaan mak cik tadi dengan kebanyakan daripada kita sekarang. Kita mungkin hidup mewah, mampu makan dengan aman. Tanpa kita sedar, kesenangan itu juga adalah ujian dari Allah...Ujian yang mengajar erti syukur...

Nikmat kurniaan Allah itu terlalu banyak...tidak cukup dengan cuma mengucapkan kata syukur...tapi perlu dibuktikan dengan perbuatan.


Setiap yg ada di sekelling kita sebenarnya cukup mendidik diri ndai kita berfikir. Bahkan setiap kata-kata yg diluahkan oleh orang lain kepada kita (nasihat) adalah ilham daripada Allah untuk kita bermuhasabah.

Moga Allah bukakan pintu hati ini seluas-luasnya untuk menerima didikan itu sebaiknya.Amiin...

Ya Allah,jadikanlah aku hamba yang besyukur...

Ahad, 19 Jun 2011

Ujian yang mendidik diri menjadi lebih kuat

Alhamdulillah...syukur kepadaAllah kerana dengan kurniaNya, aku masih mampu bernafas di dunia ini.

Sekadar ingin berkongsi...

Beberapa hari ni saya sangat terkesan dengan perkara-perkara yang berlaku kepada insan-insan di sekeliling saya.

Ada yang ditimpa musibah, kesihatan yang kurang baik, result exam yang kurang memberangsangkan, ahli keluarga yang sakit dan sebagainya...

macam-macam yang bermain di fikiran...

Tapi, hanya satu yang mampu untuk diungkapkan, bahawa Allah menguji hambaNya dengan kemampuan hambaNya...

Susah untuk dikatakan, sebab ujian ni suatu benda yang sangat berat, sukar sekali untuk dipikul. kata orang, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...".

Saya pernah mengalami peristiwa yang amat2 pedih dan menyedihkan. Namun hakikatnya, ada pula insan lain yang lebih berat ujiannya.

Ya Allah, dengan peristiwa2 yang berlaku kepada insan-insan di sekelilingku, aku belajar sesuatu.Bahawa Engkau menguji seseorang itu atas kemampuanNya. Dan aku yakin, Engkau menguji hambaMu untuk meninggikan darjatnya pada pandanganMu.

Ya Allah, ampuni diri ini atas segala kekhilafanku...sungguh, terlalu banyak diri ini lalai dari mengingatiMu...




Jika kau merasakan yang kau sudah hilang upaya, ketahuilah Dia sentiasa bersamamu...Dia sedang mengujimu...Sabarmu itu mahkota yang paling indah...Sabarmu itu ganjaran terbesarnya syurga.


Aku belum secekal dan setabahmu.
Moga Allah kurniakan kesabaran yang berpanjangan buatmu...


Jumaat, 27 Mei 2011

Lamanya Blog tak UPDATE!




Salam 'alaik.
Sedar tak sedar dah lebih 8 bulan saya tak update blog!
Oh...ini tempoh yang sangat2 lama.

Saya tak berhasrat untuk tutp blog ni,tapi kekangan masa menghalang saya dari update blog.

InsyaAllah,lepas ni tak akan mengecewakan pembaca2 sekalian lagi...banyak sangat kisah yang berlaku dalam 8 bulan ni.Banyak sangat ilmu2 berguna yang dapat dari insan2 sekeliling.Nak tulis, tapi tak sempat2.

InsyaAllah,update akan menyusul kemudian...(ni betol2 ni,insyaAllah.)

Till then, ceriakan hari anda dengan senyuman, hiasi hari anda dengan mengingati Allah. =)



wassalam.

Ahad, 5 September 2010

Debu-debu dosa...

Bismillahirrahmanirrahim....

Hampir 4 bulan saya tak meng'update' blog.
Tempoh yang sangat lama bagi saya.
Kenapa ya?

Nak kata kehidupan semakin sibuk, tak juga.
Tiap hari ada saja kelapangan...
Kenapa ya?

Seringkali saya tertanya-tanya kepada diri sendiri.
Akhirnya, saya dapat jawapannya.

Jiwa semakin ketandusan ilmu.
Pengisian jiwa sangat banyak, ada saja di mana-mana.
Cuma penghayatannya kurang.

Astaghfirullah al azim...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...


Internship dahpun berjalan hampir 4 bulan.
Begitu cepat masa berlalu, tapi terasa macam banyak sangat yang belum belajar.
Kehidupan sepanjang praktikal ni, alhamdulillah begitu seronok.
Banyak benda baru yang boleh dipelajari.
Alhamdulillah.

Perjalanan masih jauh.

Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah.

Ramadhan berbaki lagi 4 hari saja lagi...
Seorang ustaz pernah berkata, "Andai Ramadhan ini tidak memberi sebarang perubahan yang lebih baik kepada kita, pasti ada yang tidak kena pada diri kita."

Periksa kembali diri kita...

.........

Lagu di bawah ni tajuknya "Debu-debu dosa".
Cukup menginsafkan.
Jom sama-sama hayati.

Selamat menjalani ibadah puasa. =)


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati


Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi


[Debu-debu Dosa-Hijjaz]