...
"Cuba bagitahu aku,apa dah jadi ni Kamal?"
"Jangan banyak tanya la bapak.Bapak jangan masuk campur!Ini hal saya!".Bentak Kamal lagi.
Kamal terus menggeledah ke belakang rumahnya.Lantas dia terjumpa sebilah parang di atas pangkin.Dia mengambilnya dan meluru ke motor kapcainya.
"Prenggg...."
Bising sungguh bunyi motor kapcainya.
Pak Murad kaku.Tak berdaya berbuat apa-apa.
Dia masih ingat,Kamal pernah menolak arwah ibunya sendiri sehingga terhantuk tiang rumah.Ketika itu,Pak Murad tiada di rumah.Kamal semakin agresif.Buntu Pak Murad memikirkan.
Entah di mana silapnya.
Entah apa dosa silamku.
Entah bagaimana lagi harus ku lakukan...
Terngiang-ngiang suara hati Pak Murad.Dia sering menyalahkan dirinya kerana tak berjaya mengawal sikap anaknya itu.
...
"Berani kau masuk kawasan aku!!Kau nampak ni?".
Kamal mengacah-acah parangnya ke arah sekumpulan anak muda lain.Mereka bermusuhan.Sejak zaman sekolah lagi.Semakin lama semakin menjadi-jadi.
"Kau ingat kami takut sangat?!Kau tau,bapak aku tu kawan baik tok penghulu tau tak!Nanti aku 'report' kat tok penghulu 'direct'.Baru padan dengan muka kau tu.Tunjuk belang sangat!".Jawab Hasyim.Salah seorang dari mereka.
"Ah!Aku tak kira!Ada aku heran kalau bapak kau kawan baik tok penghulu?Kau tau tanah ni siapa yang punya?Bapak aku!"
Pergaduhan berlaku.
Pergelutan antara kamal dan sekumpulan anak muda itu berlaku.
Beberapa minit kemudian,rakan-rakan Kamal datang beramai-ramai dan turut serta membelasah anak-anak muda tadi.
Pergelutan semakin sengit.
....
"Ah!Hati aku tak tenang.Entah apa yang berlaku ni.Kamal..janganlah bikin hal macam-macam lagi..".Desis hati Pak Murad di rumah.
Tiba-tiba..
"Pak Murad,oh Pak Murad!Si Kamal degan konco-konconya bergaduh kat tepi sawah sana dengan anak si Dolah,Hasyim dan konco-konconya!Teruk gayanya!Ada yang sampai berdarah-darah!Cepat ikut aku!".Kata Pak Samad,jiran Pak Murad yang kebetulan ternampak pergelutan di tepi sawah sebentar tadi.
"Huh?Baik.Aku akan pergi sana segera."
...
Sementara itu,keadaan di tepi sawah sudah kembali normal.Pergelutan yang berlaku telah berjaya dileraikan oleh orang-orang kampung yang melalui jalan berdekatan.
"Kamal,bapak nak cakap sesuatu kepada kau.Mari pulang.".Pak Murad bersuara.
Kamal membisu.Terus dia berganjak dari situ dan memecut dengan motor kapcainya,meninggalkan bapanya yang masih terkulat-kulat di tepi sawah.
"Sabar..sabar..".Getus hati Pak Murad lagi.
Lantas Pak Murad pulang dengan sedikit perasaan hampa.
...
Malam itu bulan terang.
Suasana tenang sekali.
Pak Murad duduk di atas tangga depan rumahnya.
Menghirup udara nyaman di luar rumahnya.
"Allah,bantui aku untuk membimbing anakku yang seorang itu...Aku kerisauan.Bila aku tiada nanti,entah apa nasibnya.Moga Kau lembutkan hatinya...Lembutkan hatinya...".Pak Murad berdoa dalam hatinya.
Dia kadang-kadang kecewa dengan dirinya sendiri.
Kerana tak mampu mendidik anaknya dengan baik.
"Mungkin ini balasan dariNya.Kerana kesilapan silamku dulu...Anakku tidak mahu mendengar kata-kataku meski sepatah.Allah,aku bersalah!Ampuni aku...".Manik-manik jernih jatuh dari kolam mata Pak Murad.
Kulit wajahnya yang berkedut itu dibasahi air mata.
Pak Murad lantas naik ke rumah.Mengambil wudu'.Terus dia bersolat sunat Tahajjud dan Taubat.Memohon keampunan dariNya.
Setelah selesai,dia terus terlelap di atas tikar sembahyang.
Kamal yang ditunggu masih belum pulang.
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan