Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah..Kerana dengan nikmat dan kurniaanNya,kita masih mampu menghirup udara yang segar di alam maya ini.Alhamdulillah...kerana dikurniakan nikmat yang paling besar, yakni nikmat iman dan Islam...
Lama sungguh saya tak kemaskini blog.Rindu pula pada blog ni.Maklumlah,ada saja kekangan yang menyebabkan niat mengemaskini blog terpaksa ditangguh terlebih dahulu.
Hari ini,secara rasminya saya telah pun bergelar pelajar tahun 3 semester 1.Jadual semester ini tak banyak bezanya berbanding semester sebelumnya.Cuma semester ini,rasanya lebih banyak 'Lab session' dan projek.Salah satu projek yang khusus adalah Engineering Team Project (ETP).
Tak sabar rasanya untuk meneruskan hari-hari seterusya untuk semester ini.Bagi saya,walaupun semester ini agak mencabar,namun kelihatannya lebih menarik berbanding semester yang sebelumnya.
Semester ini,saya mengambil 6 subjek.Tapi,cuma 5 subjek yang ada 'Final Exam'.
-Mechatronics II
-Manufacturing Technology II
-Fluid Mechanics II
-Computer Aided Design
-Engineering Economics
-Engineering Team Project (Projek semata-mata.tiada 'Final Exam')
Nampak menarik?
Oh ya,hujung minggu yang lepas,saya telah menyertai satu seminar tentang perbandingan agama.MasyaAllah!sangat menarik!
Penceramah-penceramah jemputannya langsung tak mengecewakan.
Manakan tidak,selalunya saya sering tertidur atau terlelap semasa ceramah,tapi tidak pada kali ini.
Setiap kata-kata penceramah berjaya dihadam,alhamdulillah.
Usai seminar,perasaan saya begitu teruja.Rasa sangat-sangat beruntung dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam...
Yalah,selama ini kita cuma Islam pada nama dan keturunan.Tapi kita kurang menghayati nikmat Islam tu...Andai ditarik nikmat tu...betapa ruginya kita.Nikmat yang tiada tandingannya...
Paling saya kagumi,penceramah tersebut adalah seorang muallaf...
Sungguh petah beliau berkata-kata.Saya tak dapat lupa anologi yang beliau katakan ini;
"Betapa beruntungnya anda semua kerana dilahirkan dalam keluarga Islam.Lahir-lahir saja sudah Islam.Tapi,berapa orang saja yang bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam?Anda sebenarnya berada di zon selesa,sebab itulah tak mampu menghargai nikmat Islam ini...Bayangkan seorang anak yang sejak lahir sudah menaiki kereta Mercedez.Adakah dia akan rasa bersyukur kerana menaiki kereta itu?Bayangkan pula jika selama seminggu kereta itu rosak,dan terpaksa menaiki kereta Kancil misalnya..Adakah dia akan rasa gembira?Pasti banyak saja komennya...Nyata dia kini menyedari...Ahh..betapa indah dan nikmatnya selama ini aku menaiki kereta Mercedez...Nah!Baru kini datangnya rasa syukur itu..."
Samalah juga kita umat Islam.Sejak lahir sudah beragama Islam.Kita cuma mendengar saja bahawa Islam ini agama yang terbaik.Tapi tidak menjiwainya,tidak pula mengaplikasikan suruhan-suruhan Allah dengan sebaiknya.Kerana kita berada di zon selesa...Bagaimana jika kita masih belum Islam?
Pastinya jika kita menemui 'cahaya' Islam ketika itu,kita akan benar-benar menghargainya dan takkan sekali-kali melepaskannya...seolah-olah orang yang dalam kegelapan baru saja menemui cahaya..
Indah bukan?
Ayuh sama-sama pupuk rasa cinta kita terhadap Islam.Terhadap Allah S.W.t.
Sungguh,andai kita berusaha mencari kebaikan,pasti kebaikan akan mudah mendampingi kita.Yang penting,kita bersedia untuk menerima pembaikan itu. =)
Akhir kalam,doakan perjalanan saya untuk semester ini berjalan dengan lancar.insyaAllah.
Jumpa lagi.
Wassalam.
3 ulasan:
Salam istiqamah dlm semester baru!
nak tanye, akk helwi ke?
salam.
maaf,akk bukan helwi..
akak dr lajnah strategi n dakwah(LSD).
future murabbi ni sape ye?
owh...
igtkan helwi, sbb nmpak link helwi.
saye syafiqah helwi.
jemput datang ke blog helwi utk semua update ye kak, thanx..
Catat Ulasan