Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Sabtu, 31 Oktober 2009

Sunnah Orang Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.


Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.

[Sunnah Orang Berjuang-Hijjaz]

....


Saat ini,sedikit sebanyak tempias tentang khilaf Rakan Masjid terkena kepada diri ini.

Memandangkan aku adalah salah seorang daripada ahlinya.


Apa yang boleh aku katakan;

-Setiap insan punya kelemahan yang tersendiri.Beri peluang untuk berubah.
-Tiada siapa yang lebih suci atau baik daripada sesiapa.Sesungguhnya orang yang menganggap dirinya lebih suci itu adalah orang yang berhati busuk.Tepuk dada,tanya diri sendiri,adakah kita yang mengaku suci itu? Tak layak sama sekali.
-Segala kritikan yang positif,ambillah dan bermuhasabah kembali.Bak kata seorang sahabat,muhasabah itu bukan sekadar berkata-kata,tapi ambil inisiatif untuk berubah!Perlu ada tindakan!
-Periksa dulu asal usul berita yang kita peroleh.Jangan terus hukum orang lain.
-Sabarlah sahabat-sahabat,kerana sabar itu hikmah.


Ada hikmahnya semua ini.

...


Minggu depan adalah minggu yang paling mencabar buatku dan rakan-rakan sama course yang lain.

Manakan tidak,semua test dilambakkan pada minggu depan.

Kami akan berhadapan dengan 5 test, 3 project presentation,1 lab test,1 quiz dan assignment minggu depan.

Kemudian,pada hari Rabu, 11 November,First Paper Final Exam pula.

Mencabar bukan?

Boleh dikatakan rakan-rakan sama course yang lain,semua meletakkan list test,project, dan segalanya di status Gtalk amsing-masing.

Aku pun cuba juga meletakkannya sekali.
Tapi terasa semakin menggila pula tekanan.

Disebabkan itu,aku tidak lagi meletakkan list tersebut.

Moga kata-kata yang positif dapat menenangkan jiwa,mempermudahkan diri ini untuk menghadapi minggu depan yang penuh cabaran,serta minggu-minggu yang seterusnya.


Semester ini, kurasakan terlalu banyak pengisian yang ingin dikongsi,namun entah megapa,mungkin kerana diri ini masih belum cukup bagus,maka itu merencatkan aku untuk berkongsi ilmu di dada.

Mungkin ini entri terakhir sebelum menghadapi Final Exam.
Final Exam akan berakhir pada 25 November.
Kemudian,ada OBS(tak ingat apa nama panjang dia) pula 28 November.
Entah dapat balik Raya tak agaknya...


Aku hanya akan aktif semula selepas Final Exam tamat.
insyaAllah.


Doakan semoga dipermudahkan segalanya...


Buat rakan-rakan seperjuangan, semoga berjaya untuk Final Exam yang akan datang!




"Ilmu itu adalah cahaya,maka ia takkan dapat menembusi hati yang kotor diselaputi dosa..."

3 ulasan:

Amin Baek berkata...

hahaha..kene gak ko obs eh..sem lepas,terlepas..haha..selamat berobs..nice experience there...all the best in final

NajaTikaH berkata...

yep.


OBS...


mmg x minat aktvt lasak.



tp xpe.


1st time dlm hidup.

pngalaman berharga tu.

terry bogart berkata...

lagu fevret masa kechik2..

pasal isu RM, jap..saya ni RM @ x?.. ntah..ha3.. anyway..just epi2 je..