Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Selasa, 21 Julai 2009

Harapan

Terima kasih kepada semua yang memberi harapan.

Agar terus maju.
Tanpa pernah menyerah kalah.

Hidup ini takkan menjadi begitu berwarna-warni tanpa cabaran.

Adakalanya kitalah orang yang paling cekal.
Adakalanya kita menjadi orang yang paling patah semangat tanpa diduga.

Diuji tanpa diminta.
Berkali-kali aku bertanya kepada diri ini,"Mampukah aku,mampukah aku,mampukah aku?"

Mendengar harapan yang tak pernah mengenal erti lelah dari mereka.

Ibu,ayah,sahabat-sahabat,adik-adik,membuatkan aku terus berdiri teguh.
Meski adakalanya datang jua rasa hampir putus asa.

Ya.
Manusia itu,adakalanya dialah yang menjadi pemangkin kepada orang lain.Memberi semangat dikala sahabatnya ditimpa musibah.Tapi,bila musibah ditimpakan kepadanya,tidak semestinya dia cukup kuat menghadapi ujian itu.

Kerana dia juga cuma insan biasa.

Moga terus diberi kekuatan dan semangat.
Moga doa dan harapan mereka terus subur.

Kerana doa dan harapan itu ibarat 'baja' kepada jiwa yang hampir putus asa.

Diri ini bermonolog lagi,"Mampukah aku,mampukah aku,mampukah aku?"
Mengapa tak sekuat dulu?

Mengapa tak sekental dulu?





Aku pasti,aku mampu!
Dengan IzinNya...

3 ulasan:

Tg.A berkata...

dear tikah,


saya tahu yang saya bukanlah seorang yang rapat dgn tikah. but i really appreciate you as my friend, coursemate, buildingmate and of course, my regular blog commenter.


Saya setuju yang, siapa2 tak boleh kata dia seorang yang tabah selagi dia tak diuji. Seseorang tak boleh kata yang dia cekal tanpa melalui cabaran.


But, i dare to say that u one of the kind. Tikah seorang yang tabah dan cekal. i noe this words couldnt meant anything to u, but i hope you can get thru everything in life.


Please stay strong. I pray for u, always. I'll always do.


regards,
your friend, coursemate, buildingmate, and frequent blog reader.

Ukhwahfillah abadan abada.

Mrs Ziela (Norzila Noh) berkata...

"Dan orang yang bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya." Surah Al-Ankabut29: 69)

Semoga di kurniakan pretolongan dan kekuatan=)..tabah!=)

NajaTikaH berkata...

to anis n kak zila:terima kasih.saya sangat hargainya.
=)