"Akak,nak tau tak,tadi kat sekolah budak-budak kelas orang ada yang mengumpat papa.Kata macam-macam." Adikku bersuara.
"Oh.Lepas tu papa kata apa?Kau cerita kat papa tak?" Aku memberi respon.
"Orang dah bagitau papa.Papa diam je.Tak marah pun."
"Oh..".Aku terdiam.Hendak berkata sesuatu.Tapi mulut terasa terkunci.
Ya.
Bapaku seorang guru.
Boleh aku katakan sebagai seorang guru yang sangat komited pada tugasnya.
Ramai pelajarnya yang telah berjaya.
Ya.
Bapaku bukan guru sekolah berasrama penuh.
Yang pelajar-pelajarnya bijak-bijak belaka.
Yang pelajar-pelajarnya boleh dikatakan anak orang-orang senang.
Bapaku cuma guru di sekolah kampung.(sekolah menengah)
Para pelajarnya sudah remaja.
Yang para pelajarnya agak lemah dalam akademik.
Yang para pelajarnya kadang-kala bersikap kurang ajar.
Yang para pelajarnya sangat sukar mendengar kata.
Dengan keadaan bapaku kini yang lumpuh separuh badan akibat strok kira-kira 6 tahun lalu, ku kira ini merupakan cabaran hebat buat bapaku!
Bapa itu terus tabah.
Terus gigih.
Mengabaikan kata-kata nista guru-guru lain.
Melupakan keadaan dirinya yang secara fizikalnya kurang sempurna!
Bapa itu gigih!
Aku sangat mengaguminya.
Cuma...
Aku terkilan.
Sangat terkilan.
Masih ada anak muda zaman ini yang tak pernah kenal erti pengorbanan seorang guru.
Tak nampakkah dia bapaku yang lumpuh itu masih ke kelas?
Bapaku tak pernah meminta pelajarnya membantunya mengangkat barang-barang apabila keluar daripada kereta.
Bapaku tak pernah meninggikan suara di dalam kelas.
Bapaku tak pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelajarnya.
Meski masih ada segelintir pelajarnya yang suka bersikap kurang ajar.
Langsung tidak hormat.
Aku sebenarnya langsung tidak hirau jika mereka mahu hormat bapaku atau tidak.
Paling tidak pun,anggaplah guru itu sebagai ibu bapa kita.
Masih tak nampak pengorbanan guru?
Tak mengapalah.
Aku cuma menganggap,mereka yang bersikap kurang ajar itu mungkin tak dididik dengan baik oleh ibu bapa masing-masing.
Atau mungkin sebab mereka cuma pelajar sekolah kampung.
....
Oh.
Aku tersilap.
Rupa-rupanya pelajar yang dikatakan intelek atau bijak juga kurang ajar!
Tutur bicara langsung tak dijaga.
Keluar kata-kata kesat dari mulut mereka.
Hebat sekali mengumpat di belakang guru!
Astaghfirullah...
Seharusnya pelajar intelek itulah yang boleh dijadikan contoh.
Lain pula jadinya.
...
Hari ini,bapa itu terus kental.
Menabur bakti kepada anak bangsa.
Dididiknya anak bangsa, agar menjadi insan.
Bukan untuk menjadi bijak semata-mata.
...
Sahabat-sahabat,ingin aku katakan padamu.
Bijak itu bukan atas dasar pencapaian di atas kertas.
Tapi bagaimana kita menjadi manusia.
Bagaimana kita menjadi insan.
Apa ertinya insan tanpa budi pekerti?
Tanpa tutur kata yang baik?
Bukankah pekerti Rasulullah s.a.w itu baik sekali?
Mengaku umat,tapi pekerti langsung tak mencerminkan peribadi Muslim.
Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa...
Abu Ad-Darda' melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Tiada yang lebih berat dalam pertimbangan pada Hari Akhirat melainkan akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah tidak suka akan kata-kata yang buruk."
(Riwayat at-Tirmizi)
...
Semoga bapaku terus kental mendidik anak-anak bangsa.
Semoga kita menjadi insan yang berguna.
Selamat Hari Guru buat bapaku.
Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru.
Guru Insan Mulia!
[Entri ini bukanlah untuk menghentam sesiapa.Jauh sekali membangga diri.Sekadar perkongsian agar kita bermuhasabah.Tiada insan yang sempurna.Maaf andai terguris hati dan perasaan.]
12 ulasan:
Selamat hari guru pd sume guru dan juga bakal guru..hehe..bgitu byk pengorbanan dlakukn demi mendidik anak2 muda skang..
Hari jurutera tade pulak kan?
nak jugak meraikan hari jurutera sedunia.
hahaha..kita leh stat kn dari UTP..
oh,
hari jurutera ek?
x pernah dgr lg,
hari doktor pun xde gak kan?
engineer berbakti kpd masyarakat scr tak langsung.
doktor berbakti kpd masy scr langsung.
guru pun berbakti scr langsung.
guru n doktor dikenali.
engineer x berapa dikenali ramai.
tp produk yg dihasilkan oleh engineer yg dikenali ramai.
fuh.
fuh...kata2 seorg bakal engineer.insyaallah..dasat2..hehe
harap korg dapat jadi engineer yang berjaya ye,
femes x penting,
output tu yg penting.
haha,
jadi,
menanti produk yg awak hasilkan nnt!
produk yang macam mane ye?
i noe u r one of utp student.
come on.
bangga la sikit.
nak sorok apa.
if i'm right,hope we'll become good engineer in the future.
product?
we'll see later.
maybe a new invention.
o_O
haha,
harap leh dpt tgk invention baru tu!
kot2 femes satu malaysia.
hehe
your blog has been linked to utpcentral..feel free to linked us in your blog. Because that is how utpcentral stay Alive!
sokong cerita awak..coz mak saya kaunselor..selalu kena deal ngan budak2 kuang ajar...
walau dia sekolah bandar, tapi sekolah yg kat area taman..yg budak2nya kerja kedai moto,kerja part time kat market....
anyway... u should proud to have him as ur father....as i proud to have my mum
-persatuan anak guru semenanjung
Cabaran utk guru2 zaman kini.
Catat Ulasan