Salah ertinya salah.
Tiada yang harus diselindungkan.
Harus berani jika berada di pihak yang benar.
"Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
Surah al-Baqarah,ayat 208.
Pernah suatu ketika dulu,saya berfikir dengan akal saya yang kurang matang ini.
Ya lah.Kata orang,semua orang ada perasaan ingin dikasihi dan ingin mengasihi.
Tapi saya akui akhirnya.
Itu cuma rasa hati saya yang kurang matang.
Dan tak punya wawasan serta matlamat yang jelas.
Yang pasti,saya banyak menderita kerananya.
Itu dia, "Cinta yang tak pasti".
Tujuan saya menulis,bukan untuk menunding jari kepada sesiapa.
Pada usia hampir mencecah 20 tahun, saya yakin kita semua mampu untuk berfikiran matang, serta membezakan antara baik dan buruk.
Sungguh,setiap inci kisah dulu,punya pengajaran yang tersendiri.Tak pernah saya menyalahkan takdir.
Bukan salah kerana bodohnya diri.
Bukan salah takdir.
Tapi pengalaman itulah yang mematangkan fikiran,menjadikan diri lebih kental mengharungi kehidupan mendatang.InsyaAllah.
Terpulang,apa yang anda fikirkan.
Namun saya pasti,anda mungkin pernah menghadapi situasi yang sama.
Jangan tipu!
Dosa...
Ini saya titipkan artikel yang saya 'copy' dari blog Ustaz Hasrizal (Saifulislam.Com).
Moga bermanfaat!
.....
“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya.
Kasihan.
Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali.
“Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya.
“Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti, tak mahulah pening-pening kepala fikir tentang cinta,” jawabnya. Sugul.
“Hah, rasanya ustaz boleh agak kenapa perempuan itu tidak faham atau buat-buat tidak faham,” saya ketawa kecil.
“Kenapa ustaz?” anak muda itu seperti kaget dengan reaksi saya.
“Sebab anta masih memberikannya harapan. Perkataan anta menolaknya amat samar dan kesamaran itu diterjemahkan sebagai harapan” saya menambah.
Ya.
Itulah akibat-akibat yang timbul daripada perhubungan yang cuba dibuat di luar ikatan perkahwinan. Benda yang asalnya sudah salah, amat sulit untuk diperbetulkan.
Jika ia sebuah perkahwinan, maka komitmen perkahwinan diikat dengan proses ijab dan kabul, tanda menerima perhubungan itu secara sedar dan penuh tanggungjawab. Segala-galanya harus jelas. Apabila perkahwinan tidak lagi dapat dipertahankan, maka kaedah memutuskan ikatan yang telah dibina oleh ijab kabul itu, turut dilakukan dengan ijab kabul yang jelas juga.
Segalanya jelas.
“Aku terima nikahnya,” kata pengantin lelaki.
Ya, hubungan itu ialah sebuah pernikahan. Maka tanggungjawab, kasih sayang dan segala yang timbul tenggelam dalam perkahwinan itu dikendalikan oleh sebuah sistem bernama pernikahan.
Tetapi jika seorang lelaki dan perempuan itu ‘kawan-kawan dulu’, ‘teman tapi mesra’, ‘lebih hangat daripada biasa’ dan entah apa-apa lagi status rekaan seperti ini, atas dasar apakah garis panduan perhubungan itu mahu diuruskan? Melainkan serabutlah jiwa dan raga manusia yang terbabit dengan perhubungan seperti ini, dan ‘tiada Allah untuk membantu mereka’.
Itu soal menerima.
Soal memutuskan hubungan juga sama.
“Aku ceraikan engkau… dengan talak pertama” kata seorang suami.
Ungkapannya jelas. Bahawa ia bernama sebuah penceraian. Pemisahnya adalah talak. Justeru segala tanggungjawab, batas hubungan dan lain-lain, diuruskan oleh sebuah sistem bernama ‘penceraian’.
Tidak sekali-kali sebuah penceraian dibuat dengan ungkapan yang tidak jelas.
Ungkapan, “engkau tiada lagi di dalam hidupku” atau “mulai hari ini kita sudah tidak lagi boleh bersama” atau “pulanglah engkau ke rumah ibumu dan jangan kembali lagi” atau “engkau dan aku seperti anak panah yang sudah meninggalkan busarnya”, semua itu adalah ungkapan-ungkapan kinayah yang menyusahkan. Ia memerlukan kepada penyiasatan dan padanan contoh bagi mencari maksud apakah sang suami itu menceraikan isterinya, atau apa?
