Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Ahad, 26 April 2009

Mengapa berasa lemah?

Mengapa mesti lari?
Bukankah yang sering melarikan diri itu pengecut?
Dayus?
Penakut?


"Lari dari masalah takkan selesaikan apa-apa.
Bahkan masalah akan semakin mendatang,semakin mengejar kita.Kita mesti hadapi masalah.Hadapi dengan berani.Tak salah berundur seketika.Berundur seketika itu bukan bererti tewas,tapi memikirkan strategi,mencari semangat baru.Agar lebih bertenaga,bersemangat dan berilham untuk menyelesaikan masalah itu kelak."

itulah kata-kata yang sering aku suarakan.
Kepada diriku sendiri,dan kepada insan-insan yang mengadukan masalahnya,mengatakan bahawa dirinya dikejar masalah.

Sahabat-sahabat,

Tak dinafikan.
Adakalanya kita menghampiri situasi sukar.
Tatkala itu,kita terasa ingin menjauhi semua orang.
Kita menolak semua kerja-kerja yang mendatang.
Kita tidak rasional dalam membuat keputusan.
Kita emosi dalam berkata-kata.

Ini semua normal.
Bukankah manusia itu ciptaan yang lemah?
Kita bukan sempurna.

Tapi,kita perlu berusaha sentiasa untuk memperbaiki kelemahan kita.
Ada ketika,kita merasa diri ini tidak layak.

Tak layak bersama-sama insan lain yang di rasakan teramat bagus.
Kita berasa rendah diri.
Mengapa mesti berasa rendah diri?
Sedangkan kita semua ada potensi masing-masing.
Dan kita semua juga ada kelemahan masing-masing.

Sahabat,
Mengapa mesti engkau keliru dengan perjuangan ini?
Mengapa mesti engkau rasa dirimu lemah?

Lupakah kau janjiNya;

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
Surah al-Baqarah,ayat 286.


Mengapa mesti engkau rasa dirimu bersendirian?

Kita adalah satu!
Kita adalah seperti darah daging.
Meski berlainan ibu dan bapa.

Usah merasa lemah.
Usah merasa goyah.

Kita sentiasa bersama.
Kita sentiasa bersama.

Susah senang,
Kita sama-sama lalui.

Lupakah kau?
Pada saat-saat itu?


Kadang-kadang,
Kita terlalu memikirkan diri sendiri.
Kita terlupa orang lain di sekeliling kita.
Kita merasakan kita diuji dengan ujian yang sangat berat!
Sedang kita lupa.

Ada insan lain yang lebih menderita.
Usah terlalu ego.

Fikirkan insan-insan disekeliling kita.

Dan pasti,kita diuji kerana disayangiNya...

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah al-Ankabut,ayat 2-3.



Semoga diri ini dikurniakan kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang.
Semoga sahabat-sahabatku begitu jua...

3 ulasan:

Mohaimin Mokhlis berkata...

yep
sbb tu ku nak wat kelas~

Tg.A berkata...

sometimes, dorang tahu hakikat tu sebab dorg pun beriman dengan kitabullah.

kdg2, dorg cuma nak didengari. they want to be heard doesnt mean they're complaining bout how hard life is.

kdg2, da cukup utk dorg dengar org suruh dorg jd tabah sebab by fact, dorg sedang menjadi tabah.


different ppl, express their pressure in different way.

memahami dengan diam mungkin lebih baik dari terus berkata.

just my 2 cents opinion.

Mama and Baby Store berkata...

terima kasih utk pandangan kalian.

kita selalunya tak rasional bila dalam keadaan penuh emosi.

tertekan mungkin.



amik masa.


kdg2,kita tak boleh terlalu memaksa diri.buat apa yg sesuai dgn diri.


bila fikiran sudah lapang,hati jd tenang.

kita dpt melakukan semuanya secara bijak dan rasional.


yes.
sumtime we juz want people to hear us.

tp kdg2 mengecewakan jugak.
sebab manusia ni hny tau berkata2.shoot je tau.x pandai nak menyelami jiwa kita.


hny satu cara>>mengadu padaNya di saat itu.