Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Khamis, 18 Jun 2009

Noktah

Noktah?

Ah!

Tiada istilah noktah dalam mengharungi kehidupan ini.
Setiap kegagalan,pasti ada kejayaan disebaliknya.
Setiap kesedihan,pasti ada kebahagiaan yang menanti.

Kedukaan yang takkan pernah berpanjangan.
Semua insan dengan takdir hidupnya masing-masing.
Yang pasti,Tuhan tidak pernah zalim terhadap hambaNya.

Siapa kita untuk mengeluh?
Langsung tak layak.

Siapa kita untuk mempertikaikan takdirNya?
Langsung tak layak.

Kerna Dia Maha Mengetahui segala yang tersirat mahu pun tersurat.
Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Namun begitu,berkata-kata memang mudah.
Bila kena pada batang hidung sendiri,ah!
Lemahnya diri!

Keluhan demi keluhan...
Rintihan demi rintihan...

Apakan daya.
Manusia memang lemah sifatnya.

Tapi,manusia sangat beruntung.
Walau cuma hamba Yang Maha Agung.
Walau sering berbuat dosa.
Walau sering berkeluh-kesah!

NikmatNya tak pernah luntur.
Bahkan sentiasa melimpah-ruah.

Bayangkan saja jika udara yang disedut ini dihentikan selama 5 minit!
Apa nasib kita agaknya?

....

Masa berganti masa,
Kelak tiba waktunya
kan sampai jua
Entah bila

Saat malaikat maut tiba menjemput,
Sediakah kita?



Penulis:Beberapa hari lepas kenduri kahwin ibu saudara,nyawa kucing kesayangan melayang.Fifi,kenangan kita bersama takkan ku lupakan.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam.
Kesian ku mendengar.
Fifi si kucing tu yang warna oren tu kan?
huhu.
xpe la, mmg sudah tibe masanya kot.
kan banyak lagi kucing2 lain.
btw, fifi sakit ke atau mati tua?

FdausAmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
terry bogart berkata...

awak dakena edit status..skang ni..awalk 2nd yr 2nd sem..hehe

Mama and Baby Store berkata...

to org melaka:Fifi mati sbb sakit.

tp terry bogart:dah edit..tQ