Pagi ini,saya dikejutkan dengan berita kematian Yasmin Ahmad,seorang Pengarah Filem terkenal yang meninggal dunia kerana strok/pendarahan otak.
Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau dan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
...
Mengimbau kenangan lalu,saya masih ingat peristiwa hitam yang berlaku ketika Tingkatan 1.Ketika itu,saya belajar di MRSM Kuala Kubu Bharu,Selangor.
Saya masih tidak dapat lupa peristiwa ini.
Peristiwa yang mengajar saya bermacam-macam perkara dalam kehidupan ini.
Saya masih tidak dapat lupa,ketika saya diberitakan oleh ibu saya bahawa bapa saya sedang ditahan di hospital kerana strok.
Ketika itu,saya masih belum tahu tentang bahaya strok.Apa itu strok?
Saya tak memahaminya.
Namun,saya faham yang strok itu bukan penyakit yang sekecil-kecil seperti demam sahaja.
Sebelum saya menerima berita tesebut,saya dibohongi oleh ibu saudara saya yang menjaga adik-adik saya di rumah.Dia memberitakan yang ibu dan ayah saya keluar ke bandar.Hakikatnya,ketika itu ibu saya berada di hospital,meghantar ayah saya.
Setelah mengetahui perkara sebenar daripada ibu saya sendiri,saya jadi marah.
Saya marah kerana ditipu.
Sehingga kini saya sangat benci pada orang yang menipu.
Namun,akhirnya saya akur bahawa kerahsiaan tersebut ada hikmahnya.
Kerana saya tidak cukup kuat menerima berita tersebut.
Saya hanya dapat pulang ke rumah kira-kira 2 minggu selepas mendapat berita tersebut.Bayangkan kesedihan yang melanda diri saya selama 2 minggu di sekolah.
Saya tidak fokus di kelas,selalu menangis,saya jadi seorang yang murung secara drastik.
Perubahan saya disedari rakan-rakan baik saya di sekolah.
Ketika itu,saya rasa lebih dihargai oleh rakan-rakan.
Saya masih ingat,saat saya pulang ke rumah,bapa yang selama ini saya lihat berdiri tegap,sihat,tegas,tiba-tiba terbaring kaku.
Saya tak sampai hati melihat keadaan beliau.
Saya tidak suka menangis di hadapan ahli keluarga saya.
Ya.
Saya memang seorang yang ego.
Namun,jauh di sudut hati,saya mahu menangis semahu-mahunya!
Saya lantas ke sudut dapur,bersalam dengan ibu saya.
Ketika itu,rumah saya dipenuhi dengan sanak-saudara yang tak putus datang menziarahi bapa saya.
Saya masih kaku.
Tidak mampu berhadapan dengan bapa saya yang sedang terlantar.
Selepas dipujuk oleh ibu saya,saya lantas duduk di hadapan ayah saya yang sedang terbaring.
Saya usap dahi beliau.
Saya bersalaman dengan beliau.
Saya masih ingat renungan sayu beliau.
Saya tidak dapat menahan lagi air mata ketika itu.
Hanya tangisan yang menyelubungi diri.
Saya benci keadaan itu.
Kerana saya tidak suka dilihat sebagai seorang yang lemah.
Namun saya tak berdaya.
Sungguh,hanya Dia yang tahu betapa sayunya hati saya ketika itu.
Tak sanggup saya tatapi tubuh bapa saya yang dulunya berisi,ketika itu menjadi kurus sehingga menampakkan tulang selangkanya.
Ketika itu,saya genggam erat tangannya.
Saya hanya mampu menangis,dan terus menangis.
Saya renung kembali matanya.
Menyelami jiwanya.
Bapa itu merindui saya rupanya.
Beliau turut menangis.
Pertama kali dalam hidup saya,saya melihat bapa saya menangis.
Saya lantas ditenangkan oleh saudara-mara yang hadir ketika itu.
Hari demi hari,masa berganjak.
Alhamdulillah ya Allah!
Dengan kuasaMu,Kau sembuhkan jua bapaku...
Akirnya saya berpindah ke MRSM Kuala Lipis pada tahun 2003.Ketika itu saya berada dalam Tingkatan 2.Lebih dekat dengan rumah saya di Jerantut,Pahang.Seperti yang diingin-inginkan oleh ibu bapa saya sebelum ini.
...
