Ku merintih...
Aku menangis..
Ku meratap...
Aku mengharap...
Ku meminta...
Dihidupkan semula...
Agar dapat kembali ke dunia nyata...
Bergenang air mata bila terdengar lagu ni.
Menanti Di Barzakh, drp kump Far East.
Akhirnya.Berakhir sudah semester ke empat aku di UTP.Semester yg semakin lama semakin mencabar.Banyak kenangan suka dukanya.Final exam dilalui dgn jayanya.Alhamdulillah.(resultnye?? tggu dan lihat..)
Dan dalam ketika ini juga,aku dikejutkan dgn beberapa berita sedih.berita kematian.insan2 sekeliling yg di antaranya rapat juga dgnku.
Dalam masa dua hari,di UTP ini,3 berita kematian yang ku dengar.Pertama, kematian adik kpd saudara Asyrizul Fitri.yang kami panggil Mat Yi.Saudara kami.meskipun tiada pertalian darah,namun kehilangan adik kpd Mat Yi kurasakan spt kehilangan adik sendiri.Sungguh berat ujian utknya.Moga ditabahkan hatinya...
Pada hari yg sama(semalam),aku terima berita kedua.Seorang pelajar lelaki foundation first semester meninggal dunia.kerana masalah jantung yang dihidapinya.Arwah meninggal ketika berada di padang bola.belum lagi sempat menjawab Final Examnya.Meskipun aku tak mengenali arwah,namun sbg warga UTP,terasa kehilangannya.
Dan pada hari ini,pagi ini,rakan seperjuangan(lelaki) dlm kos Mekanikal ku,meninggal dunia.kemalangan motosikal.ketika dalam perjalanan pulang dari makan2 kat luar UTP. Ternyata kehilangan beliau sangat dirasai.Terutama oleh rakan2 baik beliau.Dan keluarga beliau.
Sahabat,mari kita sama2 menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah sahabat2 kita.Moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.InsyaAllah.
Ternyata,berita kematian itu adalah satu tarbiyyah(pendidikan) dr Allah,untuk kita bermuhasabah diri.Dengan cara itu.
AKu tersentak.
Aku tergamam.
Benar.
Ajal tak mengira tempat.
Ajal tak mengira masa.
Ajal tak kenal usia.
bila tiba masanya,ia kan menjengah jua.Lalu meragut nyawa kita.
Entah bila agaknya,giliran kita.
Maka adakah kita benar2 sedia?
Sahabat,tatkala kita menghadapi ujian.
Ingatlah,masih ada insan2 lain yg menghadapi ujian yg lebih berat.
Dan jika kita yg berada di tempat insan2 itu,adakah kita mampu menghadapinya?
Sungguh.
Allah menguji kerana cintakan kita.
kerana menyayangi kita.
Kerana ingin kita lebih menghargai sesuatu nikmat.
Kerana ingin memantapkan iman kita.
Sahabat,
teguhkan jiwa kita.
Sama2 kita teruskan perjuangan.
Tingkatkan amalan.
Tegakkan kebenaran, tatkala insan2 di luar sana matanya semakin kabur dek ketandusan ilmu.
Benar.
Hidup hanya sekali.
Tapi sekali itu tak bermakna kita memuaskan hawa nafsu semata-mata.
Lantas meninggalkan suruhanNya.
kita hilang jati diri.
kita hilang pendirian.
kita hanyut dek pujukan dan godaan syaitan.
Moga setiap saat yg berbaki,dimanfaatan dgn mengingatiNya.
Bagaimana untuk mengingatiNya?
Berzikirlah.
Sahabat,
Allah Maha Pengampun.
Orang yg bangkit dr kesilapan silamnya lebih baik drp org yg teris menerus hanyut.
Benar.
Tiada insan yg sempurna.
kita tak layak membenci sesiapa.
namun,
cubalah bencikan dosa itu.
Hindari diri kita dari menghampirinya.
Moga kita masih diberi kesempatan untuk memperbaiki kekurangan diri...
Astaghfirullah al Azim...
3 ulasan:
salam, saya budak utp jugak. and to be honest, i like ur blog. by the way you write and express things. its good. kudos to you. and yeah, mmg terkejut dengar pasal berita kematian 3 orang pelajar utp. eventhough i x kenal diorang, but still, i can feel the sadness. mmg dugaan dekat family diorang. semoga roh mereka dicucuri allah.
=)
thanks to u mirra.
sedikit pembetulan:3 berita kematian.tapi,dua org saje student UTP.sorang lg,adik kpd stdnt UTP.
smg roh mereka ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman.
insyaAllah.
Catat Ulasan