Assalamualaikum...
Lama sangat rasanya blog ni berhabuk.....maaf la yer....Saya sangat-sangat tak sempat nak update blog...hehe...
Jujur saya katakan, saya sangat-sangat rindu untuk menulis...tapi tak berkesempatan...alhamdulillah, sekarang dah ada internet di rumah, jadi mudahlah untuk saya online memanjang...haa...online untuk perkara bermanfaat yer...bukan perkara-perkara lagha...hehe
Kalau dihitung-hitung, hampir dua tahun lamanya saya mengabaikan blog ni...sayang sangat...almaklum, lepas saja grad dari Universiti Teknologi Petronas awal tahun lepas, saya terus saja menyepi...Alhamdulillah...lepas saja grad, saya dapat meluangkan masa dengan family lebih kurang 2 bulan lebih...lepas tu ditawarkan bekerja di syarikat tempat saya praktikal dulu... :)
Kat mana tu...?Mana lagi kalau bukan di Terengganu... :)Saya bekerja selama setahun di Kerteh, Terengganu...Start dari bulan Mei tahun lepas, sampai lah ke bulan April tahun 2013...dan apa yang berlaku selepas bulan April tu...? Kontrak saya dengan Syarikat pun dah tamat, jadi saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah...mana taknya, sejak dari sekolah rendah asyik belajor je kerjanya...penat otak ni....rasa nak berehat pulak...hihi...
Ada kisah di sebaliknya....tunggu update seterusnya ok! ;)
Kenangan masa Final Year dengan Supervisor Final Year Project & kawan-kawan :)
Kenangan masa konvo Oktober 2012 bersama mama & papa :)
Eh....ni gambar masa bila pulak.....hehe... :P nanti saya sambung ceritanya ok!
Till then....wassalam.... :)
Nah....kata-kata hikmah istimewa untuk rakan pembaca setia blog saya....
Cinta menghidupkan hati yang mati.... Cinta kepada manusia kan layu, Cinta kepada Allah pasti bahagia.... Inilah kapsul Cintaku....
Memaparkan catatan dengan label coretan. Papar semua catatan

Selasa, 3 September 2013
Isnin, 18 Julai 2011
Kesusahan dan kesenangan, dua-dua ujian Allah
Bismillahirrahmanirrahim...
Sekadar berkongsi sedikit sahaja liku-liku kehidupan..Kata bijak pandai, "Orang yg paling bijak adalah orang yang belajar daripada pengalamannya yg terdahulu, tapi orang yg paling bijak adalah orang yg belajar daripada kisah/pengalaman orang lain".
Semalam, saya ada menyertai satu program masyarakat, berziarah ke rumah orang-orang kampung dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Sesuatu yang saya kira cukup menyayat hati...
Pemilik rumah yang saya dan sahabat2 ziarah itu seorang ibu tunggal. Mempunyai 4 orang anak yang telah berkeluarga dan berkerja semuanya kecuali seorang.Mak cik ni tinggal sorang-sorang je di rumah tu. Ditemani oleh dua orang cucu yang balik bila hujung minggu...
Ibu bapa kepada cucunya ni dah meninggal...Ya Allah,beratnya ujian untuk adik ni. Ketika usia remaja (Tingkatan 4), adik ni telah diuji dengan ujian yang sangat berat...Mak kepada adik ni meninggal (akibat kegugguran) masa adik ni berumur 8 tahun..maish sangat kecil untuk memahami erti hidup.Lepas tu, tak lama kemudian bila adik ni masuk Tingkatan 3, ayahnya pula meninggal kerana Leukimia...Dalam tahun yang sama, neneknya(pemilik rumah yg kami ziarah) tu pula terpaksa dipotong kaki kerana diabetes. Adik tu memang dah macam tak ada semangat lagi untuk belajar, tapi dikuatkan juga semangat...
Tak dapat saya membayangkan betapa beratnya ujian yang Allah berikan kepada adik ni...insan-insan yg tersayang telah pergi...dia cuma ada nenek dan adik dia saja.
Saya termenung sejenak lepas mendengar kisah adik ni (cucu kepada pemilik rumah tu). Dalam hati mengucapkan, betapa tabahnya hati adik ni...masih muda untuk menerima ujian sebesar itu...
Mak cik tu ada menyebut, "Mak cik ingatkan mak cik yang pergi dulu (sebab faktor umur), rupanya anak mak cik yang pergi dulu...".
Sungguh, ajal datang tak mengira usia...
Tabahnya mak cik ni dengan cucunya. Perbelanjaan sehari-harian dapat daripada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sahaja...nak belanja sekolah cucu lagi, beli ubat-ubatan lagi...dengan anak-anak yang jarang menjenguknya di kampung...sedih sangat.
Aku hanya mampu berdoa, moga-moga Allah kurniakan ketabahan buat mak cik ni sekeluarga. Kesusahan yang mak cik ni hadapi adalah ujian daripada Allah g mengajar erti sabar.Ganjaran sabar yang terbesar adalah syurga. Subhanallah...
Reflek kembali dengan kehidupan saya sekarang...walaupun adakalanya terasa susah, tapi hakikatnya ada insan yg lebih susah lagi dan masih mampu tersenyum dengan ujian yang diberi. Sungguh, aku perlu bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...Terlalu banyak bezanya keadaan mak cik tadi dengan kebanyakan daripada kita sekarang. Kita mungkin hidup mewah, mampu makan dengan aman. Tanpa kita sedar, kesenangan itu juga adalah ujian dari Allah...Ujian yang mengajar erti syukur...
Nikmat kurniaan Allah itu terlalu banyak...tidak cukup dengan cuma mengucapkan kata syukur...tapi perlu dibuktikan dengan perbuatan.
Setiap yg ada di sekelling kita sebenarnya cukup mendidik diri ndai kita berfikir. Bahkan setiap kata-kata yg diluahkan oleh orang lain kepada kita (nasihat) adalah ilham daripada Allah untuk kita bermuhasabah.
Moga Allah bukakan pintu hati ini seluas-luasnya untuk menerima didikan itu sebaiknya.Amiin...
Ya Allah,jadikanlah aku hamba yang besyukur...

Ahad, 19 Jun 2011
Ujian yang mendidik diri menjadi lebih kuat
Alhamdulillah...syukur kepadaAllah kerana dengan kurniaNya, aku masih mampu bernafas di dunia ini.
Sekadar ingin berkongsi...
Beberapa hari ni saya sangat terkesan dengan perkara-perkara yang berlaku kepada insan-insan di sekeliling saya.
Ada yang ditimpa musibah, kesihatan yang kurang baik, result exam yang kurang memberangsangkan, ahli keluarga yang sakit dan sebagainya...
macam-macam yang bermain di fikiran...
Tapi, hanya satu yang mampu untuk diungkapkan, bahawa Allah menguji hambaNya dengan kemampuan hambaNya...
Susah untuk dikatakan, sebab ujian ni suatu benda yang sangat berat, sukar sekali untuk dipikul. kata orang, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...".
Saya pernah mengalami peristiwa yang amat2 pedih dan menyedihkan. Namun hakikatnya, ada pula insan lain yang lebih berat ujiannya.
Ya Allah, dengan peristiwa2 yang berlaku kepada insan-insan di sekelilingku, aku belajar sesuatu.Bahawa Engkau menguji seseorang itu atas kemampuanNya. Dan aku yakin, Engkau menguji hambaMu untuk meninggikan darjatnya pada pandanganMu.
Ya Allah, ampuni diri ini atas segala kekhilafanku...sungguh, terlalu banyak diri ini lalai dari mengingatiMu...
Jika kau merasakan yang kau sudah hilang upaya, ketahuilah Dia sentiasa bersamamu...Dia sedang mengujimu...Sabarmu itu mahkota yang paling indah...Sabarmu itu ganjaran terbesarnya syurga.
Aku belum secekal dan setabahmu.
Moga Allah kurniakan kesabaran yang berpanjangan buatmu...

Jumaat, 27 Mei 2011
Lamanya Blog tak UPDATE!

Salam 'alaik.
Sedar tak sedar dah lebih 8 bulan saya tak update blog!
Oh...ini tempoh yang sangat2 lama.
Saya tak berhasrat untuk tutp blog ni,tapi kekangan masa menghalang saya dari update blog.
InsyaAllah,lepas ni tak akan mengecewakan pembaca2 sekalian lagi...banyak sangat kisah yang berlaku dalam 8 bulan ni.Banyak sangat ilmu2 berguna yang dapat dari insan2 sekeliling.Nak tulis, tapi tak sempat2.
InsyaAllah,update akan menyusul kemudian...(ni betol2 ni,insyaAllah.)
Till then, ceriakan hari anda dengan senyuman, hiasi hari anda dengan mengingati Allah. =)
wassalam.
Khamis, 13 Mei 2010
Alhamdulillah.Segala Puji Bagi Allah.=)
Alhamdulillah...
Itu saja kata-kata yang mampu terucap ketika ini.
Penantian dan keperitan menanti placement internship sudahpun berakhir.
Alhamdulillah.
Petang tadi baru dapat offer.
Entri sebelum ini, saya ada nyatakan yang saya masih belum mendapat placement ketika itu. Secara tak langsung, entri tersebut adalah untuk mengubat hati supaya bersabar. Tanpa disangka-sangka,petang tadi dalam pukul 6 ada company yang call. Saya tidak begitu mengharap untuk dapat offer di sana.Ibaratnya macam dah putus harapanlah. Tapi, kata orang, rezeki itu rahsia Allah. Nyata Allah lebih mengetahui yang terbaik buat kita.=)
Di mana tempatnya?
InsyaAllah, saya akan berpraktikal di Petlin (M) Sdn Berhad di Kerteh,Terengganu.
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa mama & papa dan sahabat-sahabat. Akhirnya, doa saya dimakbulkan olehNya.
Ku mohon agar nikmat ini tidak menyebabkan aku leka dan jauh dariMu ya Allah.Moga ada hikmahnya semua ini.
Doakan semoga urusan saya selepas ini dipermudahkan,insyaAllah.Sungguh,cabaran akan semakin bertambah selepas ini dan saya perlu bersedia untuk semua itu.
Jumpa lagi.
P/s:Masih lagi dalam "Exam Week" sekarang.Last paper 2 Jun ni.Minggu depan dah start internship...

Sabtu, 1 Mei 2010
Kembali...

