Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa
Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara
Hanya sementara
Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan
[Kerana Cinta-Mestica]
...

Buat insan-insan yang sedang hangat bercinta,hayatilah lagu ini.
Buat insan-insan yang belum pernah bercinta,ketahuilah cinta itu indah,dan Islam tidak menyekat naluri cinta.
Buat insan-insan yang ingin bercinta,ketahuilah bahawa cinta itu adalah tanggung jawab yang sangat berat!
Maka sebelum cinta akan orang lain,cintalah diri sendiri terlebih dahulu.
Dan ketahuilah,segala yang kita lakukan akan dihisab oleh Allah,meskipun cuma sebesar zarah.Sama ada dosa atau pun pahala.
Maka berhati-hatilah!
Jangan sampai cinta menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.
1 ulasan:
buat org yg post lagu cinta..ada deep meaning ke?...ececece.. org mana?..terengganu?..
*suka part "cinta itu cahaya sanubari" coz nadanya lembut..
Catat Ulasan