Maka permulaan perkahwinan adalah dengan ikatan yang jelas. Penyudah perkahwinan juga adalah dengan kenyataan yang jelas. Tiada samar-samar di dalamnya.
“Habis, apa yang patut saya buat?” tanya anak muda itu dengan wajah yang sudah agak cerah berbanding sebelumnya.
“Berikan perkataan yang jelas kepada perempuan itu” saya memberikannya cadangan.
“Aku ceraikan dikau?” soalnya sambil ketawa.
“Sudah aku terima nikahnya kah? Cuba anta sebutkan perkataan yang jelas. Ustaz nilaikan” saya menyoalnya pula.
“Saya tidak mahu bercinta dengan awak atau dengan sesiapa. Saya takut Allah. Lupakan saya. Lima tahun akan datang, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, pun tak mengapa” katanya, mencontohkan sebuah ‘talak’ untuk perhubungan di luar perkahwinan.
“Err… bahagian pertama lulus. Bahagian kedua, tak perlu” saya mengomen.
“Maksud ustaz?” tanya anak muda itu.
“Sebutkan sahaja yang anta takutkan Allah dan tidak mahu terbabit dengan cinta. Full stop. Bab kalau ada jodoh ke tak ada jodoh tu, tak payah sebut” saya menyambung cerita.
“Tapi macam kejam sangat bunyinya nanti, ustaz” kata anak muda itu.
“Ya, apalah sangat kejam pada menolaknya sekarang, berbanding kejamnya pilihan kalian menyertai kemurkaan Allah!” saya cuba menyudahkan perbualan.
“Hmm… I got the point. Thanks ustaz!” beliau tersenyum. Berfikir barangkali.
“No sweat… Selamat menduda kerana-Nya” saya menghulurkan salam.
“Lepas buku AKU TERIMA NIKAHNYA, tulislah buku AKU CERAIKAN DIKAU pula, ustaz!” katanya.
“Horrornya cadangan anta!” saya ketawa.
“Apalah sangat horror mengajar orang bercerai cara betul, berbanding horror membiarkan kami-kami ini kebingungan dalam kemurkaan Allah!” katanya, meniru ayat saya tadi.
“Amboi, pulang paku buah keras nampak!” saya tersenyum.
“Ustaz juga yang ajar!” jawab beliau, disambut dengan tawa kami semua.
Ya, andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari Barat dengan firman-Nya:
17_32“Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang amat jahat” [al-Israa' 17: 32]
Mungkin kerana kurangnya teruna tunggal dan anak dara tunggal sebelum mereka berkahwin, menjadi punca membiaknya ibu tunggal dan bapa tunggal selepas mereka berkahwin.
....
Setelah tersedar dari khilaf,maka bertaubatlah!
Sungguh,Allah itu Maha Pengampun.
5 ulasan:
hurm..sgt byk kekeliruan bhubung perkara ni di kalangan masyrkt..
"xyah la..ko tu kecik lg..abeskn skola dulu.."
"da abes belajar baru leh cari awek"
kefahaman sebenar harus dsebarkn dgn plbagai medium..
kt tv pn,plbagai anasir tak baik dsuntik..bukn mahram masuk ke rumah,berpegangan tangan,pgaulan selepas btunang,dan byk lg..tu yg menjurus kepada masyrkt yg bermasalh..huhu
yep.
mcm yg post ana seblum ni.
kdg2 trase cm ade kat laut yg penuh jerung.
means,anasir2 ada di mana2.
masyarakat dah selalu sangat disajikan dgn benda2 yg tak baik,sampai dah tak tau beza yg baik n buruk.
tu realiti zmn skang.
cabaran tuk kita.
cabaran sbg masyarakat.
cabaran sbg pendukung ummah.
Good post!
Suka bila cik Atikah sebutkan sal hal ni.
x jemu saya membacanya!
terus2kan! :-)
saya juga ada minat seseorang kat sini.
tak tipu!
kang dosa..
sebelum kahwin:
Engkau bintang engkau penerang,
Engkau sayang aku pun sayang
selepas kahwin:
Yang perempuan dah macam beruang
Yang lelaki dah boyot ke depan
Hilanglah terang hilanglah sayang,
Jumpe kat court lah minggu depan
kahkahkah!
fahaaaaaaam tak??? fahaaaaaaam tak???
kahkahkah
to amr:mmg faham.cuma mcm agk kasar perlian tu.
Catat Ulasan