Gambar selingan.tiada apa-apa maksud tersirat.
Alhamdulillah.Kita masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di dunia yang fana (sementara) ini. Syukur juga kerana saya masih diberi peluang untuk menaip tiap patah bicara dalam blog yang tak seberapa ni.
Bila dikira-kira, sungguh lama saya tak kemaskini blog. Hampir sebulan lamanya. Kalau diikutkan sejarah saya berblog, inilah tempoh paling lama saya tidak menulis. Sungguh, saya rindu untuk menulis. Namun, bila diuji dengan kekangan masa, niat untuk menulis mati begitu saja.Lagipun, bila difikikan, apalah sangat dengan tulisan saya yang tak seberapa ni.
Sekarang, saya dalam minggu yang terakhir pengajian semester ni sebelum Study Week. Bermakna, tak lama lagi Final Exam bakal tiba. Sungguh, masa berlalu begitu cepat. Entah kenapa saya merasakan semester ini berlalu begitu pantas! Terasa teruja untuk melalui alam praktikal,tapi rasa sayang juga meninggalkan kampus, walau hanya 8 bulan. (8 bulan adalah tempoh yang lama saya kira)
Kemudian, saya ada berbaki lagi 1 tahun lagi untuk menamatkan pengajian. Doakan semoga dipermudahkan segalanya.InsyaAllah. Nyata lepas-lepas ni, banyak lagi cabaran yang bakal ditempuh. Kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa depan. Tapi kita dapat merancang sedikit demi sedikit apa yang ingin dilakukan. Ya, memang pada akhirnya Allah jua penentu secara mutlak, tapi kita sebagai insan biasa juga harus punya perancangan dalam kehidupan agar kehidupan menjadi lebih teratur dan mempunyai matlamat.
Oh.Bila dikenang-kenang kembali, saya jadi rindu pada umur yang muda dulu-dulu dan ada juga rasa terkilan sedikit. Masa berlalu begitu pantas, dalam masa yang sama, kita juga berubah mengikut peredaran masa. Dalam erti kata lain, berhijrah.
Saya rindu pada masa lalu yang saya kira cukup menyeronokkan.
Saya terkilan pada masa lalu kerana saya tidak berada di situasi ini ketika itu.
Bunyinya agak complicated bukan?
Satu yang boleh saya katakan, saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang, kerana masih diberi peluang untuk mengecap nikmat iman ini,dan nikmat bersama-sama sahabat yang punya kefahaman yang sama.Susah dan senang bersama mereka.
Jika dulu, saya boleh dikatakan sering memberi tanggapan negatif terhadap sahabat2, tapi kini, sebaliknya. Alhamdulillah.
Banyak sebenarnya yang ingin diceritakan. Tapi bukan di sini mediumnya. Saya kini lebih selesa bercerita kepada insan-insan terdekat daripada meluahkan di blog.
Dulu, blog saya sering terisi dengan luahan-luahan rasa (sekarang pun ada sikit2), tapi sekarang, saya tidak lagi terasa ingin meluahkan di sini. Sebab saya ada mereka untuk mendengar.Yang paling utama, Allah ada untuk mendengar.
Saya suka quote ni; Bila susah, ingat Allah. Bila senang, ingat Allah. =)
Terlalu banyak yang saya belajar. Daripada sifat ego yang tinggi, saya cuba kurangkan sedikit demi sedikit. Sampai sekarang, saya tak dapat lupa kata-kata sahabat dan lecturer yang rapat. "AWAK NI KERAS HATI ORANGNYA".
Bila mereka menyebutnya, barulah saya menyedari, itulah sifat saya. Sifat negatif yang paling bahaya dan paling perlu untuk dibuang. Bila dibuang saja sifat yang satu ni, alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan. Buat insan-insan di luar sana, ego tu tak ke mana. Hakikatnya kita hamba, tetap lemah di hadapan Allah. Usah terlalu melayan rasa ego tu.
Mungkin selepas ni, corak/pola penulisan di blog ni akan berubah sedikit. Tapi tak mengapa, demi penambahbaikan.
Itu saja untuk kali ni. Tak mampu untuk berceloteh panjang. Sekurang-kurangnya niat untuk menulis tercapai jua.
Jumpa lagi di lain waktu.
Wallahualam.
Jumaat, 5 Mac 2010
pause

Lama sungguh blog ini tidak terusik.Dek kerana penulis sekarang sedang sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar tahun 3 di UTP.Tak dapat dinafikan, tahun 3 ini lebih sibuk berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Mungkin penulis akan jarang meng'update' blog selepas ini.Tapi, untuk perkongsian-perkongsian yang berguna, sila ke facebook saya. Di sana banyak link-link berguna yang dapat saya kongsikan. Lebih mudah dan pantas.
Terimalah bingkisan daripada saya sebelum mengundurkan diri.
Dipetik dari blog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
......
Lazimnya, saya tidak suka berkongsi tips. Malah saya sering berkata, untuk menilai satu-satu ceramah itu berasas atau tidak, lihatlah kepada tips. Jika ceramahnya penuh tips, maka ia adalah kosong tidak bermakna.
Tips adalah buah. Manusia memang perlu kepada buah. Tetapi kita lebih membantu jika yang diberi adalah pokok yang menghasilkan buah.
Tips tidak mungkin dapat dilakukan, jika pokok dan akarnya tiada.
PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA
Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.
Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?
Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.
Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.
Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.
Namanya “Ingat 2 Lupa 2″
INGAT 1
Ingatlah kebaikan orang kepada kita.
Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.
Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.
Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?
Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?
LUPA 1
Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.
“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!” kata si sombong.
“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)
Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.
Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.
INGAT 2
Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.
Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.
Kenangkan ia, ingatkan selalu.
Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.
Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.
Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.
Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.
Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.
LUPA 2
Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.
Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.
Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.
Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.
MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF
Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?
Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.
Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.
Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku.
Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.
Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.
Maafkan aku, hamba yang berdosa.
Moga ada sinar bahagia, di hari muka.
...
Sungguh, aku sangat menghargai setiap detik kehidupan yang dilalui kini. Syukur padaMu Ya Allah!
Meski hidup ini sering diulit kepayahan, masih ada secebis kemanisannya.
Barulah kusedar nikmatnya suatu ujian.
Alhamdulillah.
OPTIMIS, insyaAllah.
P/S: Saya akan meng'update' blog jika ada kelapangan kelak.insyaAllah.Doakan agar segala urusan saya dipermudahkan oleh Allah.
Rabu, 10 Februari 2010
Segenggam Tabah
Ketika ini, saya menatap gambar saya bersama sahabat2.
Melihat wajah mereka menyedarkan saya akan sesuatu.
Setiap orang telah ditetapkan baginya ujian yang berbeza2.Baik besar mahupun kecil ujian itu, bergantung pada kekuatan si penerima ujian.
Allah menguji kita di tempat yang kita paling lemah.Supaya kita masih berpeluang untuk memperbaiki kelemahan itu. supaya kita nampak, di mana kurangnya kita.
Subhanallah, andai dilihat dari segala sudut, tak dapat dinafikan lagi betapa besar hikmahnya suatu ujian.
Di mata kasar, kita melihat ujian sebagai suatu beban,kesusahan, dan masalah.
Di suatu sudut lain, inilah peluangnya untuk bermuhasabah.
Inilah mediumnya untuk mendekatkan diri padaNya.
Inilah juga bukti yang Allah sayang pada kita.
Alhamdulillah ya Allah...
Namun, meski diri ini nampak tabah pada luarannya, hanya Dia sahaja yang megetahui apa yang tersirat dalam hati ini.
Ini ujian.
Moga terus tabah wahai diri!
"Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 87.

Isnin, 1 Februari 2010
Open Your Eyes..

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day (Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger, love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الØÙ…د الله
Alhamdulillah..
[Open Your Eyes-Maher Zain]
....
Subhanallah...
Pertama kali mendengar lagu ini sudah cukup untuk membuat saya jatuh cinta pada bait-bait liriknya.
Lagu yang cukup segar dan merdu.
Langsung saya tak dapat menolak kebenarannya.
Ya,hakikatnya memang jelas.
Segala yang dicoretkan dalam bait-bait lirik lagu ini sudahpun jelas dinyatakan dalam al-Quran,kalamullah.
Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari (malam) itu, maka seketika itu mereka (berada dalam) kegelapan, dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. [Surah Yasin, ayat 36-38]
Segalanya cukup indah.
Benarlah ketetapan Allah itu cukup indah dan cantik.
Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat kurniaan Allah.
[Hijrah itu memang payah, tapi indah pengakhirannya...Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalanMu...Berikanlah hidayahMu kepada insan-insan di luar sana yang masih dahagakan kasihMu..]
Najatikah: Kepada pembaca-pembaca di luar sana, bolehlah cari dan muat turun lagu ni ya. Sangat terkesan di hati,insyaAllah.
Isnin, 25 Januari 2010
Lembaran baru
Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah..Kerana dengan nikmat dan kurniaanNya,kita masih mampu menghirup udara yang segar di alam maya ini.Alhamdulillah...kerana dikurniakan nikmat yang paling besar, yakni nikmat iman dan Islam...
Lama sungguh saya tak kemaskini blog.Rindu pula pada blog ni.Maklumlah,ada saja kekangan yang menyebabkan niat mengemaskini blog terpaksa ditangguh terlebih dahulu.
Hari ini,secara rasminya saya telah pun bergelar pelajar tahun 3 semester 1.Jadual semester ini tak banyak bezanya berbanding semester sebelumnya.Cuma semester ini,rasanya lebih banyak 'Lab session' dan projek.Salah satu projek yang khusus adalah Engineering Team Project (ETP).
Tak sabar rasanya untuk meneruskan hari-hari seterusya untuk semester ini.Bagi saya,walaupun semester ini agak mencabar,namun kelihatannya lebih menarik berbanding semester yang sebelumnya.
Semester ini,saya mengambil 6 subjek.Tapi,cuma 5 subjek yang ada 'Final Exam'.
-Mechatronics II
-Manufacturing Technology II
-Fluid Mechanics II
-Computer Aided Design
-Engineering Economics
-Engineering Team Project (Projek semata-mata.tiada 'Final Exam')
Nampak menarik?
Oh ya,hujung minggu yang lepas,saya telah menyertai satu seminar tentang perbandingan agama.MasyaAllah!sangat menarik!
Penceramah-penceramah jemputannya langsung tak mengecewakan.
Manakan tidak,selalunya saya sering tertidur atau terlelap semasa ceramah,tapi tidak pada kali ini.
Setiap kata-kata penceramah berjaya dihadam,alhamdulillah.
Usai seminar,perasaan saya begitu teruja.Rasa sangat-sangat beruntung dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam...
Yalah,selama ini kita cuma Islam pada nama dan keturunan.Tapi kita kurang menghayati nikmat Islam tu...Andai ditarik nikmat tu...betapa ruginya kita.Nikmat yang tiada tandingannya...
Paling saya kagumi,penceramah tersebut adalah seorang muallaf...
Sungguh petah beliau berkata-kata.Saya tak dapat lupa anologi yang beliau katakan ini;
"Betapa beruntungnya anda semua kerana dilahirkan dalam keluarga Islam.Lahir-lahir saja sudah Islam.Tapi,berapa orang saja yang bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam?Anda sebenarnya berada di zon selesa,sebab itulah tak mampu menghargai nikmat Islam ini...Bayangkan seorang anak yang sejak lahir sudah menaiki kereta Mercedez.Adakah dia akan rasa bersyukur kerana menaiki kereta itu?Bayangkan pula jika selama seminggu kereta itu rosak,dan terpaksa menaiki kereta Kancil misalnya..Adakah dia akan rasa gembira?Pasti banyak saja komennya...Nyata dia kini menyedari...Ahh..betapa indah dan nikmatnya selama ini aku menaiki kereta Mercedez...Nah!Baru kini datangnya rasa syukur itu..."
Samalah juga kita umat Islam.Sejak lahir sudah beragama Islam.Kita cuma mendengar saja bahawa Islam ini agama yang terbaik.Tapi tidak menjiwainya,tidak pula mengaplikasikan suruhan-suruhan Allah dengan sebaiknya.Kerana kita berada di zon selesa...Bagaimana jika kita masih belum Islam?
Pastinya jika kita menemui 'cahaya' Islam ketika itu,kita akan benar-benar menghargainya dan takkan sekali-kali melepaskannya...seolah-olah orang yang dalam kegelapan baru saja menemui cahaya..
Indah bukan?
Ayuh sama-sama pupuk rasa cinta kita terhadap Islam.Terhadap Allah S.W.t.
Sungguh,andai kita berusaha mencari kebaikan,pasti kebaikan akan mudah mendampingi kita.Yang penting,kita bersedia untuk menerima pembaikan itu. =)
Akhir kalam,doakan perjalanan saya untuk semester ini berjalan dengan lancar.insyaAllah.
Jumpa lagi.
Wassalam.

