Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan

Selasa, 13 Januari 2009

Bila kau akan MARAH?

Wahai akhifillah, beritahu aku,
bilakah kau akan marah?
Jika milik kita yang suci dihina,
dan tempat kita dihancurkan,

dan kau tidak menjadi marah?

Jika sifat perwira kita dibunuh,
dan kehormatan kita diinjak-injak,
dan dunia kita berakhir,

dan kau tidak menjadi marah?

Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?
Jika sumber bumi kita dirampas,
dan institusi kita diruntuhkan,
dan masjid-masjid kita dihancurkan,
dan masjid al-Aqsa dan al-Quds kita
tetap dirampas,

dan kau tidak menjadi marah?

Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?
Musuhku, atau musuhmu,
menghina kehormatan,
darahku dijadikan mainan oleh dia,
dan kau jadi penonton permainan.

Jika untuk Allah, untuk suatu yang suci,
untuk Islam kau tidak marah,
Jadi beritahu aku,

bilakah kau akan marah?


Aku melihat kengerian,
Aku melihat darah mengalir.
Wanita-wanita tua mengiringi
anak-anak menjemput maut mereka.
Aku telah melihat segala macam bentuk penindasan.

Dan kau tidak menjadi marah.

Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?

Dan kau duduk seperti boneka bisu,
perutmu memenuhi pejabat.
Kau habiskan malam banggakan angka-angka,
dengan wang, curahkan dirimu kepada berkas-berkasnya.


Aku melihat kematian diatas kepala-kepala kami.
Dan kau tidak menjadi marah.

Jadi terus terang saja padaku,
jangan malu-malu:
kamu ada di Ummat yang mana?

Jika kau juga derita, apa yang kami derita,
tidak menjadikan kamu ingin membalas,
maka tidak usah dikisahkan.

Karena kamu bukanlah kami, maupun sebahagian dari kami,
bahkan kamu bukan sebahagian dari dunia manusia.


Jadi hiduplah sebagai arnab,
dan matilah sebagai arnab.





Dipetik daripada http://www.rakanmasjid.com

Rabu, 31 Disember 2008

::RASA::

Masa..
Kian melewati hari..
Tanpa rasa..
Jiwa seakan mati..


Rasa apa agaknya yg aku maksudkan?
Rasa2?





::CINTA::

Pernah dgr perkataan ini?
pasti sudah acap kali.
ya.
perkataan yg menyebabkan hati terdetik dan terfikirkan sesuatu.
mungkin memikirkan seseorang,mungkin memikirkan benda.
yang pasti,sesuatu yg disayangi,sepenuh hati.


kata org,bila cinta, sanggup berkorban apa saja..
betul?

ya.
itu pasti.
kerana rasa cinta yg mendalam menyebabkan seseorang itu lupa akan segala risiko yg bakal dihadapinya.

Dan pasti,cinta bkn hanya kpd insan,tapi kpd Dia,yang paling utama.


Dan aku,seorang insan.
seharusnya ada rasa itu.
kerana manusia mempunyai jiwa.
jiwa yg merasai cinta adalah jiwa yg halus,sebenarnya.
kerana insan yg kejam tidak mempunyai walau setitik rasa cinta di ruang hatinya.

::KELIRU::

kerana cinta sering mengelirukan.
kerana cinta sering di salah tafsirkan.
kerana insan yg merasakan cinta itu sebenarnya sedang dikuasai cinta.

::TERTEKAN::

Kerana buntu setiap kali memikirkan.

ya.
tidak salah memiliki rasa ini.
kerana jiwa itu milik setiap insan.
dan setiap insan itu berhak merasa cinta terhadap sesiapa sahaja yg diingininya.


namun,
cinta tak seindah nama.
cinta perlukan pengorbanan.
cinta itu pedih.
Gembira hanya seketika.

kerna cinta sifatnya tidak berkekalan.
melainkan cinta kpdNya.
cinta yg sentiasa tulus.
dan cinta yg pasti akn terbalas.


::CINTA AGUNG::

itulah cinta kpd Allah.
yakni Zat yang bersifat kekal.
sampai bila2.
meski kita semakin menjauhiNya
namun,
Dia sentiasa.
Sentiasa bersama.
tidak mengharapkan balasan.
Tidak mengharapkan cinta itu dibalas.
Maha Suci Allah.
CintaNya terhadap kita tak ternilai.
Agung cintaNya sepanjang zaman
.

::HAMBA::

Kita cuma hamba Sang Pencipta.
Hanya menumpang.
Tak layak meminta2.
namun,
betapa besar kurniaanNya,
ikhlas cintaNya,
kerna bahkan Dia sentiasa tak pernah menolak permintaan hambaNya.
yakni kita.
hamba yg hina.


Aku.
Sang pencari cinta itu,
terkejar-kejar.
sentiasa,
mencari-cari.
jernih,harumnya cinta.

namun,
aku tersilap langkah.
kerna mencintai insan yg bukan untukku.
ya.
tersilap langkah.

tika itu,
merasakan bodohnya diri,
menyalahkan takdir.
tidak,
bukan salah takdir.
Bukan juga salah diri yg merasa cinta.
tiada yg salah.

cuma,
hakikat.
adalah hakikat.
yang harus diterima.
entah mengapa terjadi,
sudah pasti,ada hikmahnya.


Alhamdulillah.aku pasti,suatu hari nanti ada sinar yg menanti.Aku berhenti berharap.Namun rasa cinta itu takkan sesekali terhenti.Rasa cinta yg harus sentiasa dipelihara,dengan cara yg betul.cara yg pasti,suatu hari nanti.Rasa yg pasti.Takkan terhenti.kerana cintaNya padaku sentiasa ada.aku yakin padaNya.yakin.

aku bukan untuknya.
dia bukan untukku.


namun Dia sentiasa untukku.
dan aku sentiasa dicintaiNya.
takkan sesekali aku mengejar lg cinta yg tak pasti itu,sedang aku kian kehilangan cintaNya...

Khamis, 11 September 2008

TomBo Ati~Opick

Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo bisa ngelakoni
Mugi-mugi gusti Allah nyembadani

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salahsatunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi


P/s: Lagu ni ada dalam dua versi.yg versi kat atas skali dlm Bahasa Jawa.yg second dlm bhasa Indon.

ni maksud lagu ni dlm bahasa Melayu =)

Ada lima penawar pententeram jiwa:

Cinta Qur'an dengan menyelami maknanya
Sujudkan jiwa raga di tengah sunyi malam
Kepada orang soleh dirimu sentiasa dekatkan
Adapun terhadap rasa lapar upayakan bertahan
Dan atas keasyikan dzikir jangan pernah bosan

Salah satu saja engkau khusyuk melakukannya
Insya Allah nasibmu akan dirawat oleh Allah Yang Maha Kuasa