Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Sabtu, 22 November 2008

.::Jalan-jalan Cari Ilmu::.

Assalamualaikum~

Ya.
Cuti semester sudah bermula.
Namun aku masih di UTP...
Menunggu detik2 pulang ke kampung halaman.

Kawan2 yg lain,ramai sudah yg pulang.
Tapi tak mengapa.
aku kuat!(ceh..)

Suara2 gelak tawa di rumah sudah kedengaran...

Namun,cuti ku kali ini,akan terisi dgn sesuatu yg agak berbeza dgn sebelum ini.
InsyaAllah.Dalam cuti semester ini,aku akan menghadiri Daurah Ilmimiah.untuk menuntut ilmu di Melaka.

Kenapa kena belajar lg?Bukanke blaja kat UTP tu sampai da nak meletup kepala?Nak g blaja2 ape lg...

Tak dinafikan,belajar di UTP mmg payah.
Sebenarnye ok je.Cuma aku saje yg malas2 kdg2.
Dan tiada sesiapa yg patut dipersalahkan melainkan diri sendiri.

Tapi,kita sebenarnya terlupa,yang kita terlalu melebihkan ilmu dunia,sehingga mengetepikan ilmu akhirat.Sebab tula,zaman sekarang kita boleh lihat,insan2 intelek yang masih melakukan maksiat, dan perkara2 yang tak sepatutnya.

kerana apa?
Kerana kurangnya ilmu di dada.
Maka,menjadi kewajipan untuk kita melengkapkan diri dgn ilmu yang sewajarnya.
Kerana, suatu hari nanti, kitalah pewaris keluarga.yang bakal membentuk sebuah keluarga lagi.Bagaimana nak membentuk keluarga yang mengamalkan ajaran Islam yg sempurna kalau diri kita sendiri pun belum cukup sempurna?

Maka kerana itu juga aku terpanggil.Kerana itu aku merasakan kewajipanku untuk menuntut ilmu.InsyaAllah.Moga bermanfaat kpd diriku,dan org lain juga.

Sahabat,
Di kesempatan ini,
ingin aku berpesan.
peliharalah imanmu,akhlakmu,kesopananmu.
Jangan biar harta2 bernilai itu dinodai.

Sahabat,
biar miskin harta,
jangan miskin iman,taqwa,dan ilmu di dada.
Kerana harta dan pangkat tak dapat di bawa kemana2.
Tetapi amalan kita...
Yang bakal dinilai kelak.

Sahabat,
Usah risau jika wajahmu tidak secantik sang Puteri.
Atau sekacak sang Putera.
Biarkan.
Asalkan jiwamu bersih.
Seperti kain yang putih.
Berseri.
Asalkan imanmu teguh.
Kerana Allah tak menilai hambaNya pada paras rupa,
Tapi taqwa,iman kita.

Sahabat,
ingat.
sentiasa ingat pesanku ini...
Inginku tegaskan,peliharalah dirimu,imanmu..
Kerana iman itu setipis lapisan kulit bawang...
Nipis...
Mudah koyak...
Jika tak ditebalkan dgn ilmu di dada...

Sahabat,
moga,persahabatan kita kekal selamanya.
persahabatan,jika matlamatnya kerana Allah,pasti berkekalan.
Maafkan segala salah silapku.
Doakan kesejahteraanku.
Moga kita sentiasa diredhaiNya.


Dan aku ingin berkongsi ayat ni;

Katakanlah,"Jika bapak-bapakmu,anak-anakmu,saudara-saudaramu,isteri-isterimu,keluargamu,harta kekayaan yg kamu usahakan,perdagangan yang kamu risaukan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
Surah At-Taubah, ayat 24.


Dan selepas sahaja habis Daurah,aku akan pulang ke rumah.
Jd,aku akan berhenti meng'update' blog sepanjang cuti ni.
Memandangkan di rumah,tiada internet.

Selamat Bercuti.
Manfaatkan cuti sebaiknya.
Pandu Cermat,Jiwa Selamat.
Jaga iman,jaga diri,Hiasi Peribadi.
insyaAllah.

Jumpa lagi semester depan.
(^_^)V

Sebelum mengundur diri,aku nak tunjukkan satu gambar.Menarik sgt.Gambar kucing yang tiada telinga.Betol.Ni gambar betol2.Dikirim oleh seorang sahabat.


Subhanallah...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.