Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Jumaat, 10 April 2009

.::Jodoh::.

Aku cinta padamu...


Ungkapan yang sangat mudah diluahkan oleh sesiapa sahaja.
Sebut sahaja tentang cinta,pasti jiwa-jiwa di luar sana terjentik kerana boleh dikatakan semua insan pernah mengalami rasa yang indah ini.

Namun begitu,ungkapan ini adalah ungkapan keramat.
Yang hanya wajar diucapkan kepada seorang yang paling istimewa.

siapa?

kekasih?


Tidak.

Jawapannya suami ataupun isteri.


Ketahuilah.
Cinta itu suci.
Bersih.
Jangan nodainya dengan nafsu.
Semaikan ia dengan ketakwaan kepadaNya.

Cinta itu fitrah manusia.
Namun bukan untuk dilayan hingga jiwa menjadi leka dibuai cinta.
Dan asyik terbayang-bayang insan yang dicintai.
Dalam kata lain,cinta itu tidak berhak untuk sesiapa,melainkan untuk sang isteri kepada suami,ataupun sebaliknya.

Sahabat-sahabat.
Istighfar.

||Jangan dekati Zina||
Takutlah pada balasannya.
Jodoh itu telah tertulis untuk kita.
Tidak perlu dirisaukan.
Tidak perlu meluahkan rasa cinta berkali-kali.
Tidak perlu berpelukan bermadu kasih.
Berkepit kesana ke sini.
Ber'dating' siang malam.


"Dan janganlah kamu mendekati zina,(zina) itu keji, dan suatu jalan yang buruk."
Surah al-Isra',ayat 32.



Kerana Allah telah menjanjikan yang terbaik buat kita.


Nun di sana,ada insan soleh mahu pun solehah yang menunggu kita.
Menahan luahan rasa cinta.
Hanya kerana takut kepada Ilahi.
Yakinlah pada janjiNya.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik,dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula).Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)."
Surah an-Nur,ayat 26.



Masih belum terlambat.
Kembalilah ke pangkal jalan sahabat-sahabat.

SinarNya sentiasa menanti insan-insan yang sabar dan taat pada perintahNya.

Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Kata orang,kalau ada jodoh tak kemana.

Tiada ulasan: