Diri yang kerdil.
Berlagak sombong.
Kononnya hebat!
Tak sedar hamba Yang Maha Esa cuma.
Ya.
Diri ini sombong.
Cukup sombong.
Moga diampunkan dosa ini.
Siapakah aku?
Rasa macam hebat!
Sedang aku lupa asal usulku.
Sedang aku lupa bagaimana permulaanku.
Aku dan mereka.
Sama.
Tiada beza.
Cuma,
Aku tersedar awal sedikit saja.
Sedang mereka masih terumbang-ambing.
Siapa aku?
Ego!
Ada pernah kau nasihati mereka?
Ada pernah kau menghampiri mereka?
Memandang dengan penuh kasih?
Memandang dengan harapan?
Adakah mereka sudah tidak punya harapan?
Adakah mereka tidak punya akal untuk berfikir?
Tidak.
Tidak.
Mereka bukan tidak tahu.
Mereka tahu sekali.
Bahkan mungkin lebih tahu dari diri ini.
Namun,
aku terlupa...
Terlupa satu perkara ini...
Hidayah itu milik Allah...
Hanya Dia yang berhak memberikan...
Kepada sesiapa sahaja yang diinginiNya...
Beruntunglah!
Jika kita terpilih!
Rugi sekali,jika kita menolak.
Peluang tak mungkin datang dua kali.
Ini peluang keemasan.
Rebut sebelum terlambat!
Diri ini penuh khilaf..
Banyak sekali.
Sesekali tersasar matlamat di jiwa.
Sesekali bersikap ego,berasa hebat!
Namun aku terlupa...
Aku tak mampu sebenarnya...
Tak mampu tanpa keizinanNya...
Astaghfirullah al azim....
3 ulasan:
"Aku dan mereka.
Sama.
Tiada beza.
Cuma,
Aku tersedar awal sedikit saja.
Sedang mereka masih terumbang-ambing."
Same ke beza?
cam kontra
sama.
sbb 'aku' dan 'mereka' mempunyai sejarah yg sama.
hidup di bumi yg sama.
bergelar manusia.
cuma.
'aku' tersedar dr khilaf.
berhijrah ke arah yg lebih baik.
sedang 'mereka',masih di tempat yg sama.
bukan salah 'mereka'.
tp salah 'aku'.
kerana 'aku' tidak menjalankan peranannya.
sebagai insan bergelar 'da'ie'.
layakkah 'aku' bergelar 'da'ie'?
wallahualam.
kesimpulannya
awk "sama" DAN "beza" dgn mereka
awk sama dengan mereka,
tp dalam masa yang sama, awk berbeza dgn mereka kerana awak sedar dulu.
Catat Ulasan