Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Memaparkan catatan dengan label exam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label exam. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Oktober 2009

Sunnah Orang Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.


Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

[Sunnah Orang Berjuang-Hijjaz]

....


Saat ini,sedikit sebanyak tempias tentang khilaf Rakan Masjid terkena kepada diri ini.

Memandangkan aku adalah salah seorang daripada ahlinya.


Apa yang boleh aku katakan;

-Setiap insan punya kelemahan yang tersendiri.Beri peluang untuk berubah.
-Tiada siapa yang lebih suci atau baik daripada sesiapa.Sesungguhnya orang yang menganggap dirinya lebih suci itu adalah orang yang berhati busuk.Tepuk dada,tanya diri sendiri,adakah kita yang mengaku suci itu? Tak layak sama sekali.
-Segala kritikan yang positif,ambillah dan bermuhasabah kembali.Bak kata seorang sahabat,muhasabah itu bukan sekadar berkata-kata,tapi ambil inisiatif untuk berubah!Perlu ada tindakan!
-Periksa dulu asal usul berita yang kita peroleh.Jangan terus hukum orang lain.
-Sabarlah sahabat-sahabat,kerana sabar itu hikmah.


Ada hikmahnya semua ini.

...


Minggu depan adalah minggu yang paling mencabar buatku dan rakan-rakan sama course yang lain.

Manakan tidak,semua test dilambakkan pada minggu depan.

Kami akan berhadapan dengan 5 test, 3 project presentation,1 lab test,1 quiz dan assignment minggu depan.

Kemudian,pada hari Rabu, 11 November,First Paper Final Exam pula.

Mencabar bukan?

Boleh dikatakan rakan-rakan sama course yang lain,semua meletakkan list test,project, dan segalanya di status Gtalk amsing-masing.

Aku pun cuba juga meletakkannya sekali.
Tapi terasa semakin menggila pula tekanan.

Disebabkan itu,aku tidak lagi meletakkan list tersebut.

Moga kata-kata yang positif dapat menenangkan jiwa,mempermudahkan diri ini untuk menghadapi minggu depan yang penuh cabaran,serta minggu-minggu yang seterusnya.


Semester ini, kurasakan terlalu banyak pengisian yang ingin dikongsi,namun entah megapa,mungkin kerana diri ini masih belum cukup bagus,maka itu merencatkan aku untuk berkongsi ilmu di dada.

Mungkin ini entri terakhir sebelum menghadapi Final Exam.
Final Exam akan berakhir pada 25 November.
Kemudian,ada OBS(tak ingat apa nama panjang dia) pula 28 November.
Entah dapat balik Raya tak agaknya...


Aku hanya akan aktif semula selepas Final Exam tamat.
insyaAllah.


Doakan semoga dipermudahkan segalanya...


Buat rakan-rakan seperjuangan, semoga berjaya untuk Final Exam yang akan datang!




"Ilmu itu adalah cahaya,maka ia takkan dapat menembusi hati yang kotor diselaputi dosa..."

Jumaat, 8 Mei 2009

Belajar......

Kiri-kanan buku.
Masa ni baru nak jadi rajin.
Cepatlah masa berlalu!

Jiwa yang baik,
jangan memberontak.
Tuntutlah ilmu,untuk kebaikan.
Susah,namun kelak kau bisa lihat hikmahnya...


Ya.
Mesti rajin.
Mesti.
Mesti.

Dalam keserabutan dan kesibukan semester ni,alhamdulillah.Sempat aku habiskan membaca beberapa buku.Tapi bukan buku akademik la.
Tapi ok la,buku yang membina.



Lepas baca buku ni,baru aku tahu yang Ustaz Pahrol Mohd Juoi ni sifu kepada Ustaz Hasrizal (pemilik blog saifulislam.com).

Dan terus jatuh cinta dengan karya-karya Ustaz Pahrol yang lain.Cara penulisan yang sangat berhemah dan memang menyentuh kalbu.Secara jujurnya aku kagum dengan penulis buku ni,sebab beliau dapat memegang hati pembacanya dengan baik.

Impaknya pun besar kepada pembaca.
Syorkan kepada semua orang untuk baca buku ni.=)

Buku lain yang habis di baca,Kembara Atiq Wazif-Satu ANUGERAH.Buku yang menceritakan tentang pengorbanan penulis dan isterinya membesarkan anak istimewa.Buku yang sangat menyentuh perasaan.Sangat berguna sebagai persediaan masa akan datang.

Dan hampir habis dibaca,Jangan Main-main oleh Dr HM Tuah.

Dah2.
Blaja!!

Ahad, 3 Mei 2009

Epilog Satu Semester



'Sudy Week' telah menjelma.
Menandakan semester kali ini hampir berakhir.

Semester ini boleh aku katakan sebagai semester yang paling lenggang daripada kerja-kerja event dan organisasi.

Hanya satu event yang aku sertai iaitu Heart for Islam 2009 sebagai Assistant Head Activity and Competition Department.

Alhamdulillah, ada penambahbaikan dalam Heart for Islam tahun ini.

Tahun ini,aku merasa buat kali pertama dan ku harapkan buat kali terakhir berada dalam 'Consequence Management'.Sebab aku Petronas' scholar.Mara's scholar takde 'CM' ni.

Tapi,bagi aku,bukan 'CM' yang jadi isu,tapi GPA.
Harapanku,semoga semester depan memberi sinar baru kepada aku.
insyaAllah.

Semester depan,aku bakal berhadapan dengan satu lagi event.Ramadan Discovery 2009.
Sekali lagi memegang amanah sebagai Asisstant Head Activity and Compettion Department.

Selepas ini,aku tidak dapat 'update' sekerap sebelum ini lagi.
Fokus kepada 'Study Week' dan 'Exam Week'.

Semester ini,aku mengambil 7 subjek termasuk Kokurikulum;

-Peer Counseling 1
-Fluid Mechanics 1
-Solid Mechanics
-Engineering Materials
-Dynamics
-Computational Methods
-Vector Calculus

'Study Week' dari 4 Mei-10 Mei.
'Exam Week' dari 11 Mei-23 Mei.


Doakan aku berjaya.
InsyaAllah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat.Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
Surah al-Baqarah,ayat 153.