Pages

::Pembaca Setia::

Discover what healthy living is all about :)

Ahad, 19 Jun 2011

Ujian yang mendidik diri menjadi lebih kuat

Alhamdulillah...syukur kepadaAllah kerana dengan kurniaNya, aku masih mampu bernafas di dunia ini.

Sekadar ingin berkongsi...

Beberapa hari ni saya sangat terkesan dengan perkara-perkara yang berlaku kepada insan-insan di sekeliling saya.

Ada yang ditimpa musibah, kesihatan yang kurang baik, result exam yang kurang memberangsangkan, ahli keluarga yang sakit dan sebagainya...

macam-macam yang bermain di fikiran...

Tapi, hanya satu yang mampu untuk diungkapkan, bahawa Allah menguji hambaNya dengan kemampuan hambaNya...

Susah untuk dikatakan, sebab ujian ni suatu benda yang sangat berat, sukar sekali untuk dipikul. kata orang, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...".

Saya pernah mengalami peristiwa yang amat2 pedih dan menyedihkan. Namun hakikatnya, ada pula insan lain yang lebih berat ujiannya.

Ya Allah, dengan peristiwa2 yang berlaku kepada insan-insan di sekelilingku, aku belajar sesuatu.Bahawa Engkau menguji seseorang itu atas kemampuanNya. Dan aku yakin, Engkau menguji hambaMu untuk meninggikan darjatnya pada pandanganMu.

Ya Allah, ampuni diri ini atas segala kekhilafanku...sungguh, terlalu banyak diri ini lalai dari mengingatiMu...




Jika kau merasakan yang kau sudah hilang upaya, ketahuilah Dia sentiasa bersamamu...Dia sedang mengujimu...Sabarmu itu mahkota yang paling indah...Sabarmu itu ganjaran terbesarnya syurga.


Aku belum secekal dan setabahmu.
Moga Allah kurniakan kesabaran yang berpanjangan buatmu...


Tiada ulasan: