Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Sabtu, 11 Julai 2009

...agar senyuman kembali terukir...

Hari ini saya mendapat berita daripada adik saya.
Beliau mengatakan bahawa 3 ekor anak kucing saya mati kerana menghidap penyakit 'cacing'.

Saya tidak begitu sedih dengan berita ini,kerana saya belum sempat menjaga anak-anak kucing itu agak lama.Mereka lahir ketika saya pulang bercuti tempoh hari.

Saya juga diberitahu yang kesemua kucing saya yang lain kecuali dua ekor,Didi dan Didit sahaja yang tidak ditimpa sakit beberapa hari ini.Saya sangat sayang akan kucing-kucing saya terutamanya Finiy dan Didit.

Mujur Didit sihat-sihat saja.Cuma Finiy yang diberitakan agak pasif sejak beberapa hari ini.Agak kerisauan dia menimpa nasib yang sama dengan kucing nenek saya yang mati akibat keracunan.

...

Mungkin anda agak meluat membaca entri ini.Semuanya tentang kucing.Tak mengapa,ini cuma luahan hati saya.

Mana mungkin saya tak sayang akan kucing-kucing tu?
Makan,berak,kencing semua saya yang uruskan ketika adik-adik saya bersekolah sepanjang cuti semester selama lebih sebulan.

Perkara yang paling tak dapat saya lupakan,ketika memberi kucing makan.
Entah kenapa,tapi saya rindukan saat-saat itu.

Saya sayang mereka.
Mereka adalah sebahagian daripada hidup saya.

Pernah suatu ketika dulu,ketika saya masih kanak-kanak.
Saya menangis kerana kematian kucing.
Itu pun cuma kucing yang dijumpai di jalanan,tapi dibela atas dasar kasihan.

Dan ketika itu saya masih belum faham tentang hakikat 'kehilangan'.
Saya diberitakan yang kucing itu mati kerana dilanggar kereta.

Entah macam mana saya berdoa sambil menangis supaya kucing tu hidup kembali.

Tapi saya harus terima hakikat yang kucing itu telah 'tiada'.
Pergi buat selama-lamanya.


Ya.
Dalam hidup ini,kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara.
Sama ada perkara yang menggembirakan,mahupun yang mendukacitakan.

Namun,cuma satu prinsip yang harus dipegang.

Iaitu menerima hakikat.

Terima hakikat atau dengan kata lain,redha dengan takdirNya.

Ya.
Kita memang tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.
Namun Dia tahu.

Manusia memang selalu merungut dengan kesusahan yang dihadapinya.
Namun tahukah manusia itu bahawa hakikat yang buruk tak semestinya memberikan kesudahan yang buruk?

Tentu sekali mudah untuk berkata tentang ini.
Tunggulah sehingga kita sendiri merasai situasi ini,pasti kita akan akur dengan takdirNya.

Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
Semestinya ada terselit hikmah dalam setiap kejadian.

Sama-sama kita renungkan ayat ini;

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah,ayat 216.


Sebagai manusia,ilmu kita terbatas.Kita hanya nampak yang zahir sahaja.Kita tidak tahu sama sekali apa yang bakal berlaku satu saat selepas ini.

Atau anda boleh agak apa yang bakal berlaku satu saat selepas ini?



Maka,berbaik sangkalah kita kepada Allah.
Tentu kita akan sentiasa berasa tenang,meski diuji dengan ujian yang berat.

“Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada-Ku, maka berprasangkalah ia kepada-Ku sesukanya" (al-Hadis)



....

Saya pernah kehilangan seekor kucing yang paling saya sayang satu ketika dulu,dan Allah telah mengurniakan kepada saya kucing-kucing yang lebih comel dan banyak kini.

Kesedihan yang suatu ketika dulu dihiasi tangisan,kini diakhiri dengan senyuman.
Alhamdulillah.

Hanya Kau yang tahu isi hati hambaMu ini.


Harapanku,moga dikurniakan kesihatan yang baik buat kucing-kucing di rumah yang sangat ku sayangi...




Oh ya,'result' peperiksaan semester lepas dah pun keluar.
Dan ketika itu juga pelbagai persoalan tentang 'result' diacukan kepada saya.

Apa yang boleh saya katakan,cuma lafaz syukur.
Meski 'result' yang saya peroleh memang tak setanding kalian,saya pasti Dia lebih mengetahui yang terbaik buat saya.

Masih banyak rupanya kekurangan diri ini yang harus diperbaiki.

Ingat teman,walaupun apa yang kita harapkan tak jadi kenyataan,jangan sesekali putus asa.

Ya,jangan pernah berputus asa.
Sebab orang yang berjaya adalah orang yang tak pernah putus asa.

12 ulasan:

Amin Baek berkata...

smart a gmbr kucing tdo beratur tu..haha..bagaya n stylo

NajaTikaH berkata...

smart.
mcm tuan dia.

Pearl berkata...

tikah~
teha pon suke kucen!!!!

syg sagt2..

Mama and Baby Store berkata...

sy ingat lg ringtone teha dulu 2.

bunyi ank kucing.
comel!~

Amin Baek berkata...

hahah...napa cm tuan dia plak..haha..

byk tol kucing..aku tinggl sekor je..tu pn jantan..cmne nk bkembang keturunan dia..haha

nifi a.k.a beliamuda berkata...

Amin, kalau nak berkembang keturunan tu, pandai2 la ko cari pasangan tuk kucing ko tu.. amacam?

kalau kat rumah saya, adik saya la yang suka ngan kucing ni..

saya biasa-biasa sahaja dengan kucing ni..

Mama and Baby Store berkata...

to amin:"smart mcm tuan dia".btol ape.

to beliamuda:owh.kat rumah sy pon,adik2 sy yg lg care ttg kucing sbenanye.siap 'cop2' sape punya kucing n bagi nama.

Mama and Baby Store berkata...

to amin:lupe plak.boboi la kan.haha.(yg name cm kuda 2)

Amin Baek berkata...

ceh..ye a2..kasi can..smart2..ahha..mana ada cm kuda..macho pe kucing jantan nama boboy..hehe..nipi,kucing aku pmalu a..tu pasl xde makwe..haha

Unknown berkata...

tahniah for ur exam result. keep on striving. You can make it!!

aMaddun berkata...

haha... comel la ...

bes2..

kucen binatang yg best

hahhaa

Shidah berkata...

chaiyyok dik \0/

suka kucing rupenye :)