Ahad, 3 Januari 2010
Sekadar Coretan...
Alhamdulillah atas segala kurniaanNya...
Hingga ke hari ini,kita semua masih mampu bernafas di alam ini dan menikmati nikmat yang terbesar,iaitu nikmat iman dan Islam.Alhamdulillah...
Nampaknya masa berlalu dengan begitu pantas.Pejam celik, hanya tinggal kurang dari 3 miggu saja lagi berbaki cuti semester kali ini.Mungkin inilah cuti semester yang terpanjang buat saya, memandangkan semester-semester yang akan datang,saya akan mula sibuk dengan praktikal dan Final year projek pada tahun berikutnya.
Alhamdulillah,hari-hari berlalu dengan begitu lancar.
Hari-hari yang berlalu ini,jika dikenang,begitu manis.Benar,kita diuji pada mulanya untuk mengecapi bahagia di hujungnya.
Tanpa disedari,tirai tahun 2009 dan tahun 1430H telah sampai ke penghujungnya.Begitu cepat masa berlalu. Saban hari,umur kita kian meningkat.
Adakala terlalu banyak khilaf yang kita lakukan sebagai hamba yang Maha Esa.Astaghfirullah al aziim...
Moga pada tahun 2010 ini,sedikit demi sedikit karat-karat jahiliyyah dalam diri kita dapat dikikis sedikit demi sedikit,insyaAllah.
Saya masih ingat kata-kata seorang pensyarah subjek Fluid Mechanics I saya pada semester yang lepas-lepas,katanya; "Flow of water in pipes depend on the condition of the pipes" (Aliran air dalam paip yang bergantung pada keadaan paip tersebut).Begitulah lebih kurang.
Atau dalam kata lain,samalah juga dengan realiti kehidupan kita.Setiap insan dibentuk oleh ibu bapanya. Atau dengan kata lain, dia banyak dipengaruhi oleh keluarganya.Jika baik didikan yang diberikan oleh ibu bapanya,maka kebiasaannya anak yang dididik juga baik akhlaknya. Jika kurang elok didikan dan perhatian ibu bapanya,maka kebiasaannya anak yang dididik akan bermasalah ketika dewasanya.
Beberapa kali juga saya memikirkan kata-kata beliau,akhirnya saya mengangguk setuju.
Tapi,tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Walau apa jua yang keadaan yag membentuk peribadi kita ketika kecil,namun kita berhak dan masih berpeluang menjadi seorang yang lebih baik.Mudah saja,jika ada kemahuan,pasti ada jalannya.
Masih terlalu banyak yang ingin saya kongsikan di sini.insyaAllah,jika ada kelapangan,saya akan kongsikan di lain waktu.
Semoga tahun baru ini memberikan sinar kepada semua.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua...
wallahualam.

