Berdosanya diri ini selama ini.
Mohon keampunan dariNya.
Moga diampunkan dosa ini.
Takkan ku ulang lagi sampai bila-bila.
Alhamdulillah.
Jiwa yang dulunya terbelenggu itu telah ku bebaskan.
Pergi!
Pergi jauh!
Jangan kembali lagi.
Rasa yang membuatku jauh dariNya.
Rasa yang membuatku sentiasa terasing dan bersalah kepadaNya.
Ampuni diri ini...
Allah,
ku mohon padaMu.
Bukakan hati para sahabatku.
Moga mereka menemui apakah yang dikatakan cinta sejati.
Allah,
Ku mohon dengan amat sangat.
Kerna ku sayangi mereka.
Merekalah pendukung kejayaanku.
Kau bimbing mereka.
Bimbing ke jalan yang benar.
Yakni jalan yang Kau redhai.
Tuhanku,
kasihanilah diriku,
Dan sahabat-sahabatku.
Sekali lagi ku mohon.
Mohon dengan teramat sangat.
Agar kau suluhkan cahayaMu.
Bukakan pintu hati mereka.
Agar menemui jalan kebenaran.
Agar mereka tahu.
Bahawa hanya dengan redhaMu,
Mereka akan bahagia.
Dunia dan Akhirat.
Jauhi diriku dan mereka dari jalan-jalan kejahatan.
Moga diri kami terpelihara.
Bimbinglah kami,ajarlah kami yang jahil ini.
Bimbinglah kami...
Hanya redhaMu yang ku pohon.
Hanya redhaMu.
[Bayangkan suatu hari nanti,andai tiada lagi segolongan manusia yang saling berpesan ke arah kebenaran.Alangkah ruginya kita.Ketika insan-insan ini mengingatkan,kita pandang hanya sebelah mata.Kita ego.Tak ambil peduli.Tak takutkah kita pada balasanNya yang pedih di akhirat sana?]

1 ulasan:
insyaAllah..
^_^
Catat Ulasan