Bukan mudah menghadapi situasi ini.
Saya belajar sesuatu.
Pengalaman yang sangat berharga buat saya.
Saya lebih menyayangi ibu bapa saya.
Sehingga kini,saya sangat takut untuk melukakan perasaan mereka.
Kerana dulu,saya pernah menghampakan mereka sekali.
Patutlah dulu ibu dan ayah saya beria-ria mahu saya pindah ke Kuala Lipis.Tetapi saya berkeras tidak mahu pindah.Alasannya kerana saya sudah biasa dengan suasana di Kuala Kubu Bharu.
Hakikatnya,saya cuma sukakan kawan-kawan di sana,termasuklah seorang rakan sekelas lelaki yang saya minati ketika itu.Alasan yang tak munasabah bukan?
Ya.
Saya belajar sesuatu,bahawa tiada yang lebih berharga dalam kehidupan ini selain daripada membahagiakan kedua ibu bapa kita.
Di Kuala Lipis,saya membina azam baru untuk belajar sehabis baik.
Saya benar-benar terkesan dengan peristiwa hitam yang berlaku sebelum itu.
Tak sanggup saya mengecewakan ibu bapa saya lagi.
Tak pernah saya membayangkan kehidupan yang sebegini.
Ini perancangan Allah.
Sebaik-baik perancangan.
Walaupun bapa saya kini masih tidak mampu berdiri setegap dulu,namun saya belajar menjadi setabahnya.
Saya akui,saya masih belum mencapai tahap sabar sepertinya.
Dia idola saya.
Idola ssepanjang hayat saya.
Sebab itu,hati saya sangat terluka jika mendapati anak-anak muda,adik-adik saya sendiri,mahu pun siapa-siapa sahaja yang berkasar dengan ibu bapa mereka.
Sedarkah mereka betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah?
Mampukah kita membalas jasa mereka?
Jangan fikir wang ringgit boleh membalas budi mereka.
Mereka tak perlukan semua itu.
Mereka hanya perlukan kasih sayang dari anak-anak mereka.
Doa dari anak-anak yang soleh.
Hanya itu yang mereka perlukan.
Sanggup lagi kita mengabaikan kepercayaan mereka kepada kita?
Itu kisah saya satu ketika dahulu.
Saya sayang akan bapa saya,ibu saya.
Beza antara ibu dan bapa saya,ibu saya seringkali menunjukkan rasa kasihnya kepada saya melalui kata-katanya.Sedangkan bapa saya,seringkali menunjukkan rasa kasihnya kepada saya melalui perbuatannya.
Kepada teman-teman,andai saya tak pernah mengungkapkan rasa kasih saya kepada kalian,bukan kerana saya benci atau tidak sayang kepada kalian,tetapi kerana saya tidak mampu mengungkapkan rasa tersebut melalui kata-kata.Hanya melalui perbuatan.
Saya memang anak bapak!
Ya Allah...
Ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tuaku...
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku masih kecil,sehingga kini...
Limpahi mereka dengan rahmatMu.
Masukkan mereka ke dalam syurgaMu..
5 ulasan:
sometimes when we are younger,
kite lebih terase ngn perbuatan parents kite dr memahami perbuatan mereke..
pdhl bg mereke,
itu y terbaik.
tp tak matang lagi kan..
so emo je lebih
hahaah~
tp dah beso ni kite lebih fhm or leh trime pape y parents kite bt sume u kebaikan kite.
moga parents tikah sihat2 sll n pnjg umur :)
salam, tikah...perkara yang sama berlaku pada ana...cumanya, ayah ana mampu berdiri dan bergerak seperti biasa...just perlakuannya sahaja yang dah berubah dan bnyk perkara yg dia tak mampu nk ingat....
semoga enti akan terus istiqamah dlam menjaga ibu dan ayah enti serta istiqamah dalam perjuangan...ana doakan yang Allah akan mempermudahkan segala urusan enti dan keluarga enti...amin....sampaikan salam ana pada ayah n mak enti....
supporting you!hehe..harap tabah sebaik mgkin..sume tu ade hikmah..sdikit sebanyak kisah ni menusuk kalbu semua pembaca..:)syukran2
thanks to all.
really appriciate it.
we learn from the past experience.
to hamzah:anda seorang yg sgt tabah.semua ni ada hikmahnya.insyaAllah.
takziah
Catat Ulasan