Rabu, 25 November 2009
Berakhir semester kali ini...
Alhamdulillah...
Tepat pukul 5.30 petang tadi, berakhir sudah Final Exam bagi pelajar Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Semester 2.
Subjek Mechanics of Machine sebagai penutup tirai Final Exam kali ini.
Secara keseluruhannya biasa-biasa saja.
Dua subjek yang agak kurang memuaskan, Thermodynamics dan Heat Transfer.
Harapnya markah ok la nanti.

Inikah mejaku? Sangat berselerak.Alasan, sebab study...
...
Seperti yang dijangkakan, hari ni ramai sahabat yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya doakan semoga kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing.InsyaAllah.
Seharusnya entri ini ditulis dengan perasaan yang gembira dan teruja sebab dah habis exam.
Tapi entah kenapa,lain pula jadinya.
Maklumlah,tak dapat pulang menyambut Aidil Adha.
Sedih,memang sedih.
Lainlah kalau saya menyambut Hari Raya di sini.
Hakikatnya cuma sekadar menunggu di bumi UTP ini menanti tarikh keramat 28 November untuk OBS.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berusaha menggembirakan hati ini.
Cerita tentang perjalanan semester ini yang telah berakhir akan ditulis lain kali.InsyaAllah.
Mencari mood yang betul-betul sesuai untuk menulis.
Ini suratanNya.
Terimalah!
Pasti ada hikmahnya...
Pasti!
InsyaAllah jika tiada aral melintang,saya akan pulang ke kampung halaman 2 minggu lagi.
Rindu mereka di rumah...
Oh ya.
Saya bakal memasuki Fasa pelajar tahun 3 semester akan datang!
Aura berpraktikal makin terasa...

Sabtu, 21 November 2009
Cinta itu indah, tapi...
Buat pembaca blog yang dikasihi,semoga pengisian kali ini menyuntik sesuatu dalam hati kalian.
insyaAllah.
Cerita asal komik oleh Umair Zulkefli.

....
Cinta itu indah, tapi.....
Syariat tetap membataskan.
Ingin bercinta?
Teruskan.
Islam menyediakan sebaik-baik medium yakni perkahwinan.
Jika sudah ada calon,rancanglah ke arah yang lebih baik,yakni perkahwinan.
Yang pasti, perhubungan sebelum perkahwinan itu perlu disertai adab-adab dan batas-batas mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat.
Bercinta tanpa matlamat ibarat menanti sesuatu yang tidak pasti.
Menunggu dan terus menunggu,bahkan hati semakin celaru dek kerana mengingati sang kekasih.
Hati yang tidak tenteram akhirnya mengajak diri melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya bersama pasangan.
Akhirnya kalah dengan gejolak dan gelora nafsu.
Buat insan-insan di luar sana yang belum pernah bercinta...
Ketahuilah,cinta itu indah.
Namun mendekatinya seperti bermain dengan api.
Salah caranya memakan diri.
Carilah medium yang terbaik untuk mencari calon yang sesuai.
InsyaAllah.
Buat insan-insan di luar sana yang sedang bercinta mahupun yang hampir ke arah itu...
Ketahuilah!
Kalian sedang bermain dengan api.
Usah dicabar firman Allah;
Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.
[Surah al-Isra', ayat 32]
Ya.
Kalian tidak berzina,namun anggota-anggota badan yang lain mungkin tak terlepas dari melakukan zina.
Bahkan hatimu mungkin berzina.
Dek kerana teringatkan si dia...
Maka,beristighfarlah.
Renungkan kembali...
Adakah perbuatan anda selama ini bersama pasangan diredhaiNya?
Rancanglah ke arah perkahwinan.
Jika masih belum mampu atau tidak punya niat ke arah itu,lupakan si dia!
Buat insan-insan yang telah putus cinta...
Bersabarlah.
Kelak engkau akan bertemu insan yang terbaik buatmu.
Janji Allah itu pasti.
Sucikan dirimu,jadilah yang solehah, kelak engkau akan menemukan yang soleh buatmu sebagai teman yang abadi.
Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.
[Surah al-Mu'min, ayat 55]

Ahad, 8 November 2009
KebesaranMu
Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
Mencintai-Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup
Allahu Akbar Maha Besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan
Kebesaran-Mu Tuhan...
[KebesaranMu-ST12]
....
Seringkali lidah ini menyebut-nyebut,cintakan Allah...
Mencoret lagu,mencoret kata...
Namun,tanyakan kembali kepada hati,ikhlaskah kita menyebut asma' Allah...
Benarkah hati kita mencintaiNya...
Benarkah kita benar-benar takut padaNya...
Benarkah?
Kalau benar,mengapa masih lagi kita pandang remeh pada dosa-dosa seharian?
Kenapa masih lagi tak mampu untuk menghayati ibadah...
Solat khususnya.
Hati masih lalai...
Astaghfirullah al azim...
Baru ku tahu mengapa selama ini terlalu banyak dosa,maksiat yang dilakukan.
Sama ada terzahir mahupun tidak.
Hanya satu jawapannya...
Kerana diri ini masih belum mampu menghayati solatku...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah al azim...
Adakah anda juga begitu?

