insyaAllah.
Cerita asal komik oleh Umair Zulkefli.














....
Cinta itu indah, tapi.....
Syariat tetap membataskan.
Ingin bercinta?
Teruskan.
Islam menyediakan sebaik-baik medium yakni perkahwinan.
Jika sudah ada calon,rancanglah ke arah yang lebih baik,yakni perkahwinan.
Yang pasti, perhubungan sebelum perkahwinan itu perlu disertai adab-adab dan batas-batas mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat.
Bercinta tanpa matlamat ibarat menanti sesuatu yang tidak pasti.
Menunggu dan terus menunggu,bahkan hati semakin celaru dek kerana mengingati sang kekasih.
Hati yang tidak tenteram akhirnya mengajak diri melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya bersama pasangan.
Akhirnya kalah dengan gejolak dan gelora nafsu.
Buat insan-insan di luar sana yang belum pernah bercinta...
Ketahuilah,cinta itu indah.
Namun mendekatinya seperti bermain dengan api.
Salah caranya memakan diri.
Carilah medium yang terbaik untuk mencari calon yang sesuai.
InsyaAllah.
Buat insan-insan di luar sana yang sedang bercinta mahupun yang hampir ke arah itu...
Ketahuilah!
Kalian sedang bermain dengan api.
Usah dicabar firman Allah;
Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.
[Surah al-Isra', ayat 32]
Ya.
Kalian tidak berzina,namun anggota-anggota badan yang lain mungkin tak terlepas dari melakukan zina.
Bahkan hatimu mungkin berzina.
Dek kerana teringatkan si dia...
Maka,beristighfarlah.
Renungkan kembali...
Adakah perbuatan anda selama ini bersama pasangan diredhaiNya?
Rancanglah ke arah perkahwinan.
Jika masih belum mampu atau tidak punya niat ke arah itu,lupakan si dia!
Buat insan-insan yang telah putus cinta...
Bersabarlah.
Kelak engkau akan bertemu insan yang terbaik buatmu.
Janji Allah itu pasti.
Sucikan dirimu,jadilah yang solehah, kelak engkau akan menemukan yang soleh buatmu sebagai teman yang abadi.
Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.
[Surah al-Mu'min, ayat 55]
wallahualam.
6 ulasan:
eh,cerita Untukmu..cm kenal...hahah..
ye ye...minda masyrkt kian sempit skang..tidak logik ble bkahwin tanpa kapel..kadang2 ada je parents yg smcm mengalakkan anak2 bekapel..dan kadang2 menjadi kebanggaan pulak..nauzubillah
komik sendiri tapi tak pernah post kt blog sendiri...
baik..post sekarang...
isu cinta ni takkan pernah lapuk dek zaman...bila agaknya kita semua akan memahami cinta sejati itu sebenarnya cinta ilahi?
-tiada yang lebih indah daripada mendapat redha Ilahi. Seindah apapun gubahan pertama itu, jika tidak mendapat redha Ilahi, ia tetap tidak berguna..-
jemput ziarah blog...
to amin:yep.dah lama cerita ni.mentaliti masyarakat takkan pernah berubah selagi mana islam tak diambil scr keseluruhan dlm aspek hidup...
to umair:maaf,sy copy komik ni dr blog org.isu cinta takkan pernah lapuk ditelan zaman,sbb cinta itu fitrah.
cuma mentaliti masyarakat yg perlu diubah.
ayuh sebarkan mentaliti yg sebenar tentang isu ni.
terima kasih ziarah.
Anda aktif sebelum tiba waktu yang sepatutnya
Sila lawati blog ana :
Sejarah Komik Untukmu
http://umairzulkefli.blogspot.com/2009/11/sejarah-komik-untukmu.html
to mohaimin:lama x menulis.terasa gian pulak.
Catat Ulasan