Telah aku mohon taubat padaNya,
Namun parut dosa itu masih ada.
Kekal.
Dosa itu bukan perkara yang kecil.
Taubat itu bukanlah perkara yang main-main.
Kerna kita tidak tahu,bila masanya kematian menjemput.
Dan yang pasti,mahukah kita bertemu dengan Yang Maha Agung dengan keadaan yang hina?
Penuh dosa.
Penuh noda.
Ya.
Hati itu.
Tiada siapa yang tahu.
Sihatkah ia?
Bersihkah ia?
Cederakah ia?
"Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati."
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sekadar perkongsian sebagai bingkisan sebelum pulang ke kampung halaman.
::Kisah Tunggul Kayu dan Paku::

Di sebuah kampung yang aman,tinggal sebuah keluarga kecil.
Bapa yang sudah tua dan anak mudanya tinggal di sebuah rumah yang kecil di kampung itu.
Si bapa merupakan seorang yang taat kepada perintah Allah.
Si ibu telah lama meninggal dunia.
Manakala si anak muda pula,suka sekali memberontak.Kontra sekali dengan bapanya.
Seringkali si anak menyakitkan hati bapanya yang tua dan arwah ibunya.
Langsung tak diendahkan kata-kata bapanya.
Baginya,hanya kepuasan diri yang dicari.
Meski si bapa telah mencurahkan didikan agama sejak kecil lagi.
Ditatangnya bagai minyak yang penuh.
Setelah si anak muda membesar,dewasa.
Dia lupa jasa ibu bapanya.
Dia lupa asal usulnya.
Dia lupa segalanya.
Dia mempunyai seorang teman wanita.
Pengubat duka dan lara.
Dilupakan bapanya yang telah tua.
Dia jarang pulang ke rumah.
Hanya pulang sekali-sekala untuk makan dan tidur.
Bapa yang tua itu langsung tak diendahkan.
Satu hari,
Bapa itu bertemu dengan seorang ustaz.
Dia mengadukan tentang anaknya itu.
Menangis dia.
Mengenangkan anak yang dididiknya sejak kecil.
Sayang dia akan anak itu.
Dia tak ingin anaknya terus lalai dan leka.
"Wahai ustaz!Bantui aku.Aku kebuntuan.Anakku yangseorang itu jarang sekali pulang ke rumah.Hanya sesekali untuk tidur dan makan.Aku mendapat tahu,dia telah mempunyai teman wanita sekarang.Alangkah risaunya aku andai dia bertindak melampaui batas.Bantui aku untuk menarik semula anakku ke pangkal jalan!"
Menangis orang tua itu.
"Wahai saudaraku.Usah engkau terus menangis.Kesatlah air matamu.Aku akan membantumu.Pabila engkau pulang nanti,carilah satu batang kayu yang besar.Tanamlah ia di hadapan rumahmu.Maka setiap kali engkau melihat anakmu berbuat dosa,maka pakulah engkau pada batang kayu itu.Maka kelak,jika anakmu berbuat satu kebaikan,maka cabutlah satu demi satu pakunya.Semoga Allah membantumu.insyaAllah." Jawab si ustaz.
Si bapa lantas pulang tanpa banyak soal.
hatinya berbunga riang.
Ingin sekali dia melihat anaknya kembali ke pangkuannya.
Paling tidak pun sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.
Si bapa mencari batang kayu yang teguh.
Ditanamnya di hadapan rumah.
Setiap kali anaknya pulang,anaknya pasti akan membawa pulang teman wanitanya.
Minum arak.
Tidak kurang juga mencuri harta orang-orang kampung.
Si bapa mula menukul paku pada batang kayu.
Satu demi satu.
"Tok!Tok!"
Hari demi hari,paku yang dibenamkan semakin banyak.
Si anak semakin pelik.
Setiap kali dia pulang,ada saja paku yang ditukul oleh bapanya.
"Hai si tua!Apa yang kau buat itu?Setiap hari ku lihat ada saja paku yang kau tukul!Buang tabiatkah?"Soal si anak.
Si bapa cuma tersenyum.
Ditatap wajah anaknya dengan penuh kasih-sayang.
"Wahai anakku,sesungguhnya paku yang ku benamkan ini menggambarkan dosa-dosamu.Setiap hari apabila kau pulang,kau melakukan dosa-dosa yang jelas di mataku.Maka aku benamkan paku di batang kayu ini."
Si anak tidak menghiraukan kata-kata bapanya.
Dia terus berlalu dari situ.
Si bapa tidak putus asa.
Dia yakin akan janjiNya.
Orang yang berusaha pasti akan berjaya!
Saban hari,
si anak masih tidak berubah.
Paku pada batang kayu semakin banyak.
Hampir keseluruhan batang kayu dipenuhi paku-paku.
Paku-paku kian berkarat.
Batang kayu kian hancur!
Satu hari,
si anak duduk di hadapan rumahnya.
Terlihat ia akan batang kayu itu.
Terngiang-ngiang semula kata-kata bapanya.
"...Paku-paku ini menggambarkan dosa-dosamu..."
Terdetik di hati si anak.
"Allah...banyaknya dosaku selama ini...Jika benar batang kayu ini melambangkan dosa-dosaku,mampukah aku membersihkannya?Adakah Kau masih boleh menerimaku,Tuhanku?"
Titisan air mata gugur dari matanya.
Si anak terus mencari bapanya yang tua.
Dipeluk bapanya erat-erat.
Tangisannya kian menggila.
"Wahai bapaku!Hari ini aku duduk sendirian.Ku renung kembali masa-masa laluku.Terlalu banyak dosa yang telah ku lakukan.Mampukah aku membersihkannya kembali?"
Si bapa tersenyum.
Didakap anaknya.
Dia berbisik kepada anaknya.
"Wahai anakku,Allah itu Maha Pengampun.Mohonlah keampunan darinya..."
"Ampunkan aku,wahai bapaku!"
Hari demi hari.
Si anak kian berubah.
hajat si bapa kian kesampaian.
Setiap hari,si bapa membuang sedikit demi sedikit paku yang tertanam pada batang kayu itu.
Sampai satu ketika...
Semua paku telah dibuang.
Si bapa tersenyum.
Gembira hatinya.
Syukur pada Allah!
Namun,si anak langsung tidak menampakkan riak wajah gembira.
Dia masih menangis.
Hatinya pilu.
"Anakku,mengapa kau masih menangis?Bukankah kau telah berubah?Lihat di sana,tiada lagi paku-paku pada batang pokok itu.Bukankah itu yang kau harapkan?" Kata si bapa.
"Wahai bapaku...benar katamu.Tiada lagi paku pada batang pokok itu.Namun,kesannya masih ada.Lihat saja batang pokok itu,kesan tusukan paku masih jelas kelihatan.Buruk sekali keadaannya!Tentu sekali hatiku juga begitu..."Jawab si anak.
....
Benar.
Meski dosa lalu telah ditinggalkan,parutnya masih ada.
Allah...
Hanya redhaMu ku pohon.
Meski parutnya masih ada,ku mohon agar Kau terima taubatku...
Firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)."
Surah al-A'raf, ayat 201.
Apabila tersedar dari khilaf,maka mohonlah taubat kepadaNya!
Allah Maha Pengampun.
1 ulasan:
Satu analogi yang memberikan makna yang cukup jelas.
Catat Ulasan