Rabu, 28 Oktober 2009
Kisah sahabat lama...
Petang ini saya ada test.
Tapi terasa nak menulis sekejap.
Tentang sahabat lama saya.
Sahabat masa saya Form 1,di MRSM Kuala Kubu Bharu.
Dia sahabat baik saya ketika itu.
Teman berborak,teman ke surau,teman ketika makan,teman ponteng prep,teman suka dan duka ketika itu.
Entahlah.
Walaupun kadang-kadang dia kurang matang dan ada ketikanya dia menyebabkan saya marah dengan sikapnya,tapi saya akui,saya sayangkan dia.
Di sini, tak pernah lagi saya ada teman yang sudi mendengar dan benar-benar percayakan saya sebagai pendengar masalah mereka.
Mungkin saya telah berubah.
Tapi saya rindukan masa lalu.
Waktu itu,ketika riadah.
Saya dan sahabat lama itu sama-sama main dalam longkang.
Longkang tu bersih la tapinya.
Berborak-borak.
Kami masih belum matang ketika itu.
Hidup atas dasar kurang wawasan yang jelas.
Tapi masing-masing ada matlamat yang satu,ingin menggapai cita-cita dan berjaya dalam bidang masing-masing.
Tapi saya berpindah masa Form 2.
Pindah tanpa mengirim khabar berita.
Membuatkan dia dan rakan-rakan yang lain tertanya-tanya.
Entah apa khabar mereka kini...
Pagi ni,saya terbaca status Gtalk coursemate saya di UTP,yakni ex-schoolmate di MRSM KKB dulu.
Status tu seakan memberikan khabar buruk.
Sahabat lama saya, Syahirah sedang sakit.
Di ICU sekarang.
Pneumonia (radang paru-paru)...
Ya Allah, kurniakanlah ketabahan buat sahabatku dan keluarganya...
Sembuhkanlah sahabatku...
Terimbau kembali memori lama suatu ketika dulu.
Saat duka,saat gembira.
Kenangan terindah sampai bila-bila.
Syahirah, kita tetap kawan.
Walau tiada khabar berita hampir selama 6 tahun...
Semoga cepat sembuh.

Semakin hampir...
Masa kian hampir...
Ku pohon kekuatan..
Moga dipermudahkan buatku dan buat mereka...
Maaf sahabat-sahabat kerana membuat kalian risau.
Kali kedua dalam hidupku menengking seseorang.
Maafkan aku,maafkan aku.
Memang tak disengajakan.
Akibat daripada memendam semuanya.
Alhamdulillah.
Semakin pulih.
Moga berpanjangan...
Permudahkan buatku ya Allah...
2 minggu saja lagi...
Saya memilih untuk menyepi buat seketika.
Tidak mahu tulisan-tulisan saya selama ini disalah ertikan oleh sesiapa.
Saya berhak menulis apa saja yang tersemat di hati.

Rabu, 21 Oktober 2009
Hakikat Bahagia
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
[Hakikat Bahagia-UNIC]
...
Hakikat bahagia itu adalah ketenangan.
Mungkin ramai yang menganggap kekayaan,kebijaksanaan atau pun kejayaan itu sebagai suatu kayu pengukur kejayaan.
Anda silap.
Siapa kata orang yang miskin,kurang bijak dan gagal itu tidak bahagia?
Semuanya boleh berlaku.
Yang miskin,kurang bijak dan gagal itu masih boleh dikira bahagia andai hatinya redha dengan ketentuan Allah.
Itulah sebaik-baik perbuatan.
Redha dengan ketentuanNya.
Atas sebab kefakiran diri sebagai seorang hamba yang tidak mengetahui hikmah atas kejadian yang berlaku.
Andai diselidik,disingkap kembali masa-masa yang telah berlalu,pasti kita akan memperoleh jawapannya.
Anda adalah insan yang paling bahagia,andai redha dan sabar dengan ujianNya.
Anda adalah insan yang paling bahagia andai bersyukur dengan segala nikmatNya.
Biarpun mungkin pada mata kasarnya,kita melihat nikmat yang diperoleh orang-orang disekeliling lebih banyak berbanding diri kita sendiri.
Ketahuilah,nikmat dan ketentuan Allah kepada kita pada masa ini adalah yang terbaik untuk kita pada masa ini.
Ya.
Pada pemikiran logik akal,memang tidak tercapai.
Namun,inilah hakikat.
Jika kesusahan menimpa diri anda,ketahuilah.
Kelak,pasti ada bahagia yang bakal menanti.
Allah memang menguji kita dengan kesusahan pada mulanya.
Kelak Dia akan kurniakan bahagia yang tak ternilai harganya.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakan dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya..."
Surah al-Baqarah,ayat 286.
Ketika itu,andai keyakinan kita pada Allah tetap kuat,kita akan merasakan betapa besar hikmah kesusahan yang dihadapi sebelum ini...
Refleksi buat diri ini.
Ketika ini aku merasakan aku sedang diuji.
Ya.
Aku perlu yakin,kelak pasti ada bahagia.
Bukan bermaksud aku hanya perlu menunggu bahagia,tapi aku harus mencarinya.
Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
Perteguhkan hubungan denganNya...
Dengan itu,barulah tiada lagi syak wasangka terhadap Dia.
Walau seberat mana ujian yang menimpa,hati akan sentiasa redha dan tenang.
Itulah hakikat bahagia...

Bersama sahabat seperjuangan...
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau berikan kepada umat yang terdahulu daripada kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul. Maafkanlah kami,ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami dalam menghadapi orang-orang kafir."

