Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Khamis, 8 Oktober 2009

Perjalanan

Demi masa yang kita lalui
Perlu dihargai jangan ia dibaziri
Kehidupan yang kita kecapi
Kurniaan Ilahi
Perlu ia disyukuri

Kadangkala kita tak menduga
Ujian berlaku tiap masa

Kuatkanlah usaha
Jangan mudah putus asa
Berserah padaNya

Kau pastikan berjaya
Mengharunginya dengan
Penuh keyakinan

[Perjalanan-Firdaus]


....



Ya.
Hidup ini penuh dengan cubaan.

Kadang-kala,dalam tak sedar,terdetik rasa putus asa.

Selagi boleh,buanglah jauh-jauh rasa putus asa itu.
Hakikat kejayaan itu berbeza-beza untuk setiap insan.
Mungkin kita gagal mencapai apa yang orang lain dapat,tapi percayalah!
Suatu hari nanti,pasti kita akan nampak hikmah atas kegagalan kita sebelum ini.

Segalanya adalah perancangan Allah.

Yang pasti,kita sebagai manusia biasa harus terus usaha dan usaha tanpa jemu.

Sesekali terlintas di hati ini,betapa selama ini aku cuma menganggap kejayaan itu hanya milik aku seorang,hanya impian aku seorang.

Sedangkan aku terlupa bahawa di belakang aku,aku ada ramai insan-insan yang berkongsi harapan.
Merekalah sebenarnya pendorong aku.
Mereka juga pemegang harapan kejayaanku.

Gagalnya aku,bererti kecewanya mereka.


Buat insan-insan yang menjadi tulang belakangku,
Doa kalian amat ku hargai...
Teruskan berdoa..
Aku pasti bawa pulang kejayaan kelak.

Ya Rabbi...
Hanya Engkau yang tahu...

Tiada ulasan: