Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Ahad, 11 Oktober 2009

Usia bertambah,usia bernoktah...

Alhamdulillah...

Dengan nikmat kurniaanNya,aku masih mampu bernafas di bumi ini.
Dikurniakan nikmat terbesar,nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah...


Tanggal 9 Oktober telah berlalu.
Mengenang tarikh yang takkan boleh berputar kembali.

Genap sudah umurku 20 tahun hidup di alam ini.

Mengharapkan yang terbaik.
Semoga pertambahan usia seiring peningkatan kemajuan diri ini dari semua aspek.
insyaAllah.

Angka 20 memang cuma nombor.
Namun amat bererti sebenarnya.
Kerana pada usia ini,aku telah memasuki fasa kedewasaan.

Seharusnya kini telah mampu berfikiran lebih matang,merendahkan ego dan mudah bertoleransi dalam segala hal.

Semoga sifat-sifat negatif berjaya dikikis sedikit demi sedikit.


Tak mampu untuk berbicara begitu panjang.

Tinggal lagi 3 minggu berbaki sebelum 'Final Exam' menjelang!
Ya Allah,permudahkan bagiku dan sahabat-sahabatku...



Cukup untuk kali ini.
wallahualam.