Isnin, 12 Oktober 2009
Begitu sukar mengungkap kata sayang...
Entri kali ini bukanlah untuk menghuraikan tajuk di atas.
Sekadar bermuhasabah diri kembali.
Mengenang teguran-teguran yang diterima daripada insan-insan yang sangat aku sayangi.
Semakin hari,aku sedar yang begitu kurangnya aku mengenali diri sendiri.
Betapa selama ini aku menganggap yang aku sudah cukup elok dan cukup baik menjaga hati insan-insan di sekeliling,sedangkan tidak.
Betapa selama ini aku ingin difahami oleh insan-insan sekeliling,tapi sedikit sekali aku memahami.
Ini bukan kisah baru.
Cuma kisah lama yang terus berulang sehingga kini.
Masih belum nampak perubahannya.
Astagfirullah al aziim...
Telah beberapa kali aku menerima teguran yang sama.
Beberapa kali itu jugalah air mata berguguran.
Namun hati ini masih juga keras.
Keegoan masih belum dapat dijatuhkan.
Allah...
Begitu kasih Engkau padaku,hingga Engkau sampaikan teguran itu melalui insan-insan yang aku sayangi...
Aku tidak punya niat lain...
Bagiku,aku hanya inginkan perhatian dari insan-insan yang aku sayangi.
Aku sering ingin difahami.
Bahkan aku sampai sanggup melukakan hati mereka,asalkan matlamatku tercapai,demi meraih perhatian mereka.
Sejak kecil lagi,hingga kini,aku masih melakukan perkara yang sama.
Ingin meraih perhatian daripada insan-insan yang aku kasihi.
Meski kadang-kadang terpaksa melukakan hati mereka.
Maafkan aku...
Insan yang paling terluka,adalah ibuku sendiri...
Betapa sabarnya beliau melayani kerenahku selama ini.
Betapa ringan mulutnya mengatakan bait-bait doa,kata-kata sayang kepadaku.
Namun begitu berat sekali bagiku untuk mengucapkan walau sepotong ungkapan sayang!
Mama,andai kau tahu,betapa sayangnya diri ini kepadamu...
Alhamdulillah.
Aku dikurniakan insan-insan yang sangat menghargai diriku di sekelilingku.
Cuma aku yang seringkali menyalah tafsir dan bersangka buruk.
Ada benarnya kata-kata sahabatku.
Ada benarnya kata-kata adikku.
Sungguh,telah Kau kurniakan ilham kepada mereka ini untuk menarikku ke landasan yang betul...
Astaghfirullah al aziim..
Ya Allah,ku mohon kekuatan.
Moga malam ini menjadi titik tolak perubahan yang lebih baik buatku.
Benar kata sahabatku,tak rugi merendahkan sedikit sahaja ego dalam diri ini.
Malu hanya seketika.
Namun impaknya luar biasa.
Ego,pergi jauh dari diri ini!!

Ahad, 11 Oktober 2009
Usia bertambah,usia bernoktah...
Alhamdulillah...
Dengan nikmat kurniaanNya,aku masih mampu bernafas di bumi ini.
Dikurniakan nikmat terbesar,nikmat iman dan Islam.
Alhamdulillah...
Tanggal 9 Oktober telah berlalu.
Mengenang tarikh yang takkan boleh berputar kembali.
Genap sudah umurku 20 tahun hidup di alam ini.
Mengharapkan yang terbaik.
Semoga pertambahan usia seiring peningkatan kemajuan diri ini dari semua aspek.
insyaAllah.
Angka 20 memang cuma nombor.
Namun amat bererti sebenarnya.
Kerana pada usia ini,aku telah memasuki fasa kedewasaan.
Seharusnya kini telah mampu berfikiran lebih matang,merendahkan ego dan mudah bertoleransi dalam segala hal.
Semoga sifat-sifat negatif berjaya dikikis sedikit demi sedikit.
Tak mampu untuk berbicara begitu panjang.
Tinggal lagi 3 minggu berbaki sebelum 'Final Exam' menjelang!
Ya Allah,permudahkan bagiku dan sahabat-sahabatku...
Cukup untuk kali ini.

Rabu, 16 September 2009
Aidil Fitri: Saat yang dinanti
Salam Ramadhan buat semua.
Hari ini telah masuk hari yang ke 26 Ramadhan.
Bermakna,tinggal hanya beberapa hari lagi yang tersisa untuk kita menyambut hari kemenangan,iaitu Aidil Fitri.
Alhamdulillah.Minggu ini,segalanya berjalan dengan lancar.
Semua test berakhir pada hari Selasa yang lepas.
Tapi,saya masih belum mampu menarik nafas lega sebab ada lagi assignment dan projek yang perlu disiapkan sebelum pulang bercuti.
Oh, ya.
Saya akan pulang bercuti sempena Hari Raya pada hari esok,Khamis.
InsyaAllah.
Seperti biasa,saya memang tak sempat memilih baju raya.
Balik saja rumah,semuanya dah tersedia.
Terima saja.
4 hari yang masih berbaki...
Hargailah sepenuhnya.
Alhamdulillah,Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang sangat bermakna buat diri ini.
Biarlah hanya Dia yang tahu.
Kepada sahabat-sahabat yang bakal pulang ke rumah,semoga selamat perjalanan!
Doakan keselamatan diriku juga.

Langgan:
Catatan (Atom)