Alhamdulillah,telah masuk hari yang ke 3.
Setiap hari berjalan dengan lancar.
Segalanya dipermudahkan olehNya.
Semester ini,saya bakal berhadapan dengan subjek-subjek yang ternyata lebih mencabar berbanding semester lepas.
Semester ini sepatutnya saya mengambil 7 subjek.Tetapi atas sebab-sebab tertentu,saya telah mengurangkan 7 subjek kepada 6 subjek sahaja.
Sejak hari pertama kelas,saya telah mendapat gambaran yang semester ini tiada lagi ruang untuk bersenang-lenang.
Perlu lebih komited dalam akademik untuk memastikan keputusan akademik yang lebih memberangsangkan.
Semester ini juga saya bakal berhadapan dengan pensyarah-pensyarah yang boleh saya katakan mencabar.
Kenapa?
Pertama kali saya berhadapan dengan seorang pensyarah yang slanga negara asalnya begitu pekat sekali ketika berkomunikasi.Tambahan pula dengan caranya yang berkomunikasi agak laju.Agak lama saya terkebil-kebil sebelum memahami bait-bait katanya.
Sedikit kerisauan di situ.
Cuma saya kagum dengan kesungguhan dan wajahnya yang ceria sepanjang mengajar kami.
Apa yang boleh saya katakan,semester ini dimulakan dengan gambaran yang agak merisaukan.Namun,tak semestinya gambaran itu menunjukkan kesudahan yang mendukacitakan.
Ini adalah persediaan mental bagi saya.
Agar bersedia menghadapinya.
...
Malam ini aku bermuhasabah kembali.
Atas kekecewaan,kesedihan,rasa hampir putus asa yang pernah terlintas di minda.
Seharusnya ini tidak berlaku kepada seorang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah s.w.t.
Namun,begitulah sifat manusia,apatah lagi manusia biasa.
Alhamdulillah.
Sedikit demi sedikit,tanpa aku sedari,Dia telah menunjukkan jalan-jalan ketenangan kepadaku.
Dan aku sangat tersentuh dengan pengisian seorang kakak senior malam ini.
Katanya,"Peranan kita sebagai hamba Allah,adalah berusaha sehabis baik.Selepas itu,terpulang kepada Allah sama ada untuk memberikan kepada kita kejayaan atau sebaliknya.Kuncinya adalah,jangan putus asa!"
Jauh di benak hatiku,aku akui.
Siapa aku untuk meminta-minta?
Jika benar aku telah berusaha bersungguh-sungguh,ikhlaskah usahaku itu?
Siapa aku untuk mempersoalkan takdirNya?
Ternyata persoalan itu mampu kita jawab dengan sendiri.
Terlalu banyak perkara yang manusia tidak ketahui,antaranya adalah masa depan.
Mungkin kita menginginkan masa depan yang sebegini,tapi Dia pula mengaturkan masa depan yang sebegitu untuk kita.
Hakikatnya,perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik!
Sabarlah wahai diri.
Kelak pasti ada sinarnya.
"...Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian."
Jangan pernah datang rasa putus asa!
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah al-ankabut,ayat 2-3.
Semoga hari-hari mendatang lebih baik berbanding hari-hari yang sebelumnya.
"...Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah,hanyalah orang-orang kafir."
Surah Yusuf,ayat 87.

3 ulasan:
tikah, gud luck n all da best for all wut u do dear =]
if u find that the subjects are interesting, it will not be hard to understand what he will be saying! (^~^)
zass je
no komen...
Catat Ulasan