Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Mimpi yang sering ku harapkan
Menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian
Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam
Lemah daya
Haruskah aku mengalah
Namun jiwaku berbisik
Inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan
Uji keimanan (menguji keimanan)
Tak dilontarkanNya ujian
Di luar kekuatan
Setiap diri insan
Allah…
Pimpinlah diriku
Tuk bangkit semula
Meneruskan langkah
Perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
Agar mimpi jadi nyata
PadaMu ku meminta
Daku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan yang satu
Segalanya dariMu.
[Langkah Tercipta-UNIC]
...

Lagu ini didedikasikan buat insan-insan yang sedang kekecewaan dek kerana harapan tak jadi kenyataan.
Lagu ini ku dedikasikan juga buat insan-insan yang bersemangat waja.
Ketahuilah,setiap ujian yang dikurniakan Allah punya hikmah yang tersendiri.
Bangkitlah!
Dan buktikanlah kecekalanmu.
Bangkitlah!
Engkau pasti boleh mencipta kejayaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan