Ketika ini, saya menatap gambar saya bersama sahabat2.
Melihat wajah mereka menyedarkan saya akan sesuatu.
Setiap orang telah ditetapkan baginya ujian yang berbeza2.Baik besar mahupun kecil ujian itu, bergantung pada kekuatan si penerima ujian.
Allah menguji kita di tempat yang kita paling lemah.Supaya kita masih berpeluang untuk memperbaiki kelemahan itu. supaya kita nampak, di mana kurangnya kita.
Subhanallah, andai dilihat dari segala sudut, tak dapat dinafikan lagi betapa besar hikmahnya suatu ujian.
Di mata kasar, kita melihat ujian sebagai suatu beban,kesusahan, dan masalah.
Di suatu sudut lain, inilah peluangnya untuk bermuhasabah.
Inilah mediumnya untuk mendekatkan diri padaNya.
Inilah juga bukti yang Allah sayang pada kita.
Alhamdulillah ya Allah...
Namun, meski diri ini nampak tabah pada luarannya, hanya Dia sahaja yang megetahui apa yang tersirat dalam hati ini.
Ini ujian.
Moga terus tabah wahai diri!
"Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 87.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan