Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Isnin, 10 Ogos 2009

You Can Do it! Just Do it!

Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah.

Dengan limpah dan kurniaNya selama ini,kita masih mampu bernafas,tanpa sebarang cela.

Nyaman sekali udara yang disedut.

Nikmat yang paling besar,iman dan Islam.
Syukur Ya Allah.

Terdetik di dasar hati,sedikit sekali diri ini bersyukur selama ini.

Ya.
Kita memang jarang mensyukuri nikmat yang ada.
Apa lagi redha dengan ketentuanNya.

Jika tidak kena saja dengan kemahuan diri,pasti ada keluhan yang menjengah di hati.

Astaghfirullah al Azim...

"Dan jika Kami berikan rahmat Kami kepada manusia,kemudian (rahmat itu) Kami cabut kembali,pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih."
Surah Hud,ayat 9.


Ya Allah,mohon dijauhkan diri ini daripada golongan yang dinyatakan di atas.
...


Setelah beberapa ketika,saya lihat kembali hikmah atas kejadian yang menimpa diri.

Meski pada awalnya kelihatan berat sekali untuk dipikul,namun kini saya nampak hikmahnya.

Alhamdulillah!

Segala rasa kecewa,putus asa,mohon pergi jauh.

Kini,hanya semangat baru yang harus terus berputik dan dibajai.
Agar terus segar dan mekar.

InsyaAllah.

You Can Do it!Just Do it!
Terima kasih Tuan Hj Jalil (Kaunselor UTP).

Ya,saya boleh lakukannya.
Sebab sejarah telah membuktikannya.

Cuma ada satu penghalang,iaitu diri sendiri.

Benarlah kata pepatah;

Hendak Seribu Daya,Tak hendak Seribu Dalih.

Semoga hari ini memberi sinar untuk hari esok,dan seterusnya.

"A dream is just a dream. A goal is a dream with a plan and a deadline."
- Harvey Mackay

InsyaAllah.