Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Isnin, 18 Julai 2011

Kesusahan dan kesenangan, dua-dua ujian Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar berkongsi sedikit sahaja liku-liku kehidupan..Kata bijak pandai, "Orang yg paling bijak adalah orang yang belajar daripada pengalamannya yg terdahulu, tapi orang yg paling bijak adalah orang yg belajar daripada kisah/pengalaman orang lain".

Semalam, saya ada menyertai satu program masyarakat, berziarah ke rumah orang-orang kampung dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Sesuatu yang saya kira cukup menyayat hati...

Pemilik rumah yang saya dan sahabat2 ziarah itu seorang ibu tunggal. Mempunyai 4 orang anak yang telah berkeluarga dan berkerja semuanya kecuali seorang.Mak cik ni tinggal sorang-sorang je di rumah tu. Ditemani oleh dua orang cucu yang balik bila hujung minggu...

Ibu bapa kepada cucunya ni dah meninggal...Ya Allah,beratnya ujian untuk adik ni. Ketika usia remaja (Tingkatan 4), adik ni telah diuji dengan ujian yang sangat berat...Mak kepada adik ni meninggal (akibat kegugguran) masa adik ni berumur 8 tahun..maish sangat kecil untuk memahami erti hidup.Lepas tu, tak lama kemudian bila adik ni masuk Tingkatan 3, ayahnya pula meninggal kerana Leukimia...Dalam tahun yang sama, neneknya(pemilik rumah yg kami ziarah) tu pula terpaksa dipotong kaki kerana diabetes. Adik tu memang dah macam tak ada semangat lagi untuk belajar, tapi dikuatkan juga semangat...

Tak dapat saya membayangkan betapa beratnya ujian yang Allah berikan kepada adik ni...insan-insan yg tersayang telah pergi...dia cuma ada nenek dan adik dia saja.

Saya termenung sejenak lepas mendengar kisah adik ni (cucu kepada pemilik rumah tu). Dalam hati mengucapkan, betapa tabahnya hati adik ni...masih muda untuk menerima ujian sebesar itu...

Mak cik tu ada menyebut, "Mak cik ingatkan mak cik yang pergi dulu (sebab faktor umur), rupanya anak mak cik yang pergi dulu...".

Sungguh, ajal datang tak mengira usia...

Tabahnya mak cik ni dengan cucunya. Perbelanjaan sehari-harian dapat daripada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sahaja...nak belanja sekolah cucu lagi, beli ubat-ubatan lagi...dengan anak-anak yang jarang menjenguknya di kampung...sedih sangat.

Aku hanya mampu berdoa, moga-moga Allah kurniakan ketabahan buat mak cik ni sekeluarga. Kesusahan yang mak cik ni hadapi adalah ujian daripada Allah g mengajar erti sabar.Ganjaran sabar yang terbesar adalah syurga. Subhanallah...

Reflek kembali dengan kehidupan saya sekarang...walaupun adakalanya terasa susah, tapi hakikatnya ada insan yg lebih susah lagi dan masih mampu tersenyum dengan ujian yang diberi. Sungguh, aku perlu bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...Terlalu banyak bezanya keadaan mak cik tadi dengan kebanyakan daripada kita sekarang. Kita mungkin hidup mewah, mampu makan dengan aman. Tanpa kita sedar, kesenangan itu juga adalah ujian dari Allah...Ujian yang mengajar erti syukur...

Nikmat kurniaan Allah itu terlalu banyak...tidak cukup dengan cuma mengucapkan kata syukur...tapi perlu dibuktikan dengan perbuatan.


Setiap yg ada di sekelling kita sebenarnya cukup mendidik diri ndai kita berfikir. Bahkan setiap kata-kata yg diluahkan oleh orang lain kepada kita (nasihat) adalah ilham daripada Allah untuk kita bermuhasabah.

Moga Allah bukakan pintu hati ini seluas-luasnya untuk menerima didikan itu sebaiknya.Amiin...

Ya Allah,jadikanlah aku hamba yang besyukur...

1 ulasan:

Azilawati berkata...

Setuju sangat. Pada hakikatnya ujian kesenangan lagi mencabar dari ujian kesusahan kerana manusia seringkali hanyut bila sudah senang.