Sudah lebih kurang 2 minggu saya bercuti semester di rumah.Terlalu banyak peristiwa yang berlaku.Antara pahit dan manis.Suka dan duka.Walaupun baru sahaja 2 minggu di rumah.Apa-apa pun,saya masih belum puas duduk di rumah!
Cuma,sedikit terkilan kerana cuma dapat bertemu dengan angah(adik saya yang ke dua) dua hari saja sepanjang cuti ini.Itu pun dia pulang bercuti sebab meraikan perkahwinan ibu saudara saya yang bongsu.Tak mengapa.Tempoh yang begitu sekejap itu sangat saya hargai.
Sepanjang cuti ni,saya tak kemana-mana.Cuma duduk di rumah.Sesekali menziarahi rumah nenek.Boleh saya katakan juga sepanjang cuti ini,banyak sungguh jemputan walimah oleh saudara mara dan sahabat-sahabat yang lebih tua dari saya.Namun,dek kerana jarak yang tak mengizinkan,tak dapat juga saya meraikan walimah sahabat-sahabat(kakak-kakak senior)itu.Cuma menghadiri walimah saudara-mara terdekat.
Dalam masa yang sama,wan(nenek sebelah ayah) saya jatuh sakit.Penangan Demam Chikungunya.Alhamdulillah,kini wan dah beransur pulih...
Oh ya.Ibu saudara saya yang bongsu telahpun selamat berkahwin pada 6 Jun yang lalu.Dengan jejaka pilihan keluarga.Istimewanya ibu saudara saya yang seorang ini,sebab dia lebih muda 2 tahun berbanding saya.Atau dalam kata lain,sama umur dengan angah.Semoga berbahagia sepanjang hayat.InsyaAllah.
....
Cukuplah rasanya cerita saya.Masih banyak yang ingin saya coretkan.Namun entah kenapa,ilham tak datang-datang juga.Susunan ayat juga agak terabur.Maaf dipinta.
Cuti ini,saya tiba-tiba teringatkan hari-hari saya di kampus.
Rindu pada sahabat-sahabat.
Rindu pada nasihat mereka.
Rindu pada senyuman mereka.

Ternyata suasana di kampus sangat berlainan dengan suasana di rumah.
Benar.
Saya akui akhirnya tanpa sahabat,diri ibarat terumbang-ambing di laut.
Hanya bergantung pada diri sendiri.
Serta hubungan antara diri sendiri dengan Yang Maha Agung.
Ku harapkan,diri ini diberikan kekuatan.
Agar terus istiqamah dalam beribadat.
Agar terus istiqamah dalam perjuangan ini.
Agar dapat menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik.
Cuma satu yang ku inginkan,yakni keredhaanNya...
6 ulasan:
salam
hayatilah setiap apa yang kita miliki..
sbb manusia biasanya hanya akn sedar bila rasa kehilangan=)
u had been linked=P
Good Post (akhirnye!)
Banyak walimah ye baru2 ni,
nape ye
semoga kita semua istiqamah di mana kita berada
salam..
waa..macam2 aktiviti cuti ni eh?..
den baru je 1 2 hari kt umah ni..
still kepenatan OBS..best woo..heheh
kt umah cabran nye memg sgt2 byk..
hopefully sume dpt hadapinya dgn baik..insyaallah
terima kasih atas respon semua.
terima kasih atas respon semua.
Catat Ulasan