
Gambar selingan.tiada apa-apa maksud tersirat.
Alhamdulillah.Kita masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di dunia yang fana (sementara) ini. Syukur juga kerana saya masih diberi peluang untuk menaip tiap patah bicara dalam blog yang tak seberapa ni.
Bila dikira-kira, sungguh lama saya tak kemaskini blog. Hampir sebulan lamanya. Kalau diikutkan sejarah saya berblog, inilah tempoh paling lama saya tidak menulis. Sungguh, saya rindu untuk menulis. Namun, bila diuji dengan kekangan masa, niat untuk menulis mati begitu saja.Lagipun, bila difikikan, apalah sangat dengan tulisan saya yang tak seberapa ni.
Sekarang, saya dalam minggu yang terakhir pengajian semester ni sebelum Study Week. Bermakna, tak lama lagi Final Exam bakal tiba. Sungguh, masa berlalu begitu cepat. Entah kenapa saya merasakan semester ini berlalu begitu pantas! Terasa teruja untuk melalui alam praktikal,tapi rasa sayang juga meninggalkan kampus, walau hanya 8 bulan. (8 bulan adalah tempoh yang lama saya kira)
Kemudian, saya ada berbaki lagi 1 tahun lagi untuk menamatkan pengajian. Doakan semoga dipermudahkan segalanya.InsyaAllah. Nyata lepas-lepas ni, banyak lagi cabaran yang bakal ditempuh. Kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa depan. Tapi kita dapat merancang sedikit demi sedikit apa yang ingin dilakukan. Ya, memang pada akhirnya Allah jua penentu secara mutlak, tapi kita sebagai insan biasa juga harus punya perancangan dalam kehidupan agar kehidupan menjadi lebih teratur dan mempunyai matlamat.
Oh.Bila dikenang-kenang kembali, saya jadi rindu pada umur yang muda dulu-dulu dan ada juga rasa terkilan sedikit. Masa berlalu begitu pantas, dalam masa yang sama, kita juga berubah mengikut peredaran masa. Dalam erti kata lain, berhijrah.
Saya rindu pada masa lalu yang saya kira cukup menyeronokkan.
Saya terkilan pada masa lalu kerana saya tidak berada di situasi ini ketika itu.
Bunyinya agak complicated bukan?
Satu yang boleh saya katakan, saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang, kerana masih diberi peluang untuk mengecap nikmat iman ini,dan nikmat bersama-sama sahabat yang punya kefahaman yang sama.Susah dan senang bersama mereka.
Jika dulu, saya boleh dikatakan sering memberi tanggapan negatif terhadap sahabat2, tapi kini, sebaliknya. Alhamdulillah.
Banyak sebenarnya yang ingin diceritakan. Tapi bukan di sini mediumnya. Saya kini lebih selesa bercerita kepada insan-insan terdekat daripada meluahkan di blog.
Dulu, blog saya sering terisi dengan luahan-luahan rasa (sekarang pun ada sikit2), tapi sekarang, saya tidak lagi terasa ingin meluahkan di sini. Sebab saya ada mereka untuk mendengar.Yang paling utama, Allah ada untuk mendengar.
Saya suka quote ni; Bila susah, ingat Allah. Bila senang, ingat Allah. =)
Terlalu banyak yang saya belajar. Daripada sifat ego yang tinggi, saya cuba kurangkan sedikit demi sedikit. Sampai sekarang, saya tak dapat lupa kata-kata sahabat dan lecturer yang rapat. "AWAK NI KERAS HATI ORANGNYA".
Bila mereka menyebutnya, barulah saya menyedari, itulah sifat saya. Sifat negatif yang paling bahaya dan paling perlu untuk dibuang. Bila dibuang saja sifat yang satu ni, alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan. Buat insan-insan di luar sana, ego tu tak ke mana. Hakikatnya kita hamba, tetap lemah di hadapan Allah. Usah terlalu melayan rasa ego tu.
Mungkin selepas ni, corak/pola penulisan di blog ni akan berubah sedikit. Tapi tak mengapa, demi penambahbaikan.
Itu saja untuk kali ni. Tak mampu untuk berceloteh panjang. Sekurang-kurangnya niat untuk menulis tercapai jua.
Jumpa lagi di lain waktu.
Wallahualam.
2 ulasan:
oh,nk final exam dah ye?
bz btl tikah sem ni..
besela tu kaan..lumrah budak uni :)
papepun,
take care of ur health n iman
de mase lebih, lehla kite borak2 jp.
lame tak dgr kaba tikah..
huk2
salam <3
salam.insyaAllah.=)
Catat Ulasan